View: 2776|Reply: 6
|
GRID - Permainan video versi tempatan
[Copy link]
|
|
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
Md. Zubir Ansori Yahaya (kiri) bersama-sama Maxime Villandre semasa majlis pelancaran permainan komputer rekaan tempatan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
MALAYSIA Debt Ventures Berhad (MDV), memperlihatkan komitmennya untuk membangunkan tunas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara dengan menjalinkan kerjasama bersama Codemasters Studios, pengeluar permainan komputer dan video bertaraf antarabangsa.
Menerusi kerjasama tersebut, negara buat pertama kalinya telah melibatkan diri bagi menghasilkan permainan komputer Racedriver GRID versi tempatan.
Racedriver GRID merupakan sebuah permainan yang direka khusus bagi individu yang meminati dunia perlumbaan kereta.
Ia boleh didapati dalam bentuk permainan komputer peribadi (PC) konsol Sony PlayStation 3 (PS3) dan juga konsol Nintendo Xbox 360.
Permainan tersebut merupakan permainan konsol generasi baru dan bertaraf tiga A.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Md. Zubir Ansori Yahaya, pihaknya amat berbangga kerana dapat berkerjasama dengan Codemasters Studios dan turut berperanan mencipta sejarah industri permainan komputer di Malaysia.
憫Sebagai syarikat pembiaya dan fasilitator pembangunan ICT dan sektor berdaya maju, MDV berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat pemaju permainan komputer bertaraf antarabangsa seperti Codemasters.
憫Kepercayaan ini merupakan satu penghormatan dan kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada projek ini,拻 katanya.
Kerjasama ini membuktikan Malaysia berkemampuan dalam menyediakan infrastruktur serta tenaga tempatan untuk mencipta permainan komputer terkini bertaraf antarabangsa.
Secara tidak langsung, ia telah membuka lembaran baru kepada pereka tempatan untuk tampil kehadapan dalam menjadi perintis industri permainan komputer di negara ini.
Ini adalah kerana, MDV telah mengenalpasti perisian kreatif sebagai salah satu sektor berdaya maju dan berharap akan dapat membiayai lebih ramai usahawan berbakat dengan matlamat untuk meletakkan nama negara di mata dunia sebagai pengeluar perisian kreatif bermutu tinggi.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Codemasters Studios Sdn. Bhd., Maxime Villandre berkata, penubuhan Codemasters Studios di Malaysia merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan agresif syarikatnya.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada MDV kerana memberikan sokongan untuk berkembang di rantau ini.
憫Kami juga sedang meninjau peluang pembangunan baru lain yang kami harap akan mendapat sokongan dan usahasama dari Malaysia dan MDV untuk bersama-sama menjayakan usaha Codemasters di masa hadapan,拻 ujarnya.
Sehingga kini, MDV syarikat di bawah Kementerian Kewangan itu telah diamanahkan untuk mengurus RM1.6 bilion pinjaman dari Kerajaan Jepun melalui Japan Bank for International Cooperation yang telah memberikan pembiayaan berjumlah RM283 juta kepada 17 buah syarikat dalam industri perisian tempatan.
Di samping memberi bantuan kewangan, MDV juga membekalkan perkhidmatan sokongan pembangunan perniagaan meliputi perkhidmatan pengurusan projek, konsep pemasaran dan penerapan amalan terbaik industri.
-Utusan Online (19/06/2008)
korang dah main blum game nie dgr kata cambest je..... |
|
|
|
|
|
|
|
grafik cntik.tp xminat cara prlumbaannya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah main game nie... bagi aku best... sbb game nie more on ur driving skill then upgrade jadi nos laa.. letak spoiler laa etc... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 dah nampak review kat mana2 website gaming |
|
|
|
|
|
|
|
tapi overall memang best kan grid, tapi syg tak support trophy kat ps3!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang menarik dalam GRID? Ada apa dengan GRID? |
|
|
|
|
|
|
| |
|