CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2847|Reply: 6

kEADAAN ROH YANG DI REDHAI OLEH ALLAH SWT

[Copy link]
Post time 26-1-2009 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Di dalam  sebuah hadith telah dinyatakan bahawa apabila Allah swt gembira dgn seseorang hambaNya maka Dia berkata kepada malakut maut, " Pergilah dan bawalah roh hambaKu itu kepadaKu. Aku hendak memberi rehat dan kebahagian kepadanya. Ujian terhadapnya sudah berakhir. Dia telah dengan mengikut sepertimana yang Kukehendaki" Maka Hadrat Izreal as pun pergi berjumpan dengannya bersama 500 malaikat. Setiap malaikat daripadanya memberi satu berita gembira kepadanya yang tidak diberi oleh malaikat yang lain. Setiap mereka membawa ranting-ranting RAIHAN ( daun selasih yang manis) serta akar ZA’FRAN (pewarna jingga) ditangan. Semua malaikat semua malaikat berdiri dalam 2 barisan. Apabila Iblis melihat permandangan ini maka dia mula menangis dan menjerit sambil memengan kepalanya sendiri. Kesemua pengikut dan khadamnya datang berlari dan bertanya “Tuanku! Apakahg yang sudah berlaku?” Dia menjawap “celakalah kamu sekelian!! Tidakkan kamu lihat apa yang sudah berlaku? Ke manakah kamu telha pergi sedangkan 1 roh sudah berlepas dan berjaya?” Mereka berkata “ Wahai Tuan kami! Kami telha cuba sedaya upayauntuk menyesatkannya dan supaya ia melakukan dosa; tetapi ia tetap terselamat.” Hadrat Jabir Ibnu Zaid ra apabila hamper meninggal dunia salah seorang telha bertanya. “Adakah tuan berkeinginan apa-apa?” Beliau menjawap, Aku hendak berjumpa dengan Hassan.” Apabila Hadrat Hasan BAsri rah datang maka semua orang beritahunya. “Hasan sudah sampai” Maka beliau berkata kepadanya. “saudaraku! Inilah masa perpisahan. Aku sedang pergi,tetapi tidak tahu samada kea rah syurga ataupun neraka.” ( IHYA)

Tamim Dari ra berkata bahawa Allah swt mengarahkan kepada Malakul Maut, “Pergilah kepada kawanKu si anu dan bawalah rohnya kepadaKU. Aku sudah mengujinya dalam kedua-dua keadaan…gembira dan dukacita….lalu sudah mendapatinya seperti yang telah aku kehendaki. Bawalah dia kepadaKu supaya
dia dapat terlepas dari kesusahan dunia dan berrehat.” Maka malaikat Maut bersama 500 malaikat datang kepadanya. Setiap daripada mereka membawa kain kapan dari syurga. Setiapmalaikat mebawa jambangan bunga Raihan ditangan. Setiap bunga Raihan dari 20 puluh jenis warna dan setiap warna memberi keharuman yang baru. Mereka membawa kasturi yang paling harum dalam sehelai sapu tangan dari sutera,berwarna putih. Malakut Maut duduk dekat kepalanya. Semua malaikat yang mengelilinginya lalu meletak tangan mereka diatas setiap angota tubuhnya. Sapu tangan sutera putih berkasturi diletak dibawah dagunya. Pintu syurga dibuka dihadapan pandangannya. Hatinya disenangkan dengan diperlihatkan nikmat-nikmat syurga sepertimana kanak-kanak menangis maka orang-orang rumahnya memperlihatkannya bermacam-macam permainan untuk menyenangkan.


Terkadang-kala hoornya ( bakal isteri-isterinya di syurga ) didepankan, kadang-kadang buah-buahan dan pakaian syurga diperlihatkan kepadanya. Pendek kata berbagai-bagai nikmat syurga dibawa dihadapannya. Hoor-hoornya dalam keadan gembira mula menari. Melihat kesemua pemandangan itu rohnya mula mengedip-ngedipkan di dalam tubuhnya (seperti burung di dalam sangkar mengedip-ngedip untuk membebaskan dirinya). Malakul Maut berkata kepadanya. “ wahai roh yang mubarak! Marilah
pergi kea rah pohon-pohon bidara yang tidah berduri, pokok-pokok pisang yang tersusun rapid an naungan yang tetap terbentang. ( Ini merupakan isyarat kepada beberapa permandangan di syurga yang terdapat dalam ayat-ayat berikut dari surah Waqiah ) ;


