CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80|Reply: 0

Pengalaman ‘aset’ Springbok

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Afrika Selatan mampu bangkit pertahan gelaranWELLINGTON: Afrika Selatan akan bergantung kepada pengalaman mereka dan keupayaan yang sudah terbukti untuk membuat keputusan tepat dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraan ragbi Piala Dunia 2011, menurut penolong jurulatih, Dick Muir.\rSkuad 30 pemain Springbok yang mantap itu dibarisi 10 pemain berusia lebih 30 tahun dan mereka hanya memiliki 10 pemain yang kali pertama menyertai kejohanan berkenaan.\r\n\n\n\n\r “Kami mempunyai skuad berpengalaman, mereka sudah diuji dan pernah mengalami situasi berada dalam tekanan sebelum ini yang mana keputusan yang mereka buat adalah kunci utama,” kata Muir menjelang perlawanan pembukaan Afrika Selatan menentang Wales, Ahad ini.\r\r\n\n\n\n\n  Afrika Selatan mencatat prestasi tidak begitu baik pada kejohanan Tri-Nations sebagai pemanas untuk ke Piala Dunia, menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Australia dan New Zealand.\rNamun, Muir berkata bahawa keputusan itu tidak begitu memberi makna kerana skuad Springbok ketika itu tidak dibarisi kekuatan penuh kerana keperluan merehatkan beberapa pemain.\r“Kami menyertai kejohanan itu dengan menyenaraikan skuad di bawah keupayaan sebenar,” jelasnya.\r“Kami tidak membawa beberapa pemain. Jelajah selepas tamat musim adalah  di mana anda terpaksa mengetepikan beberapa pemain  akibat kepenatan atau kecederaan, dan kita bukan selalu mampu menurunkan skuad terbaik beraksi di atas padang. “Ahad nanti bakal menceritakan segala-galanya.” – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 1.159883 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list