CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Fergie yakin de Gea boleh

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Aksi goyah penjaga gawang United undang kritikanLONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mempertahankan penjaga gol baru, David de Gea dengan menyatakan bahawa prestasi pemain itu akan bertambah baik walaupun penjaga gol dari Sepanyol itu mempamerkan aksi goyah memulakan kerjaya di Old Trafford.\rPemain bernilai STG18 juta (RM85.89 juta) yang dilabel memiliki keupayaan tinggi itu dilihat gagal selepas dibolosi ketika menentang Manchester City dan West Bromwich Albion setakat ini, membayangkan bahawa bekas penjaga gol Atletico Madrid itu mungkin memerlukan lebih masa menyesuaikan diri di England.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, Ferguson tidak ragu-ragu bahawa United sudah mendapatkan seorang penjaga gol dengan kualiti terbaik tatkala mereka cuba untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Edwin van der Sar yang bersara selepas tamat musim lalu.\r\r\n\n\n\n\n\"David melakukan beberapa kesilapan dalam perlawanan pertama. Kami tidak jangka dan dia sendiri juga tidak jangka,\" kata Ferguson.\rUjian berikut untuk De Gea ialah menentang Bolton esok, dengan pendekatan fizikal yang sering diamalkan penyerang Wanderers, Kevin Davies hampir pasti bermakna bahawa penjaga gol United itu bakal berdepan satu lagi tugas getir.\rBagaimanapun, Ferguson yakin penjaga gol Sepanyol itu mampu berdepan cabaran itu.\r\"Tiada keraguan bahawa kami mempunyai pemain dengan potensi yang hebat.\r\n\n\n\n\rTugas kami di kelab ini ialah untuk menyerlahkan potensi itu dan memastikan dia menjadi seorang penjaga gol terbaik,\" tambah Ferguson. - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.240812 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list