|
Edited by melnanzz at 27-1-2018 02:59 PM
Aku kagum dengan kegigihan Weta Workshop ni. Aku baru kenali WW masa depa buat set Lord of the Rings. Tak sangka dalam zaman CGI yang serba canggih dan moden, masih ada lagi set yang direka dengan menggunakan konsep miniatures. Amazing betul!
I have to admit, semalam baru tengok BR2049. Yup! Aku tengok the whole 3 hours in one sitting with English subtitles on, supaya aku boleh concentrate setiap tuturan dalam filem ini. Jalan cerita memang slow, tapi aku suka tengok how they design the post-apocalyptic Los Angeles: dark, gloomy, depressing.
I watched the original Blade Runner, and for the life of me, tak pernah sedetik terfikir pun yang Rick Deckard ialah seorang replicant! What a twist BR2049 brings! Deckard dan Racheal adalah replicant terbaik ciptaan Tyrell - iaitu replicant yang dapat hidup seperti manusia, termasuklah melahirkan zuriat. Malangnya formula ciptaan Tyrell telah dibawa bersamanya ke kubur dalam BR 1982. Dalam BR2049 pula, Wallace cuba untuk sambung balik kerja Tyrell, cuba untuk mencari the perfect formula, tapi malangnya tak berjaya - ciptaan terakhir Wallace gagal - tidak sama dengan hasil ciptaan Tyrell (scene Wallace bunuh replicant wanita yang dia baru cipta tu sgt brutal).
Sedih juga bila dapat tahu filem ni flop, kalau tidak mungkin kita akan dapat sekuel seterusnya - kisah revolusi/uprising replicant terhadap manusia. Dan adakah spesis replicant ini akhirnya dapat evolve secara semulajadi seperti Deckard dan Racheal juga - iaitu mereka dapat melahirkan zuriat mereka sendiri.
Juga sedih sebab watak K (Ryan Gosling) dimatikan pada penghujung BR2049. I wished the scriptwriters make K a special replicant, just like Rick Deckard. |
|
|
|
|
|
|
| |
|