|
Reply #15 MetalFire's post
Ingin kenal lubuk Kuala Linggi
SOAL: Saya ingin tahu keadaan air dan cuaca yang bagaimana sesuai untuk memancing di muara Kuala Linggi.
ADIL MUIZZ MIZAN, Negeri Sembilan
JAWAB: Kalau memancing di muara, saya akan memilih ketika air besar. Ketika itu air akan pasang sebelah pagi dan sebelah petang. Waktu ini masa terbaik memancing kerana ikan bergerak rapat ke kawasan tebing muara mencari makanan. Memancing dari tebing, kita akan menghadapi kesukaran membuat lontaran jauh hingga ke tengah sungai dan seperkara lagi masalah arus yang akhirnya tetap menolak umpan hingga ke tepi.
Ketika air surut, anda boleh gunakan masa ini untuk mendapatkan bekalan umpan seperti perumpun sarang yang banyak di kawasan tebing sungai. Umpun jenis bersarang mudah ditangkap dengan hanya memotong bahagian kepala. Ia efektif digunakan di muara. Kalau memiliki kemahiran menjala, air surut memberikan peluang besar mendapatkan bekalan udang dan anak ikan dijadikan umpan memancing.
Berbalik kepada cuaca yang pasti kita tentu tidak inginkan cuaca buruk ketika memancing. Lebih-lebih lagi hujan dan ribut petir yang menghasilkan kilat. Petir atau kilat boleh menyambar joran grafit yang digunakan oleh kebanyakan kaki pancing. Oleh itu, jika guruh mula berbunyi, segera elakkan diri daripada menghampiri kawasan lapang, bawah pokok dan jangan pegang bahan yang mudah arus elektrik mengalir seperti joran grafit. Cuaca redup, sederhana dan mendung seperti awal pagi dan lewat petang adalah contoh terbaik untuk kita beriadah sambil memancing di muara sungai. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah aku kt Puchong dekat ngn lombong...banyak talapia..tapi ada gak yg dapat patin.....ari ahad aku ada g kat sg dekat ngn Taman Mas Sepang....kalo lalu nak g KLIA..leh nampak Taman ni....dapat cuma talapia....tapi member ada bagitau...minggu lepas depa ada dapat haruan....aku ni bukan lah kaki pemancing tegar tapi kalo member ajak g pasang jala aku ikot sekalik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lubuk ikan gred A
Oleh Aminudin Ismail
[email protected]
SELAIN Rantau Abang dan Teluk Lipat, pantai Teluk Bidara, yang terletak di celah perkampungan nelayan di Kampung Seberang Pintasan, 20 kilometer (km) dari bandar Dungun sudah lama menarik kunjungan warga tempatan dan pelancong asing yang berkunjung ke negeri pantai timur itu.
Pantainya masih suci daripada pencemaran manakala hasil laut termasuk ikan, udang dan sotong segar yang boleh dibeli terus daripada nelayan menjadikan ia sebagai antara destinasi kunjung terutama mereka yang dalam perjalanan pulang ke bahagian timur atau selatan tanah air.
Ada juga yang sekadar berjalan di sepanjang gigi air sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam menjelang pada waktu petang. Anak kecil juga tidak melepaskan peluang untuk membina istana pasir atau mandi-manda apabila berada di pantai ini.
Perjalanan ke destinasi percutian ini juga menjadi satu terapi apabila menyaksikan kehidupan penduduk tempatan yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan. Inilah masanya untuk melihat sendiri kesibukan apabila nelayan menaikkan ikan ke darat.
Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke pantai ini boleh singgah ke gua berdekatan dengan kawasan pantai. Selain menjadi tempat permainan anak kampung, ia juga sering dikunjungi penduduk tempatan bagi mengutip tahi kelawar.
Mengikut penduduk tempatan, ada satu lagi gua dikenali sebagai gua kelawar yang menjadi tempat permainan kanak-kanak. Penduduk kampung berhampiran turut mengambil kesempatan mengutip tahi kelawar untuk dijual sebagai baja organik.
Kaki pancing juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana perairan sekitar Dungun ini kaya dengan pelbagai lubuk ikan gred A seperti tenggiri, gerung belang, kerapu, kaci, gelama papan, pari dan ebek.
Antara lubuk yang menjadi tumpuan tenggiri termasuk Lubuk Karang Tanjung, Batu Mat Ali, Kapal Kain, Karang Berolok, Batu Mega, Batu Kuing, Terbit Api, Rabong, Karang Reba, Karang Jara, Batu Bubu, Kapal Jara, Batu Lintang, Batu Aya, Kapal TV dan Mat Rodat.
Justeru, tidak hairanlah, ada banyak pertandingan memancing anjuran penduduk tempatan, agensi kerajaan dan korporat diadakan di pantai ini terutama selepas musim tengkujuh, antara Mac hingga Oktober.
PROFIL
# Ada banyak chalet yang diusahakan penduduk tempatan menawarkan penginapan beserta kemudahan asas dengan kadar amat berpatutan. Anda juga boleh berkhemah di tepi pantai sambil mengadakan pesta barbeku jika datang bersama rakan.
