CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Williams bantu All Blacks ratah Tonga

[Copy link]
Post time 10-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AUCKLAND: Kelincahan Sonny Bill Williams membantu All Blacks melakar kemenangan 41-10 ke atas Tonga pada perlawanan pembukaan ragbi Piala Dunia, di sini semalam.\rAll Blacks mencipta enam ‘try’ dengan Williams terbabit dalam tiga daripada gerakan itu, berbanding satu ‘try’ oleh lawan mereka di stadium yang dipenuhi 60,000 penonton.\r\n\n\n\n\r   Begitupun ia bukan pakej lengkap pilihan utama kejohanan itu dalam ‘menghantar’ mesej buat pasukan lain kerana ia sebenarnya prestasi paling buruk mereka dalam empat perlawanan menentang lawan daripada kepulauan Pasifik itu.\r\r\n\n\n\n\n   Selepas menguasai separuh masa dengan mendahului 29-3, mereka kehilangan rentak pada separuh masa kedua apabila membenarkan Tonga menguasai permainan sehingga ke penghujung perlawanan, yang membuatkan kapten   All Blacks, Richie McCaw begitu kecewa.\r“Pada separuh masa kedua, kita sukar menembusi kubu mereka, itu sesuatu yang perlu kita atasi.\r“Kita bercakap mengenainya pada separuh masa: jika kamu menghadirkan satu peluang buat lawan, mereka akan mudah melakukan ‘try’ dan kita akan mulai goyah. Saya kira itu sedikit mengecewakan tetapi kita mencipta banyak peluang, dan ia tetap permulaan yang baik,” katanya.\rDalam perlawanan yang jelas mereka tidak akan tewas, All Blacks berusaha untuk memperbaiki kelemahan ketika tewas baru-baru ini kepada Australia dan Afrika Selatan, dan mereka mempamerkan bahawa mereka boleh menamatkan kemelut 24 tahun Piala Dunia mereka.\r\n\n\n\n\rSelepas perasmian kejohanan itu yang gemilang yang disertai ikon All Blacks, Jonah Lomu, New Zealand mematahkan serangan Tonga pada 12 minit awal sebelum melakukan serangan. Empat ‘try’ dilakukan pada separuh masa, masing-masing dua oleh Israel Dagg dan Richard Kahui pada ketika pertahanan Tonga gagal mengekang Richie McCaw, manakala hantaran Williams membolehkan serangan lancar oleh All Blacks. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.085608 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list