CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2125|Reply: 13

Audi cipta hon khas di India!

[Copy link]
Post time 27-3-2012 11:00 AM | Show all posts |Read mode
2012/03/27



PENGELUAR kereta Jerman, Audi membangunkan hon istimewa untuk kenderaan dijual di India, di mana pemandu negara itu sentiasa membunyikan hon berebut laluan dalam keadaan trafik teruk.

“Jelas sekali untuk India, hon perlu dibangunkan dalam kategorinya tersendiri,” kata Pengarah Audi India kepada akhbar tempatan, Mint.


Jika menggunakan hon untuk Eropah (di India) ia akan rosak dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Di mana, di Mumbai penggunaan seminggu adalah sama dengan purata setahun di Jerman,” kata Perschke.

Beliau berkata, hon itu dibangunkan sesuai keadaan pemanduan di India, iaitu pasaran berkembang pesat di mana Audi antara jenama kereta asing bersaing bagi merebut pasaran pelanggan kaya yang semakin meningkat di negara itu.

“Hon ini diuji dengan cara berbeza, iaitu penggunaan berterusan selama dua minggu, kaedah penetapan yang berbeza dan berlainan pembekal,” katanya.

Beliau menambah ramai pemilik Audi di India ada pemandu peribadi dengan hiasan dalaman kereta direka semula bagi membolehkan pemiliknya memberikan arahan dari tempat duduk belakang. – AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 11:02 AM | Show all posts
macam mana pulak tempat yg jarang hon dibunyikan?? hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:08 AM | Show all posts
kt india kn sesak gler,ngn lembu,ngan basikal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:46 AM | Show all posts
diaorang xder traffic light ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 02:09 PM | Show all posts
kat india tu bukan setakat kete kene ade hon..kete lembu pong kene ade gak..sbb dorg ni kat jln raya pong ade bwak kete lembu dgn selamba..klu xsilap akula..berdasarkan pade cite2 tamil yg aku nengok..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 02:38 PM | Show all posts
Tiap minggu Ada kt ntv7 tajuk dia deadlistroad ke apa ntah kt India,nampak memang hazab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2012 02:40 PM | Show all posts
Kat IRT Deadliest Roads ada tunjuk...giler tak berenti bunyi hon. Lepas tu mak aku pi jalan kat sana pun dia kata camtu.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 02:49 PM | Show all posts
kesesakn lalu lintas...
mst bisinggggg....
aduhhh sakit telinga mndengarnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 02:49 PM | Show all posts
kesesakn lalu lintas...
mst bisinggggg....
aduhhh sakit telinga mndengarnye...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 04:25 PM | Show all posts
trafik Jakarta n India..Ho Chin Minh sesaaakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 04:33 PM | Show all posts
Rasanya dia orang ni bunyikan hon bukan sekadar beri amaran takut berlakunya kemalangan.  Tapi juga digunakan sebagai isyarat Hi! bila nampak kengkawan.  Boleh dikatakan setiap minit mereka ni akan membunyikan hon.  Boleh dikatakan dah budaya mereka sebegitu kalau tak kedegaran bunyi hon mungkin ia adalah sesuatu yang pelik bagi mereka.  Jadi tak mustahil Audi membantu mereka dengan mencipta hon khas yang boleh bertahan lama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 05:23 PM | Show all posts
Mereka dah lali...ntah-ntah bila pi check telinga tahap pendengaran dah kurang
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:37 PM | Show all posts
hahahaha... mana tak nya kena cipta hon khas... dah penduduk negara ni kuat membingit...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:01 PM | Show all posts
Reply 7# alphawolf


    balik kampong?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.075856 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list