# Antara Mac dan Jun, pengunjung boleh mendapatkan remis dengan mudah di pantai itu dengan mencarinya di sepanjang gigi pantai. Penduduk tempatan hanya perlu menguis pasir sedalam kira-kira 10 sentimeter untuk mendapatkan hidupan ini sebelum dijual di pasar. |
|
|
|
|
|
|
|
10 kawasan diwarta lubuk ikan
Oleh ali mahmood
[email protected]
TEMERLOH 27 Mei - Jabatan Perikanan Pahang mewartakan 10 kawasan di Sungai Pahang di Kuala Krau sebagai kawasan larangan menangkap ikan selepas dikenal pasti menjadi lubuk pembiakan semulajadi.
Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, 10 kawasan terbabit terletak di sepanjang lapan kilometer dari Kuala Mai hingga Kuala Krau selepas dikesan menerusi penggunaan alat pengesan satelit.
Katanya, lubuk ikan tersebut ialah Lubuk Temperah, Sanggang, Telaban, Kundur, Kuala Seboi, Singa, Seminai, Redap, Seboi dan Sungai Mai.
''Penemuan lubuk itu adalah berita gembira buat penduduk yang tinggal di sepanjang sungai berkenaan terutama nelayan sungai yang selama ini bergantung hidup hasil tangkapan ikan di kawasan tersebut.
''Penemuan lubuk itu akan menambah rezeki nelayan yang sebelum ini berdepan dengan masalah tangkapan yang semakin berkurangan berikutan kegiatan menangkap ikan secara berlebihan dan penggunaan alat yang diharamkan oleh segelintir nelayan yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Pengurusan dan Pemuliharaan Sungai di Kampung Kuala Mai dekat sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar.
Pada majlis itu, sebanyak 10,000 benih pelbagai jenis ikan air tawar dilepaskan antaranya patin, temoleh, jelawat, kelah dan baung.
Sehubungan itu, beliau meminta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta penduduk bersama-sama menjaga lubuk terbabit daripada diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.
Tambahnya, larangan menangkap ikan hanya berkuat kuasa di kawasan lubuk itu dan nelayan masih dibenar menangkap ikan di luar kawasan yang diwartakan itu.
Menurutnya, penggunaan teknologi dan satelit canggih oleh Jabatan Perikanan dapat memulih dan memelihara kawasan pembiakan ikan air tawar itu.
Selain pembiakan ikan secara semulajadi di 10 lubuk berkenaan, jelasnya, langkah Jabatan Perikanan melakukan proses pembiakan dan penetasan ikan di Pusat Pengembangan dan Akuakultur Perlok, Jerantut adalah antara usaha memulihkan spesies ikan yang semakin terancam.
''Banyak spesies ikan air tawar bermutu tinggi semakin pupus apabila ditangkap secara berlebihan kerana mempunyai pasaran yang tinggi serta mahal seperti jelawat, kelah, temelian, tengalan, kerai, gerahak, patin, belida dan tapah.
''Mereka yang tidak bertanggungjawab itu melakukan penangkapan secara salah seperti menggunakan tuba dan bom. Jika tidak dikawal segera, kita akan kehilangan spesies ikan-ikan jenis ini pada masa akan datang," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
sapa tau.. lubuk mancing tepi di penang..
dlm bod ni xdak ka sesapa pemancing penang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 MangoRest's post
salam..nyampuk sat....
br2 sya n hubby p pulau aman..
kat jeti bt kawan tu rmai gak pemancing...
risik2 depa kta siakap & kerapu sllu gak depa naikkan
p la try.... |
|
|
|
|
|
|
|
ya ka... jeti pulau aman? waa bleh la try p nti.. hehe..
tq crvluvs
wah u ngan hubby kaki pancing gak ka |
|
|
|
|
|
|
|
Up balik !!!!! Ikan oh ikan! |
|
|
|
|
|
|
|
Esok Lox dengan 7 member henjut 115hp X2 tuju ke kapal karam melalui jeti Sg Petani.... balik nanti Lox update...
Tenggiri antara spesis yang diburu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana geng2 hanyir...upkan balik thread pancing.... |
|
|
|
|
|
|
|
dengar kata kat klang ada satu rumah api..leh mancing kt sana..siap leh bawah keluarga gitu...tp info yg dapat xdetail la..
saya suka mancing kt sungai..laut ni lom dpt rasa lg..mungkin xpandai kut..
selalu mancing kt sungai pahang..area kg.paya pasir,kg.pejing.lubok paku...ikan kt sg.pahang ni lak..ikut musim..
kalau musim hujan dan air sungai naik..ikan yg paling best pakai teknik casting ialah ikan begahak @ ikan puntianak bersaiz bagak..
kalau musim surut lak air keruh..semestinya udang dan patin buah..memang best..baung kederak kalau dpt leh buat gulai rong..huhuhuhu..
kalau air tenang jernih kehijauan lak..ikan belida bersaiz bagak..yg paling pentingnya patin muncung..huhuhu..ikan kerai,kelebor dll
kalau ke lubuk sikit kedalam hutan lak..semestinya ikan tapah bersaiz monster.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|