CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4152|Reply: 0

[Lain-Lain] Percutian Hari Raya di Tengah Bandar!

[Copy link]
Post time 21-7-2015 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Sejak akhir-akhir ini, lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk tidak balik kampung ketika hari raya dan meraikannya di bandar sahaja. Pada musim perayaan seperti ini, beberapa tempat di Lembah Klang menonjolkan tarikannya sebagai pusat aktiviti untuk seluruh keluarga. Salah satu daripadanya adalah Sunway Lagoon – yang akan mengekalkan waktu operasinya dari 10am hingga 6pm sepanjang cuti Hari Raya.
Dari 17 hingga 19 Julai, para pengunjung akan diraikan dengan pelbagai tarikan hebat. Pesta dan sambutan ketika Hari Raya ini bermula sebaik sahaja taman dibuka. Kemeriahannya bermula sebelum pengunjung masuk ke dalam taman lagi, dengan sebuah persembahan tarian istimewa. Kejutan-kejutan yang lebih besar menanti para pengunjung sepanjang hari termasuklah Carnival Parade dan persembahan tarian tradisional yang akan berlangsung dari 1pm hingga 2pm untuk menghiburkan para pelancong dan pengunjung tempatan.


Kemeriahannya akan berlanjutan sehingga petang. Sebuah persembahan tarian moden pada 3pm akan diikuti oleh Hawaiian Dance Show sejam kemudian. Sunway Lagoon akan ditutup selepas persembahan penutup yang sesuai dengan sambutan ini diadakan. Dance Medley penutup akan memberikan para pengunjung pengakhiran yang hebat untuk sebuah percutian Raya. Para pengunjung juga dapat bertemu dengan para penghibur secara dekat ketika sesi beramah mesra dan bergambar.
“Kami juga menawarkan beberapa ‘hadiah’ tambahan buat para pengunjung pada Hari Raya ini. 3000 pengunjung pertama dalam masa tiga hari tersebut akan menerima sampul Raya eksklusif. Kami juga menawarkan Pas Tahunan pada kadar istimewa ketika Hari Raya ini. Pas ini memberikan akses sepanjang tahun ke Sunway Lagoon dan akan dijual pada harga yang lebih rendah. Pemegang MyKad juga akan dapat menikmati kadar istimewa,” tambah Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon.

Sunway Lagoon kini tidak lagi hanya terkenal dengan kawasan ‘basah’ dan ‘kering’nya. Sunway Lagoon yang mempunyai keluasan sebanyak 88 ekar hari ini terdiri daripada lima taman berlainan dengan tarikan masing-masing. Ini termasuklah Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park.

Water Park di Sunway Lagoon mempunyai Vuvuzela – sebuah gelongsor air terbesar di dunia. Bayangkan berpusing sehingga lima kali di dalam corongnya yang mempunyai diameter bersaiz 22 meter dan sepanjang 152 meter. Inilah yang ditawarkan tarikan hebat ini kepada mereka yang menaikinya. Vuvuzela bukan sekadar berjaya menarik para pengunjung dari Malaysia, tetapi juga dari seluruh rantau ini. Water Park juga menawarkan Sandy Surf Beach buatan manusia yang terbesar di dunia, lengkap dengan ombak yang dibentuk sempurna sehingga 8 kaki tingginya! Para pengunjung boleh membina istana pasir atau berehat di bawah pohon palma untuk pengalaman pantai yang lengkap, di tengah bandar! Para pengunjung yang ingin menikmati pemandangan indah taman ini dan lokasi strategik untuk fotografi hanya perlu berjalan ke Jambatan Gantung Pejalan Kaki Terpanjang di Malaysia.


Amusement Park pula menampilkan Wild Wild West yang menawarkan pelbagai tarikan terkenal seperti Grand Canyon River Rapids – dicatatkan di dalam Malaysia’s Book of Records sebagai yang pertama seumpamanya – memberikan para pengunjung pengalaman seolah-olah sedang berlakon di dalam filem koboi mereka sendiri. Sementara itu, pengembaraan menjadi nyata di World of Adventure di atas Pirate’s Revenge – sebuah kapal lanun yang boleh berputar 360 darjah!

Wildlife Park di Sunway Lagoon yang boleh dibandingkan dengan beberapa zoo terkemuka di dunia membolehkan para pengunjung melihat pelbagai haiwan dari Malaysia dan negara-negara lain dengan lebih dekat. Taman ini memuatkan lebih daripada 150 spesis, menampilkan pelbagai jenis burung, ikan, reptilia dan mamalia. Pengunjung akan berasa seperti sedang berjalan di dalam hutan sebenar dengan “bunyi-bunyian hutan” berkumandang di udara – suatu pengalaman yang menarik untuk orang dewasa dan kanak-kanak!

Scream Park yang hanya sesuai untuk para pengunjung yang berani, terdiri daripada tiga tingkat yang menawarkan pengalaman secara langsung yang menyeronokkan, menakutkan dan mengujakan. Kevil Hill Cryonic Corporation (KHCC) yang diasaskan oleh James Buchanan (JB) Kevil adalah penemuan menyeramkan yang menerokai cryonics, suatu dunia selepas kematian melalui fakta atau fiksyen sains!

Jadi, lawatilah Sunway Lagoon pada Hari Raya ini. Hanya di sini anda boleh berehat di pantai, melihat hidupan liar yang paling eksotik di dunia dan menikmati pelbagai kemeriahan dan cabaran, semuanya dalam satu tempat, menjadikannya taman tema terulung di Malaysia.
Tawaran istimewa dan jualan murah untuk tiket boleh didapati di www.sunwaylagoon.com. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman facebook Sunway Lagoon: www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia atau dengan menghubungi taman di talian +603-5639 0000.
wanista




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    9-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.031667 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list