CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10417|Reply: 29

Tembok Berlin

[Copy link]
Post time 18-10-2011 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Tembok Berlin (bahasa Jerman: Die Berliner Mauer) merupakan tembok di tengah-tengah bandar Berlin.Tembok Berlin menjadi ikon atau simbol kepada Perang Dingin , mula dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudian pada 9 November 1989. Ia menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat dan Jerman Timur selama 28 tahun.Tembok Berlin diarahkan pembinaannya oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia ketika itu Nikita Khrushchev.Tembok ini dibina selepas Perang Dunia Kedua.

Tujuan dibina bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda dan produktif Jerman Timur ke Jerman Barat. Ramai golongan profesional dan pekerja mahir berhijrah dan ini meninggalkan kesan ekonomi yang teruk kepada Jerman Timur.
Mulanya pernghijrahkan seramai 2.5 juta dalam tempoh 1949 - 1962. Penghijrahan berkurang kepada 5000 orang dalam tempoh 1962-1989.

Selepas tamat Perang Dunia II di Eropah dan Jerman telah tewas, Jerman telah terbahagi kepada 4 zon.Bandar Berlin diduduki oleh pihak Bersekutu dan terpecah pula kepada beberapa zon penjajah lagi. Zon yang dikuasai oleh Perancis, British dan Amerika telah membentuk Republik Persekutuan Jerman ( Jerman Barat) pada 1949. Sementara zon yang dikuasai oleh Kesatuan Soviet membentuk Republik Demokratik Jerman ( Jerman Timur ) pada tahun yang sama 1949.


Sejak 1948, Jerman Barat dibangunkan kedalam negara negara kapitalis Barat yang berasaskan ekonomi pasaran bebas.Kerajaan demokrasi berparlimen dibentuk. Pertumbuhan ekonomi sejak 1950-an menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding dengan Jerman Timur yang mengamalkan sistem komunis, kerajaan autokratik dan berkhiblatkan komunis di Soviet Rusia.
Ketika Jerman Barat semakin kaya hingga melebihi kebanyakan negara Eropah yang lain. Sedangkan warga Jerman Timur masih memperjuangkan kebebasan berpolitik dan pertumbuhan ekonomi.

Penghijrahan golongan profesional dari 1949 - 1961 setiap hari dinamakan "Grenzgeger". Golongan profesional ini membantu pembinaan semula Eropah Barat sebagaimana Plan Marshall.

Ramai penduduk Eropah Barat melancong dan membeli belah di Jerman Timur kerana harga yang murah dan menarik. Kebanyakan barang mendapat subsidi daripada kerajaan . Ekonomi Jerman Timur banyak dibantu oleh Kesatuan Soviet.
Tembok ini sepanjang 45 km dibina pada hari ahad, 13 Ogos 1961 di sebelah bandar Berlin Timur. Pagi itu, pasukan tentera Jerman Timur dan pekerja awam mula membinanya. Pada mulanya tidak melibatkan pihak Soviet Rusia. Tentera NVA dan KDA akan menembak sesiapa yang menyeberangi sempadan bandar Berlin itu.

Ramai keluarga yang terpisah akibat Tembok Berlin ini . Ada ibu bapa yang tinggal di Jerman Barat sementara anak-anak tinggal di Jerman Timur. Ini menyebabkan beban emosi kepada kedua-dua pihak yang berpisah. Penduduk Jerman Barat seperti Datuk Bandar Willt Brandt mengkritik Amerika Syarikat yang mendiamkan diri melihat Tembok Berlin ini.

Kebanjiran pelarian dari Jerman Timur ke Jerman Barat dan ke negara-0negara Eropah lain dapat disekat dengan adanya Tembok Berlin.

Presiden John F. Kennedy melawat Tembok Berlin pada 26 Jun 1963 . Perjanjian selepas Perang Dunia Kedua iaitu di antara 4 adikuasa iaitu Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat menerima hakikat keperluan pembinaan Tembok Berlin.
Kerajaan Jerman Barat mendakwa Tembok Berlin sebagai 'sempadan melindungi anti fasist'. Hakikatnya berjuta-juta keluarga terpisah.

Pada 1987 Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan berucap di Brandenburg Gate , mencabar Mikhail Gorbachev untuk meruntuhkan tembok tersebut.

Pada Jun 1962 Jerman Timur hanya membina pagar sepanjang 81 meter . Tetapi pada 1989 menjadi sepanjang 155 km dengan tembok batu . Mana-mana rumah di atas Tembok Berlin telah dipindahkan. Ramai yang telah membina terowong agar dapat menyeberang ke Jerman Barat. Tetapi tentera Jerman Timur memasang jerangkap samar dan bom-bom. Ramai yang terbunuh dan dibunuh ketika cuba memanjat dan melintasi Tembok Berlin.


bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2011 01:40 PM | Show all posts
Sambungan..