“Mereka bersenang-lenang diantar pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusuh rapi buahnya dan naungan yang tetap terbentang” (waqiah 28-30)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2009 01:20 PM | Show all posts
Dan malakul Maut bercakap begitu lemah lembut dengannya seperti Ibu bercakap dengan anaknya. Sebab. Dia sedia maklum bahawa roh ini adalah hamper dengan Allah swt. Allah akan menyukainya jika dia berkelakuan lemah lembut terhadap roh ini. Roh itu keluar dari tubuhnya dengan begitu mudah  sepertiman sehelai rambut mudah dicabut dari timbunan tepung. Apabila roh kelaur maka kesemua malaikat memberi salam kepadanya lalu memberi berita gembira bahawa ia akan masuk syurga. Di dalam al-Quran,peristiwa ini telah diceritakan dalam ayat byang berikut :

“ Mereka yang di ambil nyawanya oleh malakai dalam keadaan bersih suci ( dari kufur, syirik dan maksiat ) sambil malaikat itu berkata : “ Selamat sejahtera kamu; masukalah syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan.” ( Nahl 32)

Jika sekiranya dia adalah seorang yang berhampir dengan Allah maka mengenainya Allah swt berfirman :

Maka ( ia beroleh ) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan. ( waqiah 89)

Semasa roh berpisah dari badan maka ia berkata pada badan “ semoga Allah swt memberi balasan baik kepada kamu. Kamu telah bersegera taat pada Allah  serta beribadat kepadaNya dan kamu selalu cuba elakkan dirimu dari kederhakaan kepadaNya. Hari ini adalah mubarak bagimu. Kamu sendiri pun terselamat dari azab dan juga menyebabkan aku juga terselamat..” Kata-kata demikian diucap oleh badan kepada roh semasa perpisahan. Dengan perpisahan itu kawasan tanah di mana telah dia telah beribadat menangis. Pintu-pintu langit dimana amalannya telah lalu pun menangis. Pintu langit dimana rezekinya turun juga menangis. Selepas itu 500 malaikat berkumpul di keliling mayat. Apabila pemandi memalingkannya malaikat lekas-lekas memalingkannya. Apabila orang memberi kapan,lekas-lekas malaikat memberi kapan dengan kain yang dibawanya dari syurga.

Apabila diberi wangian maka malaikat terlebih dahulu mengharumkannya dengan wangian yang dibawa oleh mereka. Kemuadian semua malaikat berbaris dari pintu rumah mayat sampai ke tanah perkuburan dan beristiqbal ( menyambut ) jenazah serta doa dan istighfar. Melihat kesemua permandangan ini syaitan menangis begitu kuat sekali sehingga tulang-tulangnya mula patah. Dia berkata kepada tenteranya, “ Binasalah kamu sekalian! Bagaimana orang itu dapat melepaskan diri daripada kamu?” Maka mereka menjawap “ Dia adalah maksum ( tidak sanggup melakukan dosa)”. Selepas itu apabila malakul Maut membawa ke arah langit, maka Hadrat Jibrael as menyambut roh itu bersama-sama dengan 70 ribu malaikat. Malaikat-malaikat ini menyampaikan berita-berita gembira kepadanya dari pihak Allah swt. Selepas itu apabila malakul Maut as membawanya sampai ke Arasy, roh it uterus sujud kepada Allah, Maka Allah swt memerintahkan kepada malaikat “ sampai-kanlah roh hambaKu ini kepada,

