Drama Miss Octopus sebanyak 13 episode ini akan bermula pada 24 Jun 2012 jam 9 malam bagi menggantikan Mentor 6. Antara para pelakon yang terlibat adalah Rozita Che Wan, Fahrin Ahmad, Nabila Dally dan Talha Harith.
Sinopsis 1:
Drama komedi Miss Octopus ini mengisahkan tentang seorang pensyarah perempuan (Rozita Che Wan) berusia 35 tahun yang masih bujang. Puas maknya mendesaknya berkahwin, namun dia masih belum mempunyai calon suami dan takut untuk berkahwin hinggakan pinangan yang masuk pun ditolaknya. Kawan-kawanya yang lain semua dah berkahwin dan sedang menambah lagi keluarga. Berbeza pula dgn pelajarnya Mira (Nabila) yang sedang belajar kemaruk pula nak berkahwin tapi dihalang oleh ibunya. Mira hanya dibenarkan kahwin hanya selepas habis belajar.
Sinopsis 2:
Drama Miss Octopus mengisahkan persaingan dan permusuhan diantara Cik Oktober dan Asmira yang berpunca daripada sebuah insiden kecil yang berlarutan menjadi konflik besar. Kisah bermula apabila Cik Oktober, seorang wanita berumur lingkungan 35 tahun yang juga pensyarah Asmira, sering kali mencari kesalahannya sehinggakan gadis itu hilang sabar dan mengelarkan Oktober sebagai Miss Octopus.
Persengketaa mereka menjadi semakin kelam kabut apabila pensyarah tampan, Dr Shah Reza mula mengajar di fakulti mereka. Cik Oktober yang sebelum ini terkenal dengan sikap panas baran mula berubah setelah jatuh hati pada Dr Shah Reza.
Sikap Cik Oktober kini tidak ubah seperti perigi mencari timba. Malahan, penampilan dan perangainya juga berubah secara mendadak sehingga kelihatan seperti perempuan yang gedik. Namun Dr Shah Reza tidak begitu selesa dengan sikap Cik Oktober kerana lebih tertarik dengan Asmira yang tidak kecoh dan serius dalam pelajaran.
Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr Shah Reza atau dia sengaja ingin menyakitkan hati Cik Oktober?