Pembinaan:
Tembok ini dibina mulai 13 Ogos 1961 iaitu selepas 15 tahun Jerman Timur ditubuhkan. Ketika itu Jerman Timur diperintah oleh Walter Ulbricht. Pembinaan ini telah dipersetujui Nikita Khrushchev, pemimpin Soviet yang risau dengan penguasaan Amerika Syarikat dan sekutunya di Jerman.

Fasa pembinaan:
Pembinaan pagar (1961) .Pagar berduri dibaiki (1962-1965) .Tembok batu (1965-1975) .Grenzmauer 75 (Border Wall 75) (1975-1989) . Tembok ini setinggi 3.6 meter dan 1.2 meter lebar. Ia hampir menyamai fungsi Tembok Besar di China. Kos pembinaan ialah 16,155,000 mark Jerman Timur. Ada 116 menara tinjau dan 20 bunkers.

Pintu masuk:
Ada lapan pintu masuk bagi lawatan rasmi dari Jerman Barat ke Jerman Timur. Permit kebenaran mestilah ditunjukkan kepada tentera pengawal . Terpenting ialah pintu kawalan Charlie .

Beberapa pintu digunakan untuk berhubung dengan negara Poland, Czechoslovakia dan Denmark. Perjanjian 1972 pintu masuk ini dibuka dengan lebih luas.

Pelarian:
Selepas Tembok Berlin dibina , kira-kira 5000 berjaya juga melepasinya. Sementara 192 atau 239 terbunuh ketika memanjat tembok ini. Ramai lagi yang cedera. Ada yang terjun dari bangunan di tepi tembok. Ada yang membina pesawat kecil dan mendarat di Berlin Barat.

Pelbagai cerita 'kelakar' wujud. Antaranya pasukan RAF Airmen menulis "Wish you were here" dan "Come back soon".

Antara mereka ialah Peter Fechter yang ditembak pada 17 Ogos 1962. Orang terakhir ditembak kerana kesalahan melintasi Tembok Berlin ialah Chris Gueffroy iaitu pada 6 Februari 1989.

Bekas Menteri Luar Jerman iaitu Hans-Dietrich Genscher merupakan salah seorang rakyat Jerman Timur yang lari ke Jerman Barat. Genscher berasal dari Halle di Jerman Timur. Tahun 1952, ketika Tembok Berlin belum dibina, beliau bersama keluarganya pindah ke Jerman Barat. Tahun 1974 - 1992 beliau menjadi Menteri Luar Jerman Barat di bawah Chancelor - Helmut Schmidt dan Helmut Kohl.

Idea meruntuhkan:
Pembinaan tembok ini telah dimanipulasikan oleh Jerman Barat dan blok kapitalis untuk memburuk-burukkan Jerman Timur dan sistem komunis. Sebaliknya ia menjadi kunci kekuatan kehidupan sebenar dasar komunis yang selalu tutup dan menutup kelemahan mereka dengan cara kekerasan. Komunis bermakna tirai besi atau hidup dalam tembok batu.

Proses liberisasi lewat 1980-an membawa kepada keruntuhan Kesatuan Rusia hingga membenarkan pendemokrasian Jerman Timur. Demonstrasi demi demonstrasi para pekerja telah dibenarkan di Jerman Timur kerana 1987 kemelesetan ekonomi dunia merosot begitu teruk. Kesatuan Sekerja mengambilalih corak kepimpinan kerajaan Jerman Timur dan mendesak Tembok Berlin diruntuhkan agar mereka mudah bekerja di Jerman Barat yang menyediakan lebih peluang pekerjaan.

Tembok ini runtuh dalam beberapa minggu sahaja sedangkan pembinaannya mengambil masa beberapa tahun dan menelan kos yang tinggi. Akhirnya 3 Oktober 1990 penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur.

Tembok Berlin Pecah:

Tembok Berlin dibuka semula pada 9 November 1989 ketika Jerman Timur dikuasai oleh Egon Krenz. Runtuhnya Tembok Berlin menandakan penggabungan semula Jerman Barat dan Jerman Timur. Amerika Syarikat berasa sangsi dengan pengabungan ini kerana kemungkinan lahirnya negara saingan dan munculnya "Adolf Hitler" yang baru tidak dapat dielakkan. Perdana Menteri Margaret Thatcher dari Britain hanya mendiamkan diri. Sementara Presiden François Mitterand menyambut baik penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur. Penggabungan ini menguatkan lagi Kesatuan Eropah, dolar Eropah dan menjadi saingan kuat kepada kuasa unipolar Amerika Syarikat.


Sumber:Wikipedia
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 01:42 PM | Show all posts
owh  tembok berlin ...   dimusnahkan 1989  kan  bile jerman barat  + jerman timur disatukan menjadi jerman ... tp sedih biler dengar kisah mereka yg melompat   tembok .. ada yg mati  atas tmbok .. mcm classic tale korean
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2011 02:14 PM | Show all posts


On November 9, 1989, East German leader Egon Krenz rescinded travel restrictions for East Germans and tens of thousands of them flooded the checkpoints along the wall, demanding entry into the West. In the face of the growing crowd, the guards yielded.




