CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38377|Reply: 147

[Lain-Lain] Perosak pawagam

[Copy link]
Post time 28-6-2013 04:05 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Oleh Shuhada Mansor
[size=0.9em]Panggung wayang sepatutnya dikelaskan sebagai tempat menonton filem tapi lain pula jadinya apabila berlambak lagi aktiviti asing dicipta sendiri pengunjung.
[size=0.9em]Situasi ini tidak akan lupus selagi wujudnya panggung wayang namun apa yang kurang menarik adalah aktiviti asing ini lebih kepada perkara menjengkelkan di mana membuatkan sebilangan daripada kita memilih untuk menonton DVD di rumah berbanding ke panggung wayang.

[size=0.9em]Tetapi ada juga segelintir individu terlalu gila menonton wayang tak ambil kisah perihal ini. Walau apa juga keadaan yang mengganggu tumpuan ketika menonton, mereka tak ambil pusing.

[size=0.9em]Punca hilang ‘mood’
[size=0.9em]Fenomena ini pernah menjadi isu perbualan hangat penulis dan rakan. Pelbagai sebab sebenarnya boleh merangsang amarah penonton lain yang individu itu sendiri tidak sedar. Hal ini dikongsi melalui perbincangan dan beberapa situasi dikenal pasti boleh mendatangkan ketidakpuasan hati jiran berdekatan tempat duduk dalam panggung wayang.


SITUASI 1: PENGULAS TAK BERTAULIAH

Ketika sedang ‘best’ melayan jalan cerita apatah lagi slot hampir kemuncak, tiba-tiba ada pencerita tak berbayar pula yang tolong buat sinopsis. Memang tekanan! Kalau berbisik boleh dipertimbangkan lagi, ini tahap suara mengalahkan orang buat pengumuman tergempar. Rimas! Dah macam menonton semeja dengan pengarah filem. Hilang mood, sudahnya berakhir dengan ‘shhhhhhh’.


SITUASI 2: PENCEMARAN BAU

Mula menapak masuk dalam dewan, dah siap set tempat duduk dengan selesa, tiba-tiba bau stokin kepam ataupun bau ketiak hangit menusuk hidung. Aduh! Memang pening kepala sepanjang menonton. Keadaan gelap, tak boleh nak tuduh sesiapa, sudahnya tutup hidung dan paksa diri untuk bernafas perlahan-lahan.


SITUASI 3: JADI KERUSI URUT

Sedang asyik melayan cerita, tiba-tiba kerusi bergegar macam mesin urut. Mustahil gempa bumi? Padahal ada saja kaki gatal dari tempat duduk belakang asyik tendang kerusi kita. Dia punya ‘enjoy’ sampai goyang kaki dengan kita sekali kongsi perasaan teruja itu. Memang tak aman langsung nak menonton.


SITUASI 4: BUNYI DENGKURAN

Menyirap betul kalau kita asyik fokus menonton tapi kawan atau orang berdekatan boleh tidur nyenyak. Tak kisah kalau nak lena dibuai mimpi indah tapi jangan sampai mengeluarkan bunyi dengkuran merdu. Boleh ganggu tumpuan orang lain. Nak tolong kejutkan rasa kasihan, akhirnya layan saja cerita sambil ketap gigi menahan amarah.


Lepak di rumah

Sesiapa yang mampu bertahan dengan punca dinyatakan di atas boleh diletakkan dalam kategori penyabar kerana masih lagi menonton wayang. Tahukah anda terdapat kelompok individu yang tidak gemar menonton wayang dan mereka ini lebih memilih untuk menonton filem terbaru di rumah.

Beberapa faktor diberikan bagi menyokong hobi menonton DVD di rumah antaranya sesebuah filem baru akhirnya akan ditayangkan juga di televisyen. Apa yang perlu dilakukan hanya menunggu dengan sabar. Selain itu, faktor lirik terlalu skema turut menjadi punca gagal menarik kelompok manusia jenis ini menonton wayang. Difahamkan, dialog terlalu formal dan jelas pelakonnya membaca skrip boleh mematikan ‘feel’ menonton.

