View: 5177|Reply: 17
|
Kim Jong-kook mahu ‘simpan’ sperma
[Copy link]
|
|

KIM JONG-KOOK
Kim Jong-kook mahu ‘simpan’ sperma
USIANYA semakin menghampiri angka 50 tahun, namun masih belum ada tanda-tanda untuk penyanyi terkenal Kim Jong-kook mendirikan rumah tangga.
Biarpun kerap digosipkan bercinta dengan ramai wanita cantik, termasuk rakan sepasukan dalam program Running Man iaitu Song Ji-hyo, namun hati lelaki itu masih belum terpaut dengan cinta.
Disebabkan itu bahkan sejak beberapa tahun lalu, dia kerap dihujani pertanyaan tentang perkahwinan memandangkan usianya yang semakin meningkat.
Bagaimanapun ketika muncul sebagai tetamu undangan dalam program Heo Young-man’s Food Travel baru-baru ini, penyanyi lagu One Man itu membuat pendedahan mengejutkan ramai.
Pada awal perbualan, Jong-kook mengakui berasa tertekan kerana ada pihak cuba menjodohkannya dengan wanita tertentu, sedangkan dia lebih selesa mengenali seseorang tanpa paksaaan.
“Saya cuma kena berhati-hati. Saya juga banyak bercakap dengan ramai kawan yang belum berkahwin. Saya cuba mengajak mereka menyimpan sperma bersama-sama. Saya benar-benar serius mempertimbangkan perihal berkenaan,” katanya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang la tk kawin
duit byk nak buat apa
ramai artis korea 40an masih tak kawin
so gosip dgn song ji hyo tu semata nak naikkan rating running man la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kim Jong Kook Serius Ajak Rakan-rakan Yang Belum Kahwin Simpan Sperma
Anggota Running Man, Kim Jong Kook berhasrat untuk mengajak rakan-rakannya yang belum berkahwin untuk menyimpan sperma.
Jong Kook, 45, mendedahkan perkata tersebut menerusi program Heo Young-man’s Food Travel baru-baru ini.
 Kredit foto: IG Jong Kook
Tambah Jong Kook, dia berasa tertekan setiap kali dijodohkan dengan wanita tertentu kerana lebih selesa mencari jodoh sendiri dan tanpa paksaan.
"Ramai bertanya kepada saya tentang perkahwinan kerana usia sudah semakin meningkat.
"Saya tertekan kerana ada orang yang minta carikan jodoh untuk saya. Saya lebih selesa berkenalan dan mengenali wanita itu sendiri.
"Sejak usia semakin meningkat ini saya rasa saya perlu lebih berhati-hati apabila ia berkaitan dengan hal tersebut," katanya.
Katanya lagi, dia ada berbual dengan rakan-rakan yang masih bujang untuk menyimpan sperma.
“Saya ada mengajak kawan-kawan yang belum berkahwin untuk menyimpa sperma bersama-sama dan saya serius mengenainya.
"Saya juga akan mempertimbangkan untuk berbuat demikian nanti," katanya.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Knp nk simpan.bkn ke sentiasa ada je? |
|
|
|
|
|
|
|
Kim Jong Kook ni kalau tak kawen-kawen pun tak terkejut
dah la cerewet nak mati, kuat membebel pulak tu
berdisiplin, tapi terlalu rigid, dan susah flexible
orang keliling pun tak tahan
still, kadang2 nampak dia ni macam "sesuatu" ja |
|
|
|
|
|
|
|
dalam Running Man memang obvious bebel and daya saing tinggi
nasib baik dapat geng kepala ok
kalau tak mau stress ...
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan hensem pun cuma femes je..muka dia ni tipikal apek jual sayur kat pasar..gittuhh |
|
|
|
|
|
|
|
kat msia ada tak sperm bank nih? caner nak depo? |
|
|
|
|
|
|
|
diorang tu sabor je
memang penyabor maksimum, sebab tu senior kan.
Korea junior-senior ni memang sensitif
pernah tengok dia sound member lain, entah diorang terlepas edit ke, atau memang nak masukkan shot tu
yang muda2 ni dapat arahan aje.
PD diorang, staff pun kena marah
aiyo dia very the diva la
tapi dalam setahun dua ni, nampak la dia dah slowdown bila kena kritik.
dalam social media lain pun penonton complain pasal joong kook ni.
control freak sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jong Kook boleh geng dengan makcik bawang
bila tengok Running Man tak berapa gemar part Jong Kook
stress
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok jugak cadangan tu. Simpan masa muda takut nnt dah tak subur. Asalkan ada fulusss |
|
|
|
|
|
|
|
bukan lawa pun dia ni.harap badan je lawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Simpan untuk pastikan dia masih akan ada waris nanti walaupun dah lanjut usia |
|
|
|
|
|
|
| |
|