|
ORANG ramai dipelawa mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sempena Minggu Angkasa Sedunia (MAS) di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad ini.\rAntara aktiviti menarik yang akan dijalankan ialah tayangan percuma ‘Dawn of The Space Age’, pertandingan menghias kek berkonsepkan angkasa, pertandingan melukis kapal angkasa Malaysia, pelancaran roket serta banyak lagi. \r\n\n\n\n\r Sambutan MAS kali ini sangat istimewa kerana tahun ini ialah ulang tahun ke-50 penerokaan manusia ke angkasa apabila Yuri Gagarin menjadi manusia pertama mengorbit Bumi pada 1961.\r\r\n\n\n\n\n Selain itu, hadiah sagu hati turut disediakan kepada pengunjung yang membawa kenderaan bernombor pendaftaran WSW (World Space Week) atau MAS. \rHeinlein Prize Trust melalui Agensi Angkasa Negara akan turut mengedarkan bahan rujukan dan panduan guru untuk menjalankan aktiviti tidak formal berkaitan sains angkasa, Kit Pengajaran Heinlein, yang dicetak dalam bahasa Melayu kepada 400 sekolah terpilih di seluruh negara. \rKepada sekolah yang berminat untuk mendapatkan kit pengajaran dan maklumat lanjut berkenaan program yang akan dijalankan, sila layari www.angkasa.gov.my atau hubungi 03-2273 4303.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|