Pelbagai lagi hujah dikongsi namun melihat kepada sudut positif, penulis percaya punca dan faktor yang dikongsi ini secara tidak langsung berupaya memajukan lagi kualiti filem tempatan dan juga kualiti menonton wayang di tanah air. Kesedaran moral ke arah lebih baik mampu menggembirakan ramai pihak, percayalah.
  1. http://www.hmetro.com.my/
Copy the Code


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 04:45 PM | Show all posts
situasi 3 tu sgt annoying..mmg x suke sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 04:47 PM | Show all posts
dalam gelap, couple kat kerusi sebelah dok buat "hal" lain, benci aku, pegi carik hotel la nak bermanje-manje pulak..

ataupun, tengah khusyuk tengok movie, ada yang bukak phone atau tablet, cahaya tu menganggu gile kut
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 04:51 PM | Show all posts
Situasi 3 tu da banyak kali da kena.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 05:42 PM | Show all posts
setakat ini x de masalah spt di atas sbb tgk wayang di waktu slps balik kerja bukan di hari minggu, pi cinema yg x ramai org dan book seat di belah kanan atau kiri bukannya di tengah2 yg sudah tentu ramai penonton, konfom kurang  gangguan bau2 dan bisik2,
tapi kan kalu movie seram berhantu dan cinema berhantu mmg konform book seat paling hampir pintu masuk atau bersebelahan org ramai
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 05:45 PM | Show all posts
film kelas A spt avatar pirate of caribean dll mmg layak ditonton di cinema, film2 kelas B beli vcd/download/pinjam vcd ajelah,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2013 05:48 PM | Show all posts
Ai pun bkn yg gi nonton kat panggung...sbb slalu x de geng ni layan.
So...tpaksa la menorrent muvi & nonton kat umah sowang2 sambil melepak...syok gak wei!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 08:27 PM | Show all posts
ninja boy posted on 28-6-2013 05:45 PM
film kelas A spt avatar pirate of caribean dll mmg layak ditonton di cinema, film2 kelas B beli vcd/ ...

bukan soal kualiti filem tu

masalahnya
kalau nak tengok dekat rumah
nak tunggu release dvd atau bluray seumpamanya
berbulan2 lepas release date

hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 11:41 PM | Show all posts
hanna88 posted on 28-6-2013 04:45 PM
situasi 3 tu sgt annoying..mmg x suke sgt..

same la. benci tol kalu jadi lagu tu. rase cam nak aje aku ajak gaduh.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 posted on 28-6-2013 11:41 PM
same la. benci tol kalu jadi lagu tu. rase cam nak aje aku ajak gaduh.

tu la pelik..kite x de plak nak buat org camtu..nak tendang2 kerusi ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 08:13 AM | Show all posts
kene tambah lg satu situasi

IBUBAPA BAWA ANAK-ANAK KECIL TENGOK WAYANG

yg ni mmg aku sgt2 la menyampah. especially makbapak melayu yg anak2 diorg tak paham bhs inggeris. bc subtitle pun tak reti lg. anak2 boring pastu membebel2 jelah ade yg melalak sbb rimas pun ade. ni mmg makbapak tak bertanggungjawab lgsg la. aku pernah je maki makbapak mcm ni. ms tu aku tgh tgk captain america. citer die kan mcm slow skit tak banyak action. budak sebelah aku ni dok membebel 'mak jomlah balik jomlah balik'. time tu jugak aku carutkan 'can you shut the f**k up???' barulah mak budak tu bwk die kuar

situasi lain yg paling bangang la ade kapel cina ni bawak anak masuk wayang, nangis la plak. nk tenangkan anak die si bapak ni pegi bukak video kartun ape ntah kt henpon kasi anak die tgk. korg bygkan dlm wayang tu ade dual sound la plak.. sound dr filem n sound kartun bodoh die tu. nasib baik laki tu jauh dr aku nak je aku hempas henpon die ganggu org lain je

pendpt aku pun makbapak mcm ni selfish. kecik2 dh ajar anak tgk wayang, masuk wayang. tgk filem org dewasa. kalau filem hollywood mmg sahla ade adegan kissing2 ni. filem malay byk filem rempit je. bile besar anak jadi gatal bijik jadi bohsia,mat rempit. lg nk salahkan org lain pdhal makpak jugak yg dedahkan anak2 ngan perkara mcm tu. pegi lah bawak anak2 tu masuk library kenalkan dengan buku2 lg berganda-ganda faedahnye.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 09:50 AM | Show all posts
setakat ni ok lg time tgk film kt wayg.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 11:27 AM | Show all posts
annehuda posted on 29-6-2013 08:13 AM
kene tambah lg satu situasi

IBUBAPA BAWA ANAK-ANAK KECIL TENGOK WAYANG

wow kau sound direct je? style.. style..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 11:40 AM | Show all posts
smalam aku g wayang n tgok cter pee mak..fahamlah comedy tp minah sebelah ketawa mcm nak rak, n mulut tk henti ckp..turn off sgt...nangs pun over..sbb 2 i suka tgok dvd jer..boleh fast forward kalau boring boleh pause klau nk amik mkanan n boleh rewind kalau tak focus.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 03:27 PM | Show all posts
boking7 posted on 28-6-2013 08:27 PM
bukan soal kualiti filem tu

masalahnya

sememangnya film kelas A wajib ai tonton di pawagam kerana berbaloi dgn kualiti film dan wang, film2 kelas B tunggu sebulan utk dvd pirate realease lambat tengok pun tak pa kerana cerita biasa2 aje mmg layak ditonton ketika ada waktu di rumah sambil makan kuaci berserta air milo ais, film2 melayu dan low class film x yah tengok pun takpe kerana nnt time raya  pun akan disiarkan walaupun 3/4 tahun kemudian an tv singapore

