CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

'Care with kids' pupuk sifat kasih sayang

[Copy link]
Post time 9-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PROGRAM “Care With Kids” sempena Hari Kanak-kanak Sedunia anjuran pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (Kolej PTPL) yang dihadiri 60 pelajar murid Tadika Smart Khalifah mendapat sambutan menggalakkan.\rSeramai 35 pelajar Kolej PTPL Shah Alam dengan kerjasama Unit Pembangunan Pelajar (UPP) terbabit dalam program yang bertujuan bagi memberi pengalaman kepada pelajar membentuk sahsiah diri yang tinggi.\r\n\n\n\n\r    Selain itu program itu juga mendekatkan pelajar kepada komuniti bagi menimba pengalaman berkomunikasi dengan kanak-kanak.\r\r\n\n\n\n\n    Pelbagai acara diadakan bersempena program tersebut antaranya pertandingan mewarna, persembahan nyanyian oleh pelajar tadika, dan sesi berhibur bersama pelajar PTPL Shah Alam. \rProgram berkenaan juga sebagai medan untuk pelajar khususnya kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak- kanak (DPK) mengasah cara berkomunikasi ‘communication skills’ apabila berada dalam kumpulan pelajar tadika, selain dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah.\rProgram bersama komuniti menjadi teras dan amat penting dalam memenuhi visi dan misi kolej. \rKecemerlangan akademik bukan sahaja dititik beratkan dalam pembinaan kecemerlangan individu, malahan yang penting ialah pembinaan karektor insaniah dalam diri pelajar juga turut bertanggungjawab melahirkan generasi berkualiti.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036409 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list