Filem kajian pertama FDAM ini mengupas dilema teraju utamanya Puteh Maimun Zahra, yang membawa watak Adele, penari balet yang ingin bertudung. Cabaran untuk menyatukan hijab dalam dunia balet membawa Adele ke Perth namun tentangan yang dihadapi lebih besar berbanding di negara sendiri. Diana ibu kepada Adele, ingin menghidupkan semula cita-cita menjadi penari balet menerusi anaknya. Bagaimanapun, neneknya Maimun, cuba menghantar mesej hijab kepada Adele dengan penuh kebijaksanaan dan keagamaan tetapi ditentang oleh Diana.