CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77|Reply: 0

‘Kami belum lagi di zon selesa’

[Copy link]
Post time 8-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kelantan tak boleh hilang fokus,   ia hanya satu permulaan positif: AzmanKELANTAN harus mengelak perasaan sudah berada dalam ‘zon selesa’ hanya kerana sudah memenangi satu perlawanan kerana apa yang penting ialah terus mendukung ciri-ciri selaku juara dalam kempen Piala Malaysia, musim ini.\rPengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata tiga mata dikutip ketika menewaskan Sarawak 2-0 dalam saingan Kumpulan C di Kuching hanya satu permulaan positif.\r\n\n\n\n  “Untuk perlawanan pertama, kita berpuas hati dengan persembahan pemain namun masih ada beberapa kelemahan perlu dibaiki.\r\r  “Bagaimanapun, kemenangan ke atas Sarawak tidak boleh memastikan kita berada dalam ‘zon selesa’ berikutan pencabar pasukan lain dalam kumpulan dilihat mampu memberi saingan,” katanya ketika dihubungi semalam. \r\n\n\n\n\n\rAzman berkata, Kelantan tidak boleh hilang fokus kerana saingan dalam dalam kumpulan ini tidak boleh dipandang remeh kerana misi pasukan di bawah kendalian Datuk M Karathu harus bekerja keras untuk mara ke peringkat suku akhir dalam usaha mahu mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia.\r“Kami harap permulaan yang baik ini dapat diteruskan sehingga layak ke peringkat seterusnya dan pemain diingatkan supaya tidak mudah selesa kerana permainan baru saja bermula.\r“Kami akan beri tumpuan untuk perlawanan seterusnya supaya pemain tidak hilang fokus malah segala kelemahan daripada perlawanan pertama akan dibaiki sebelum perlawanan kedua,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 1.748479 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list