CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafiz_alghumari

Perbicaraan tentang Tasauf dan SUFI

[Copy link]
Post time 29-3-2008 12:36 AM | Show all posts
Ya benar,

dan disana ada orang-orang yang menyelewengkan ilmu tasauf ini dan menokok tambah.
dan disana ada juga orang yang tidak mengerti hingga menyangkakan ianya bukan sebahagian dari Islam.

Kekeliruan inilah yang perlu dijelaskan bukan semata-mata taksub dengan pegangan masing-masing.

Saya harap kita semua tidak menjadi orang-orang yang suka melampaui batas.

Semoga ALLAH menyelamatkan kita semua. Ameen.

salamualaikum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2008 11:49 AM | Show all posts
salam

iye hanya sekadar nama atau perkataan
tapi tanpa penghayatan dan keikhlasan
sam je kita ngan yg terketek ketek tuuuu

*** mana pu gi lama kalalah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 04:42 PM | Show all posts

ERTI ZUHUD

Perkataan zuhud bila dilihat ertinya dalam kamus Arab atau mengikut pengertian bahasa biasa ialah meninggalkan dunia. Tetapi mengikut istilah Islam, erti zuhud itu ialah hati tidak terpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Pengertian yang kedua, iaitu mengikut pengertian syariat inilah yang akan menjadi perbahasan saya.Kerana
zuhud mengikut syariat adalah disukai oleh Allah dan Rasul. Ia juga termasuk dalam sifat-sifat mahmudah. Moga-moga dengan izin Allah saya dapat menghuraikannya.

Mengikut tafsiran saya, kalau demikianlah pengertian zuhud itu, tidak semestinya orang yang zuhud itu tidak memiliki dunia atau mesti meninggalkan segala nikmat-nikmat dunia. Boleh jadi nikmat dunia yang dimilikinya lebih banyak dari orang lain atau dia mengendalikan dunia dengan banyaknya. Namun demikian, dunia yang banyak itu, yang dimilikinya atau yang dikendalikannya itu tidak mempesonakannya. Sedikit pun dunianya yang banyak itu tidak terjatuh ke hatinya. Bahkan dunia itu ada atau tidak, sama saja baginya.

Dia memiliki dunia serta mentadbirnya adalah dengan tujuan agar dunia itu dijadikan alat untuk membolehkannya beribadah kepada Allah SWT dan berkhidmat sesama manusia. Dunia yang dimilikinya itu dijadikan jambatan untuk ke Akhirat. Ini sesuai pula dengan tuntutan ajaran Islam yang dinyatakan dalam sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: 揇unia itu adalah tanam-tanaman untuk Akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 05:00 PM | Show all posts

Reply #142 orangbesi's post

pandangan saya tentang ilham/ilmu ladunni,

Bagi setiap manusia ada pendamping masing-masing dari kalangan jin dan malaikat.

Malaikat akan mengilhamkan kepada anda perkara-perkara yang baik dan benar.
Jin yang kebiasaannya kafir akan membisik/menghasut kepada perkara-perkara yang buruk dan keji.

Bila anda mendekatkan diri kepada ALLAH maka lebih mudah bagi anda menerima pandangan malaikat tersebut dan lebih banyak kebenaran yang akan diilhamkan kepada anda.

Begitu juga sebaliknya apabila anda semakin jauh dari ALLAH maka semakin sukar buat anda menerima pandangan malaikat dan lebih mudah buat anda tertipu dengan bisikan jin kafir (syaitan)

Dan juga bila anda mengutamakan dunia lebih dari anda mengutamakan akhirat maka kepentingan-kepentingan dunia akan mempengaruhi anda dari menerima pandangan malaikat (ilham yang baik).

Walaubagaimanapun anda tidak perlu mengasingkan diri dari masyarakat semata-mata untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Anda boleh melakukannya di mana-mana saja terutamanya di waktu malam. Yang penting bagaimana anda membahagikan masa anda (priority) dengan sebaik baiknya.  Inilah keadilan dalam Islam. Iaitu kepentingan-kepentingan dunia tidak mempengaruhi anda dalam membuat keputusan berkenaan kepentingan akhirat, dan kepentingan akhirat pula tidak sampai menjejaskan sama sekali keperluan-keperluan dunia anda.

Maka ALLAH mengilhamkan setiap manusia ke arah kebaikan. Bukan orang-orang tertentu saja. Maka janganlah kita berasa sombong dan ignorant (jahil)

Bagaimana mendekatkan diri kepada ALLAH supaya hati kita bersedia menerima ilham (melalui malaikat),
dan memahami tipu daya syaitan dan dajjal:

* membaca/mendengar/mengkaji Al-Quran (learning)
* solah/sembahyang/sujud (penyesalan)
* solah berjemaah/bersatu dalam menegakkan kebenaran atau keadilan (penyatuan)
* berpuasa (penyucian jasmani)
* berzikir (mengingati ALLAH)
* bersedekah/berzakat (mensucikan hati dan harta)
* menolong makhluk ALLAH (mensucikan hati)
* berziarah ke mekkah/madinah atau beriadah (tempat yang aman)
* makan makanan yang baik, suci lagi halal (berkhasiat dan bervitamin - limits junk foods/canned foods/fast food/msg)
* minum air zam-zam yang tulen (dajjal menguasai air kecuali telaga zamzam)

Itu saja setakat ini. Kepada yang mahu berdebat/berbalah dengan saya, harap baca terlebih dahulu pandangan saya mengenai TASAUF yang telah saya "post"kan sebelum ini.

Marilah saudara-saudari kita bersatu dan mengelakkan dari suka menimbulkan syak-wasangka.

salamualaikum
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 09:14 PM | Show all posts
fahamkan apa
fikiran kosong
kerasukan
iblis atau malaikat
bagaimana
memahamkannya
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 07:14 PM | Show all posts
Sufi suka buat hal sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2008 08:49 PM | Show all posts

Reply #146 AniSani's post

mendampingkan diri dengan khaliqnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 07:26 PM | Show all posts

Reply #147 ianho's post

Betul tapi kalau semua orang jadi sufi , sunyi dunia ni
Tapi..mana lah ada perkataan kalau dalam dunia ni

"Kalaulah nabi adam tak makan buat khuldi , tentu kita semua hidup senang-lenang di syurga sekarang"

Kalau itu dan kalau ini , kita hanya menurut perancangannya yang telah ditulis sejak dari dulu lagi , yang membezakannya hanya "masa"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2008 09:55 AM | Show all posts

Reply #146 AniSani's post

nak kata camna depa ni
bila dah khusyuk sangat dengan tuhan mereka
TERLUPA langsung semuanya

ialah cam teruna dan dara masa tenhag bercinta leee
lupa semuanya
bau ketiak pun dikatakan wangiiiiiii
(hanya sekadar ungkip persamaan)
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 01:44 PM | Show all posts

Reply #148 AniSani's post

mana mungkin semua jadi sufi
sbb neraka dah tersedia
janji tuhan tak pernah mungkir
cuma manusia yang berbalah
tak mau menerima hakikat penghidupan
panjang angan2 macam mat jenin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.542270 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list