6 BULAN BERSAMA PRO-TAJDID
Blog PRO-TAJDID (Segar) lahir pada bulan Mac 2007. Sehingga ke hari ini (awal September 2007), jika dibandingkan dengan usia seorang bayi, sedia kita maklumi bahawa si bayi masih belum boleh berbicara dan belum mampu berjalan. Sungguhpun begitu tamsilannya, bayi comel bernama PRO-TAJDID ini menjadi perhatian orang ramai dalam usianya yang masih mentah. Agaknya apalah yang bakal bayi ini lakukan setelah berusia dua tahun, tiga tahun, lima tahun dan seterusnya? Wallahualam.
Kewujudan blog ini dicetuskan oleh seorang hamba Allah yang aktif dan ada kemahiran dalam hal ehwal internet. Banyak buah tangan dan 慼embusan抧ya yang bermanfaat untuk para pelayar di ruang maya ini boleh ditemui jika anda mengenalinya. Apa saja manfaat yang datang daripada laman ini, pasti mengalir kasih sayang Tuhan dan mata wang syurga (pahala) kepada pencetusnya.
Pada awal kemunculan blog PRO-TAJDID ini, ada pihak-pihak yang tersalah sangka lalu menisbahkan blog ini dengan saya. Bukan! Tuannya orang lain. Tuannya sedang istiqamah mengingatkan 憈arbiah-tarbiah yang dilupakan |