CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Djokovic, Federer rentap separuh akhir

[Copy link]
Post time 10-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dan juara lima kali, Roger Federer bakal bertembung di separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) hari ini pada kejohanan yang dilanda hujan tidak menentu dengan final lelaki ditunda pada Isnin buat kali keempat berturut-turut.\rDjokovic, turun sebagai pilihan utama dengan rekod naib juara pada 2007 dan 2010, mara ke separuh akhir kelima berturut-turut apabila lawan yang juga rakan senegaranya dari Serbia, Janko Tipsarevic menarik diri di set keempat akibat kecederaan paha.\r\n\n\n\n\r   Djokovic yang mendahului 7-6 (7/2), 6-7 (3/7), 6-0, 3-0 ketika itu, akan berdepan Federer untuk tahun keempat selepas jaguh Switzerland itu menyingkirkan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga 6-4, 6-3, 6-3.\r\r\n\n\n\n\n   Pemenang perlawanan penentuan itu akan beraksi pada final Isnin ini selepas penganjur berputus harap dalam usaha untuk menamatkan baki saingan tertunda yang menyaksikan perlawanan pada Selasa dan Rabu memakan masa sehingga empat hari.\r“Saya dapat merasakan pada awal set ketiga, dia (Tipsarevic) kehilangan rentak permainannya dan tidak bergerak seperti biasa,” kata Djokovic yang merakam kemenangan ke-62 tahun ini selepas Tipsarevic yang tampil buat kali pertama dalam suku akhir Grand Slam menarik diri.\rFederer pula menebus kekalahannya di tangan Tsonga pada aksi Wimbledon untuk menempah pertemuan separuh akhir keempat berturut-turut dengan Djokovic dan yang pertama sejak bekas pemain nombor satu dunia itu menamatkan deretan 43 kemenangan pemain Serbia itu di Terbuka Perancis Jun lalu.\rSementara itu, dalam kategori wanita, Caroline Wozniacki  menempah tempat ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Jerman, Andrea Petkovic 6-1, 7-6 (7/5) dan bakal bertemu Serena Williams.\r\n\n\n\n\rWozniacki, yang memburu gelaran Grand Slam pertama untuk memperkukuh takhta nombor satu dunia miliknya, akan kembali menjadi tumpuan utama Terbuka AS apabila turun menentang juara 13 kali kejuaraan major, Williams pada separuh akhir. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.349701 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list