CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13627|Reply: 58

Telemovie - Di Langit Lazuardi - 29/2/12 jam 8.30 mlm di tv9

[Copy link]
Post time 28-2-2012 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by jue7269 at 28-2-2012 12:27

KETENTUAN TUHAN MENGUBAH SEGALANYA
Di Langit Lazuardi menemui penonton 29 Februari ini


TV9 (Saluran 119) menerusi slot Skrin di 9 akan menyiarkan sebuah lagi telefilem sayu, Di Langit Lazuardi, pada 29 Februari ini jam 8.30 malam. Telefilem penuh dengan iktibar dan pengajaran ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat besar iaitu Adi Putra, Rita Rudaini dan Nabila Huda.


Kisah “Di Langit Lazuardi” bermula apabila kereta yang dinaiki oleh Rauf dan keluarganya ditimpa kemalangan. Rauf dan tiga orang anaknya, Amir, Amirah dan Aina hanya mengalami kecederaan ringan, namun isterinya, Nisa berkeadaan koma dan seorang anaknya, Amar meninggal dunia di tempat kejadian. Rauf dan anak-anaknya terpaksa berhadapan dengan saat-saat genting kerana pihak hospital mencadangkan agar sistem sokongan pernafasan Nisa dihentikan. Sekalipun Nisa sedar dari koma, dia tetap akan mengalami kecacatan kekal dan mungkin juga tidak mampu untuk mengenali Rauf atau ahli keluarga yang lain. Walaupun begitu, Rauf masih tidak bersedia untuk melepaskan isterinnya pergi.Sehari sebelum tragedi ini berlaku, Rauf telah meluluhkan hati Nisa apabila dia menyuarakan hasratnya untuk bernikah dengan Suraya, seorang gadis yang dijumpainya ketika masih bergelar suami kepada Nisa. Walaupun Nisa isteri yang cukup sempurna kepada Rauf tetapi sayangnya selepas bertahun-tahun hidup bersama orang yang sama dia berasa bosan dan mahu mencari sedikit keseronokan di dalam kehidupannya dan Suraya mampu memberikan keseronokan tersebut.Semenjak Nisa berada di dalam wad, Rauf banyak bermunajat kepada yang Esa. Rauf mendoakan agar isterinya pulih seperti sedia kala sementara Suraya pula beristikharah akan keputusan yang paling baik untuk dipilihnya.Apakah pilihan Rauf pada akhirnya? Adakah dia akan bersama dengan Suraya yang memang pada mulanya pilihan Rauf sebelum kemalangan tragis itu? Atau adakah kemalangan itu telah menyedarkan Rauf bahawa hanya Nisa adalah cinta hatinya yang sebenar? Saksikan kesudahan telefilem penuh syahdu ini pada 29 Februari (Rabu) jam 8.30 malam.









Tags: Drama, TV9

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2012 12:24 PM | Show all posts
rauf= adi putra
nisa= rita rudaini
suraya=nabila huda
ke????
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 02:59 PM | Show all posts
best2 wajib tgok ni..
dh lama nk tgok rita wat come back..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 04:37 PM | Show all posts
Dah lama tak tengok Rita berlakon....wajib tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 09:04 PM | Show all posts
wajib nonton sebelum sehangat asmara.. depa mcm ada kimia jah tgk.. huhuhu suke2
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 09:43 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu esok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2012 10:12 PM | Show all posts
akhir2 ni byk citer/drama menarik kat tv..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 10:19 PM | Show all posts
akhir2 ni byk citer/drama menarik kat tv..
InangPutri Post at 28-2-2012 22:12


kan????wat rasa tak sabar nak balik keje hari2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 08:54 AM | Show all posts
Aku dah set jam dah..wajib tengok.suker gan adi putra ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 10:49 AM | Show all posts
Saya pun x sabar nak tunggu mlm ni, nak tgk chemistry diorg berdua sblum Sehangat Asmara.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 07:17 PM | Show all posts
Reply 2# aryza


    yes...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 08:39 PM | Show all posts
Jom tgk, dh mula...mcm best jea wpun baru tgk sikit
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 08:52 PM | Show all posts
rauf curang okeh................................
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 09:12 PM | Show all posts
memang rauf curang..isteri punye baik pun ada pasang lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 09:12 PM | Show all posts
smpi mengandung? :@:@
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 09:51 PM | Show all posts
bosan.. jalan cerita biasa2 jeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 10:17 PM | Show all posts
nanti update ending dia yer..terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 10:22 PM | Show all posts
Nisa tidak semulia Khadijah, tidak setaqwa Aishah dan tidak setabah Fatimah..

besar pengorbanan Nisa ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 10:26 PM | Show all posts
Nisa tidak semulia Khadijah, tidak setaqwa Aishah dan tidak setabah Fatimah..

besar pengorbana ...
InangPutri Post at 29-2-2012 22:22



   ................. sedeykan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 10:32 PM | Show all posts
................. sedeykan..
lonso Post at 29-2-2012 22:26



   Jalan citer biasa2 jea tp menyentuh rasa juga la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.073073 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list