CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

Skuad hoki Malaysia mesti benam Jepun

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Barisan Beng Hai tiada pilihan andai mahu buru kedudukan empat teratasTANPA pilihan, skuad hoki negara harus mencipta kemenangan ke atas Jepun, hari ini andai mahu memburu kedudukan empat teratas dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia, di Ordos, China.\rPada firasat ketua jurulatih, Tai Beng Hai kemenangan wajar dirakamkan memandangkan pengalaman menentang lawan dalam lima siri perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur, bulan lalu.\r\n\n\n\n\r  “Pasukan mesti melakar kemenangan kerana tidak lagi mempunyai pilihan lain andai mahu melihat Malaysia berada dalam kelompok empat pasukan terbaik seperti yang disasarkan.\r\r\n\n\n\n\n  “Pada saya kita mampu menewaskan Jepun jika berdasarkan perlawanan persahabatan lalu itu,” katanya mengenai pasukan negara yang mencatat dua kemenangan, dua kekalahan dan satu seri menentang Jepun di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Ogos lalu. \rNamun jika berdasarkan kedudukan di atas kertas, pasukan lawan yang kini berada di tangga ketiga daripada enam pasukan bertanding sama sekali tidak boleh dipandang ringan selepas berjaya menundukkan China 3-1, kelmarin dengan mencatat jurang tiga mata di hadapan Malaysia yang kini menghuni tangga kedua tercorot.\rSkuad negara tewas pada dua perlawanan pertama kepada Pakistan, 2-3 dan Korea Selatan, 3-4 sebelum mencipta kemenangan sulung ke atas tuan rumah, China (4-2) dan mengikat India 2-2, kelmarin.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.116847 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list