"Projek Pop The Series" is a story of 8 individuals struggling to make their mark in the country's biggest concert.
Watch the short film that started this at youtube.com/phuturephlowfilms
Plot Outline
The 10 episodes in "Projek Pop The Series" will follow the happenings taking place on one day leading up to the concert.
Jam packed with artist cameos to give a realistic feel of the music
industry, these characters must each face their personal conflicts
on the most important and chaotic day of their lives.
Schedule
10:30 pm Every Sunday
Starring
Iedil Putra, Cristina Suzanne Stockstill, Josiah Hogan, Hujan, Nadia Aqilah Bajuri, Syafie Naswip, Juzzthin, Megat Sharizal, Alfred Loh, Fairil Desa, Hansen Lee, Anita Woo, Eva Emmanyna, The Hot Snow: Firdaus Karim, Aliff Zulkifli, Ridzal Mann
Setelah muncul dengan drama bersiri popular Ghost dan KAMI, saluran hip 8TV kembali untuk menghidangkan sebuah lagi drama bersiri terbaru PROJEK POP. PROJEK POP lengkap dengan jalan cerita menarik yang menggabungkan elemen drama, skandal tanpa melupakan elemen hiburan. Drama ini dijangka bakal mencetus fenomena baru dalam industri hiburan Malaysia!
Apa yang dapat anda gambarkan tentang suasana di sebuah konsert? Pastinya anda mendapat pengalaman yang menyeronokkan dan menyaksikan persembahan penuh tenaga! Namun pernahkah anda terfikir tenaga kerja yang bertungkus lumus memastikan sebuah konsert berlangsung dengan sempurna? Pihak penganjur, artis yang membuat persembahan dan koordinator konsert merupakan antara ‘orang kuat’ belakang tabir yang menjadi tunggak utama dalam keberkesanan sesuatu konsert.
PROJEK POP akan membawa anda mencungkil apa yang berlaku di belakang tabir dan membawa anda mengikuti perjalanan mereka yang bekerja keras untuk sebuah konsert besar.
Josiah Hogan membawakan watak Kamil yang merupakan vokalis kumpulan Hot Snow. Namun beberapa tahun kebelakangan ini Hot Snow mengalami waktu sukar dalam kerjaya muzik mereka dan jejaka berusia 29 tahun ini cuba untuk mengembalikan populariti mereka. Kamil berusaha untuk membuat ‘comeback’ dan bersedia untuk bekerja keras bagi merealisasikan impian beliau.
Setelah dipecat oleh Kamil, Amad lakonan Iedil Putra yang merupakan bekas Pengurus Kumpulan Hot Snow telah dilamar oleh band popular Hujan untuk menguruskan kerjaya seni mereka. Namun konflik melanda diri Amad kerana beliau dihantui peristiwa hitam yang melanda diri beliau sebelum ini. Adakah Amad akan tewas dalam perjuangan ini? Atau mungkin Amad punya strategi tersendiri untuk mengembalikan maruah beliau dan mungkin juga beliau berjaya memenangi hati Alis.
Cristina Stockstill membawakan watak sebagai teman wanita Kamil bernama Alis. Hubungan cinta di antara Alis dan Kamil sentiasa dilanda masalah dan Alis sentiasa menjadi mangsa dalam perhubungan mereka namun situasi ini menjadikan Alis lebih kuat. Mungkin lamaran dari Kamil bakal mengubah segalanya? Atau mungkin, Alis berubah hati untuk jejaka yang lebih sensitif dan lebih menghargai beliau?
Menurut Akmal Danial Bin Mohamed Jaafar (Atomsk) dan Khairul Azri B. Mad Noor (Kroll Azry), Pengarah PROJEK POP “Konsep sebegini belum pernah dibuat atau dibawa oleh mana-mana produksi filem atau drama tempatan. Kami ingin berkongsi dengan penonton tentang apa yang terjadi di belakang tabir sebuah konsert dan memberi gambaran sebenar industri muzik tempatan.”
“PROJEK POP sebenarnya merupakan konsert terbesar di Malaysia. Kami juga telah mencipta sebuah band yang digelar Hotsnow di mana di dalam drama ini, mereka merupakan band terhebat di Malaysia. Drama 10 episod ini akan menampilkan ramai selebriti popular serta band-band hebat sebagai ‘cameo’ yang akan menghiasi drama ini,” tambah mereka lagi.
Antara ‘cameo’ yang turut terlibat di dalam PROJEK POP ialah Adibah Noor, Sharifah Amani, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Tania Hudson, Joe Flizzow, Altimet, Sona One, Monoloque, Reza Salleh, Liyana Fizi, Bittersweet, Kyoto Protocol, Pesawat dan ramai lagi.
Sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan program ini, satu kempen #cassetteprojek telah dilancarkan pada 5 Februari 2012 menerusi medium alternatif iaitu Facebook dan Twitter. Di sini, peminat telah mendermakan kaset yang tidak digunakan atau diperlukan lagi dengan menebusnya dengan pas masuk percuma ke ‘PROJEK POP Showcase’ yang berlangsung hari ini, 29 Februari 2012 di Laundry Bar, The Curve. ‘Showcase’ eksklusif ini menampilkan artis-artis hebat yang turut terlibat di dalam drama bersiri ini.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul, “PROJEK POP merupakan drama hasil produksi tempatan yang pasti akan mencetus fenomena baru dalam industri hiburan Malaysia. Drama yang didatangkan dengan jalan cerita yang menarik ini pasti membuat anda ingin terus mengikuti episod demi episod perjalanan drama ini.”
Tandakan kalendar anda kerana PROJEK POP bakal membuka tirai pada 4 Mac 2012 jam 10.30 malam eksklusif di 8TV.