A West Berliner soaked by a water cannon takes a sledgehammer to the wall on November 11, 1989. The fall of the wall paved the way for a re-unified Germany

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 03:25 PM | Show all posts

masa under construction..




checkpoint charlie.. Kreuzberg..
Checkpoint Charlie gained worldwide fame in October of 1961, during a powder keg standoff with the Soviets when tanks faced each point blank. The Soviets blinked first, and elevated the barrel of their lead tank. Said standoff ended peacefully enough 16 hours later.


kredit to: Berlin wall image

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2011 04:43 PM | Show all posts
Scourge Of The Berlin Wall
Berlin dan tmbok berlin dari pndangan satelite(color kuning)
creation in 1961, and its destruction in 1990.                                                                       

1. Before


1. After


2. Before


2. After


3. Before

banyak worang yang masih bertanya-tanya: hapa sebenarnya yang terjadi dengan Soviet dan Tembok Berlin? pakah mreka digulingkan? Ataukah kolaps dari dalam?:re:
3. After

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2011 04:56 PM | Show all posts
suka2
kjatuhan soviet union  .. menyebabkan byk negara bawah jajahan derang tuntut kemerdekaan  ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2011 05:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by didactic at 18-10-2011 17:18


Peter Fechter (14 Januari 1944 – 17 Ogos 1962)
Berumur 18 tahun merupakan mangsa pertama yang ditembak oleh pengawal sempadan tembok Berlin sewaktu cuba menyeberang ke Jerman Barat (waktu itu).

Kira-kira setahun selepas pembinaan Tembok Berlin, Fechter cuba melarikan diri dari Jerman Timur bersama-sama dengan rakan beliau. Dia merancang untuk  bersembunyi di dalam bengkel tukang kayu yang berhampiran. selepas memerhatikan pengawal sempadan dari sana, dia berlaridan cuba memanjat tembok tersebut.

Malangnya,apabila kedua-dua mereka sampai di tembok tersebut, pengawal terus melepaskan tembakan pada mereka. Walaupun rakannya berjaya melompat dinding, Fechter, masih diatas tembok tersebut, ditembak dihadapan beratus-ratus saksi. Dia jatuh kembali ke sebelah Timur, di mana semua orang disebelah barat dapat melihat peristiwa tersebut termasuklah wartawan.  Walaupun dia menjerit kesakitan, beliau tidak menerima apa-apa bantuan perubatan sama ada dari Timur atau di sebelah Barat. Dia mati akibat kehilangan darah selepas kira-kira satu jam. Hasilnya kematiannya, beratus-ratus orang di Berlin Barat membentuk demonstrasi secara spontan, menjerit "Pembunuh!" pada pengawal sempadan.

Kekurangan bantuan perubatan untuk Peter Fechter adalah disebabkan oleh ketakutan. Orang-orang yang berada disebelah barat dihalang pistol daripada membantu beliau, walaupun mengikut laporan dalam majalah TIME,Leftenan Amerika Syarikat turut berada di tempat kejadian, tetapi mereka diperintahkan supaya tidak mencampuri sebarang urusan. Sementara itu apa-apa bantuan perubatan dari sebelah barat juga adalah mustahil.


Mayat Fechter

Sumber:Wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2011 05:22 PM | Show all posts

The Building of the Berlin Wall in 1961
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 12:12 PM | Show all posts
patutlah israel tiru..............
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 03:10 PM | Show all posts
patutlah israel tiru..............
HangPC2 Post at 19-10-2011 12:12



    ha'ah,senang nk kurung org2 palestin kat saner
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 06:28 PM | Show all posts
wow thanx for the info!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 05:18 PM | Show all posts
had a chance to visit berlin wall last month....kat sebelah East Germany ada lagi satu wall...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 05:24 PM | Show all posts
best2..n terbaik... patot ler band scorpion buat lagu Wind Of Change tu...  Tabik hitler sekali kat TT
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 07:05 PM | Show all posts
tq for the info..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 07:27 AM | Show all posts
Reply 21# didactic


ok...nanti i letak gambar....Berlin are full of history and mystery....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 09:19 AM | Show all posts
[img][/img]

Part of Berlin Wall
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:29 AM | Show all posts
[img][/img]

part of additional wall kat berlin east....

[img][/img]

the is how the german east ppl see the wall....diorg tak bole go near the berlin wall psl kat side diorg ada lagi satu wall....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:38 AM | Show all posts
[img][/img]

rumah nie tengah2 berlin wall.....sebelah east, sebelah west....

[img][/img]

Tanda tempat org german east yg escape ke german west...bila diorg smp west, they will blend in with ppl from german west, to avoid kena tangkap....byk stasi (spy) german east kat german west...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 09:42 AM | Show all posts
[img][/img]

tapak secret tunnel....

[img][/img]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.258629 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list