“….pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok yang tersusuh rapi buahnya dan naungan yang tetap terbentang “ ( waqiah 29-29)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2009 01:21 PM | Show all posts
Apabila jenazahnya diletakkan didalam kubur maka solatnya datang berdiri disebelah kanannya. Puasanya berdiri disebelah kirinya. Bacaan al Quran dan zikirnya berdiri di sebelah kepalanya. Langkah-langkahnya untuk bersolah berjemaah berdiri disebelah kakinya. Kesabarannya (ketika musibah-musibah dan daripada dosa) berdiri sedikit berasingan. Kemudian azab memasuki kuban dan cuba pergi kea rah mayat. Apabila ia pergi untuk meyerangnya dari sebelah kanan maka solahnya berkata “ Awas!! Jangan mendekatinya. Demi Allah! Orang ini semasa di dunia selalu bersusah payah. Kini dia berehat,tidur.”  Kemuadian azab cuba menyerangnya dari sebelah kiri maka secara demikianlah puasa akan menghalaunya. Dia cuba dari sebelah kepala maka bacaan al-Quran serta zikir menyekatnya dan berkata “ Tiada jalan bagimu di sini.” Pendek kata azab tidak dapat mendekatinya kerana wali Allah itu di kawal ketat oleh ibadat-iibadatnya dari segala arah. Akhirnya azab keluar semula di kubur dalam keadaan gagal. Kemuadian kesabaran yang selama ini berdiri di satu penjuru secara berasingan berkata kepada ibadat-ibadat yang lain  “ aku telah menunggu, jika sekiranya di mana-mana arah ada terdapat kelemahan (yakni mana-mana ibadatnya ada kekurangan) maka aku akan menolongnya. Tetapi Alhamduillah kamu sekaian telah berjaya menghindarkan azab. Kini aku akan membantunya semasa amalan ditimbangkan di Hari Pengadilan.” Selepas itu 2 malaikat yang bermata seperti kilat datang ke dalam kuburnya. Suara mereka seperti guruh, gigi seperti tanduk lembu, dari mulutnya keluar api yang nyala bersama nafas. Rambut begitu panjang sehingga sampai ke kaki mereka. Jarak antara dua bahu mereka seperti perjalanan beberapa hari. Belas kasihan serta berkelakuan lembut seolah-olah tidak pernah melawati mereka. ( Walaupun tidak mengasari orang-orang yang beriman, namum kehebatannya pun sudah cukup menakutkan). Mereka di kenali dengan nama, MUNKAR dan NAKIR. Di tangan setiap orang dari mereka terdapat tukul yang begitu besar dan berat, Jika semua jin dan manusia sekali cuba untuk mengankat satu tukut maka sudah tentu akan gagal. Sampai sahaja mereka terus memberi arahan kepada mayat, “ Bangun dan duduk!” Mayat terus bangun dan duduk. Kain kapannya turun dari kepala sampai ke pahanya. Mereka menyoalkan, “ Siapakah Tuhanmu, apakah agamamu dan siapakah nama Nabimu?” Mayat Menjawap      
( Tuhanku Allah yang Maha Esa dan tiada penyekutuNya ), agamaku islam dan Nabku Muhammad saw yang merupakan ( khaatamun Nabiyeen).” Maka kedua-dua berkata “ kamu bercakap benar “  kemudian mereka menolak jauh dinding-dinging kubur dari segala arah yang mana disebelah atas,kanan.kiri, di sebelah kepala dan kaki kuburnya menjadi luas. Selepas itu mereka berkata “ Angkatlah kepalamu ke arah atas “ apabila mayat mengankat kepalanya kea rah atas maka ia melihat satu pintu yang melaluinya ia dapat melihat syurga. Mereka berkata lagi “ wahai wali Allah Itulah tempat kediaman kamu kerana kamu telah ikut kehendak Allah.” Baginda Nabi saw bersabda, : Demi Allah Yang nyawaku dalam genggamanNya! Ketika itu merasai satu perasan yang begitu sangat gembira sekali sehingga perasaan sedemikian tidak sekali-kali akan kembali kepadanya.”

KEMUDIAN 77 PINTU AKAN DIBUKA DAN MELALUINYA ANGIN YANG SEJUK SERTA KEHARUMAN DARI SYURGA AKAN MEMASUKI KUBURNYA.KEADAAN SEDEMIKIAN AKAN BERKEKALAN HINGGA HARI KIAMAT…..

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KITA NIKMAT SEPERTI CERITA DI ATAS….

AMIN……
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 07:32 PM | Show all posts
adeh.... buat perenggan ler larling...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 09:19 PM | Show all posts
copy paste without edit ke? sebab banyak jenis tanda bacaan yang x penah jumpa. klu ble,mintak tuan umah letak dari mana sumbernya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 10:49 PM | Show all posts
alhamdulillah... satu lagi kisah yang memberi kita petunjuk dlm menujunya. terima kasih buat tuan rumah. paste tanpa edit tuh masalah biasa.... bukan senang nak cari kisah sebegini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2010 11:49 AM | Show all posts
Gud info..tq!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.079558 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list