LONDON- Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanitayang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantungdan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan pahaboleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteritersumbat. Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkandengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yangtinggi. Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormonbagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darahserta mempercepatkan pembakaran lemak. "Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza denganlemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterolberfaedah dan kolesterol yang berbahaya," kata ketua kajian tersebut, Dr.Konstantinos Manolopoulos. Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti JenniferLopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatanwanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandunganlemak seperti Kate Moss. |