View: 3438|Reply: 17
|
Petikan Ceramah Akil Hayy
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,
>Subject: Ucapan Ustaz Hj.Akil Hayy
>
>Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
>Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
>Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
>Apabila rumahtangga jadi sepakat,masyarakat jadi muafakat.
>Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
>Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
>Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
>Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
>Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
>
>TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita
>lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
>Ditengah-tengah itu,tempat maksiat tumbuh macam kulat.
>Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
>KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
>Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi
ulat.
>Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
>Apabila sembahyang jadi liat,orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
>Apabila orang baik bertukar jahat,orang miskin pula nak kaya cepat.
>Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
>Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak
gamat.
>
>Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
>Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.
>Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.
>
>Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.
>Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
>Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
>Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
>Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
>
>Duduk jauh berkirim surat.
>Bila berjumpa, tangan berjabat.
>Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
>Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
>Usah peduli agama dan adat.
>Usah takut Allah dan malaikat.
>Yang penting apa kita nak buat?
>Kita 'bukti'lah kita buat.
>Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
>Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak
cukup sifat.
>Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata
tempat.
>
>MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
>Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
>Habis manusia telah tersesat.
>Inilah dia fenomena masyarakat.
>Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
>Marilah kita pakat mengingat,
>Bahawa dunia hari ini makin singkat,
>Esok atau lusa mungkin kiamat,
>Sampai masa kita semua akan berangkat!
>Berangkat menuju ke negeri akhirat.
>Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
>Masa tu, sindri mau ingat.
>Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
>Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
>Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
>Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
>Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan
memperbanyakkan
>ibadat.
>
>
>(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
>Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat
handai kita
>agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju
>dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar!
>Allahhuakbar!) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada tengok gambar Akil Hayy di rekod terbaru dia tak? Wa tengok ada rock sikitlah dah tak pakai serban. Mungkin nak challenge Mawi kot? |
|
|
|
|
|
|
rinaaz This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekurang2nya, beliau menyampai mesej kebaikan buat masyarakat, bukan sekadar terkinja merata tempat.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Robotech at 9-1-2007 07:03 PM
Sekurang2nya, beliau menyampai mesej kebaikan buat masyarakat, bukan sekadar terkinja merata tempat.
Wassalam
Sabar Pak..sabar, belum sampei masanya lagi. Nanti kalo dah dijemput untuk terima anugerah kalo dia menang, mungkin ada style dia tersendiri terkinja-kinja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabar Pak..sabar, belum sampei masanya lagi. Nanti kalo dah dijemput untuk terima anugerah kalo dia menang, mungkin ada style dia tersendiri terkinja-kinja.
Nk sgt ke tgk dia terkinja2 di atas pentas. Setakat ni sy tgk, takder pun kumpulan nasyid, Raihan atau Rabbani yg terkinja2 atas pentas lps terima anygerah.
Hiburan Islamik jauh berbeza drp hiburan hedonis, saudara ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Robotech at 9-1-2007 08:56 PM
Nk sgt ke tgk dia terkinja2 di atas pentas. Setakat ni sy tgk, takder pun kumpulan nasyid, Raihan atau Rabbani yg terkinja2 atas pentas lps terima anygerah.
Hiburan Islamik jauh berbeza dr ...
Apa salahnya kalau dia terkinja-kinja di atas pentas dan tidak melanggar syara'? Seni itu luahan perasaan dan kalau lagunya menggambarkan keceriaan dan kegembiraan maka seharusnya dia mengikut rentak kesesuaian lagu tersebut. Apakah mesti orang pakai serban itu melentuk layu lemah-lembut saja??
Kalau penyanyi yang berseluar jean koyak-rabak serta kaki stim pulak menyanyikan lagu..'marilah kiter solat dan ikut nabi', haa..ini barulah boleh dipertikaikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sy dah lama mengikuti perkembangan Ustaz Aqil Hayy, dr zmn band rocknya yg tak menjadi, sehinggalah zmn beliau pulang drp Indonesia bg mendalami ilmu agama.
Drp zmn beliau dgn parti PAS, sbg penceramah bebas, serta penggiat seni hiburan Islamiah hingga kini, beliau tak terkinja2 pun.
Dia tahu mana batas persembahannya.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
ceramah apanya...dalam cafe bersama akil hayy tu kau tengok la..si noni tu punya baik siap pakai tudung lagi, dalam konset final AF 6 siap pakai baju seksi lagi... Nak ceramah tu tengok la tempat sama...Semua tu berlakon ja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ieyla1979 at 25-5-2008 12:35 PM ![](http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
ceramah apanya...dalam cafe bersama akil hayy tu kau tengok la..si noni tu punya baik siap pakai tudung lagi, dalam konset final AF 6 siap pakai baju seksi lagi... Nak ceramah tu tengok la tempat ...
ramai yg berlakon dlm hidup ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 25-5-2008 02:06 PM ![](http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
ramai yg berlakon dlm hidup ini..
Termasuklah juga Tok Mupeti Peghelih yang teringin nak jadi orang seni gak.
Isnin, 26 Mei 2008 / 20 Jamadilawal 1429
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis lirik untuk lapan hingga sembilan lagu yang akan diterbitkan tidak lama lagi dalam usahanya memperluaskan ruang dakwah melalui penyampaian mesej murni bertepatan dengan agama.
Mohd Asri berkata, lagu pencipta tempatan yang menggunakan lirik daripada puisi tulisannya itu sudah siap dan kini dalam proses untuk diserahkan kepada beberapa penerbit yang berminat mengeluarkan album berkenaan secepat mungkin.
"Lagu itu akan dinyanyikan beberapa penyanyi yang akan dipilih oleh pencipta lagu," katanya kepada pemberita selepas majlis Baca Puisi Kuala Lumpur (BPKL) 2008 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, kelmarin. .................................
Mengenai konsep album dan lagu terbabit, beliau berkata, ia tidak perlu terikat kepada konsep yang khusus seperti nasyid kerana lagu sebenarnya mempunyai makna yang sama. Yang penting mesej yang baik itu dapat disampaikan...........
(Boleh juga dalam rentak rock ataupun reggae kot??)
"Malah, sekarang ini saya mula membaca mengenai filem dan tidak mustahil satu hari nanti saya akan menyelia atau menulis skrip filem supaya tidak ada tuduhan mufti hanya pantai membuat larangan, tetapi tidak menyediakan alternatif sebagai galakan," katanya
Kalau tok mupeti ni jadi penyanyi dan pelakon tentu meletup lagi dibuatnya industri muzik tanahair tercinta kita ini. Peminat no problem sebab dia dah ada hardcore fan dia sendiri daaah.
Nampaknya kalahlah Abuya nanti yang cuma tahu sajak2 kaler saja...
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam rancangan cafe akil hayy semua tu berlakon ja..si noni af tu....baiknya siap pakai tudung lagi....tapi di luar... Apa ni ustaz....ADAKAH AGAMA INI UNTUK LAKONAN!!!!!JAWAP LA......................ADA banyak cara lagi nak betul kan orang... ![](static/image/smiley/default/3flex.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
>Subject: Ucapan Ustaz Hj.Akil Hayy
>
>Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
>Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
>Apabila diri selamat, rumahtangga jadi ...
mejik Post at 9-1-2007 12:32 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
menarik...
boleh jadikan peringatan utk diri sendiri dan org lain..
terima kasih~ |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mana baik, diambik jadi iktibar. Yang buruk, sisihkan. |
|
|
|
|
|
|
|
pembohong...................bukan org ketiga kunun |
|
|
|
|
|
|
| |
|