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bru ni tgk filem epic kt wangsa walk.skt ati parent bwk ank kecik.ank lak dok jerit2.kita nk tgk pun x sng.mmg sgt annoying!klo ank snyp xla skt ati.ni memekak terjerit2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2013 04:10 PM | Show all posts
paling sakit hati

a) handphone tak nak tutup - bad Malaysians
b) bawak anak anak tengok cerita yg tak sesuai ...my god parents macam ni tak fikir ke yg anak anak kecik 22 tahun jangka masa tumpuan depa amat rendah dan pendek so ....ya ALLAH annoying sangat , tetambah yg nagis dan kena marah dan budak tu nangis dan mutah atas kerusi depan dia, ni mmg berlaku kat my friend's seat  gosh
c) sumbang maksiat - gosh pelik lah Malaysians ni - nak tengok movue buat cara nak tengok movie ,  u know ...
d) time solat dan ada yg ntah waktu maghrib pun dia well...hmm....interesting ...kalau lady yg uzur syari'e okay fine dia nak tonton time apa apa but  you know yg jenis  tak solat

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 04:12 PM | Show all posts
annehuda posted on 29-6-2013 08:13 AM
kene tambah lg satu situasi

IBUBAPA BAWA ANAK-ANAK KECIL TENGOK WAYANG

ni wayang mana ni teruknya  hehehhe...sabaq sungguh ...kalau saya i would say syhhhh.....please.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 05:20 PM | Show all posts
annehuda posted on 29-6-2013 08:13 AM
kene tambah lg satu situasi

IBUBAPA BAWA ANAK-ANAK KECIL TENGOK WAYANG


LIKE seribu LIKE

I selalu rasa manusia memberanakkan zuriat tidak memberi kematangan automatic pada empunya diri!

Contoh pertama - masa nak tgk wayang di Megamall Kuantan - satu couple melayu ntah dari ceruk mana - bapak pakai skin tight jeans rock kapak rambut panjang - mak pakai baby t and leggings - bawak baby ENAM BULAN okey!!! Ntah screen mana la diorg tgk...

Contoh kedua - kat East Coast Mall - I nak tgk Oblivion dgn hubby - masuk2 je wayang - young couple melayu - tgh tunggu show start - bersama anak yg baru nak belajar berjalan. siap menjerit2. masa tu show tak start lagi tapi aku dah mengomel2 - tapi sebelum show start diorg blah sbb anak diorg meragam
Dalam wayang yg sama, a family dgn anak2 - dari umur yg berdukung di riba - ke umur darjah enam kot. - dok tgk Oblivion.

Contoh ketiga - also kat East Coast Mall Kuantan - aku tgk Star Trek Into Darkness - row belakang aku tapi hala ke tepi (aku duduk tgh) - satu family bwk budak umur 3 -4 tahun - tgh2 show dok menjerit2 and melompat sepanjang row tpt duduk. Aku pandang belakang - mak ayah buat bodo. Dah mmg bodo nak buat camne kan. Sepjg show tu mmg anak dia berckp and menjerit. Bangang.
Nasib baik la tak duduk betul2 belakang aku - kalau duduk belakang aku, mmg aku menjerit suruh senyap or kuar and mintak duit aku balik.

Pernah 'SHHHH' kan mamat yang bagi komentari citer Harry Potter pada kawan dia dlm wayang. Time movie tak start lagi tak kisah la. Nie sepuluh minit show dah start pun dok berckp lagi. Langsung aku SHHH kan kuat2 and terus senyap.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 05:39 PM | Show all posts
pernah masuk panggung sblm kawin...ok jer masuk takde ape2 mslah...cuma bau jer kot yg krg enak sbb tmpt ramai kan...i tak kisah je sbb masa tuk nonton ngan org tersyg,,,hehe,,,,kini hampir 3 thn tk msk panggung rindunya nk tgk citer yg best2.....demi si baby kecik yg tersayang i lupekan semua hasrat nak menonton movie yt best...tak pasal2 kan kena marah sebab anak kecik nangis....nape ler parents skrg ni ada gak yg jenis suka bawa anak masuk panggung....takde bnda lain ke nak luangkan masa ngan anak2....lagipun bila dah berkeluarga semua fokus pada famili jer..byk masa kat umah...shoping barang dapur...jalan2 kat taman n yg sewaktu dgnnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077501 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list