|
Tentang Anjing yang saya dapat dari forum lain
Bab Perintah Supaya Membunuh Anjing Dan Penjelasan Tentang PEMBATALAN PERINTAH TERSEBUT. Pengharaman Memelihara Anjing Kecuali Untuk Berburu, Menjaga Tanaman Atau Ternakan Dan Lain lain
Hadis ini tentang suruhan membunuh anjing:.
Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membunuh anjing
Dalam Sahih Muslim: 2934
Dan berikut merupakan hadis2 yang membatalkan hadis diatas (nasakh dan mansukh---sila cari sendiri ye kalo tak tau)
Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing selain dari anjing untuk menjaga ternakan dan anjing untuk berburu, maka setiap hari pahala amalannya dikurangkan sebanyak dua qirat (kinayah iaitu ibarat bagi ganjaran pahala yang sangat besar)
Dalam Sahih Muslim: 2940
Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing selain dari untuk berburu atau menjaga ternakan dan ladang, maka setiap hari pahala amalannya akan berkurang sebanyak dua qirat
Dalam Sahih Muslim: 2947
Hadis Sufian bin Abu Zuhair r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahala amalannya akan berkurang sebanyak satu qirat
Dalam Sahih Muslim: 2951
Ada orang boleh bagi ayat sebelum itu, yang memberikan sebab kepada disuruhnya bunuh anjing dan kemudian diterbalikkan lagi arahan untuk membolehkan orang memelihara anjing.
[ Last edited by kompia23 at 24-12-2008 02:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #20 kompia23\ catat
114]
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
[115]
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Nahl Ayat 114-115)
揇iharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging (haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.擺/size]
(Surah al-Maaidah: Ayat 3).
揔atakanlah, Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 syazmin_husna's post
jazakilah syazmin... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 syazmin_husna's post
kalau sembelih babi atas nama Allah tak boleh makan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #24 kompia23\ catat
daging babi jelas haram hukumnya...disembelih atas nama Allah atau tidak tetap haram utk dimakan kecuali dlm keadaan darurat.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|