|
RUMAH KAK MAH (RAMAH) - SPEKU USERNAME KAKMAH
[Copy link]
|
|
Sarimah Ibrahim di Media Launch Party The Biggest Loser Asia
November 12th, 2009
Pada jam 3 petang hari ini, Budiey telah menghadiri Media Launch Party - The Biggest Loser Asia di 7ate9, Hotel Ascott Kuala Lumpur.
Antara selebriti yang turut hadir, dah tentu pengacara program realiti ini iaitu Sarimah Ibrahim. Wah… semakin kurus nampaknya Sarimah. Badan dia dah langsing dan macam biasalah, senyumannya tetap ceria.
Mungkin, Sarimah terpaksa langsingkan dirinya untuk program yang menguji sejauh mana peserta boleh kuruskan badan dalam seminggu. Tapi yang penting, Sarimah nampak lebih cun dalam TV, tak gitu?
Budiey dah tak sabar nak tengok siaran premiere program ini yang akan bersiaran pada 24 November 2009, Selasa di saluran Astro Hallmark - saluran 702. Premiere selama sejam ini akan memaparkan kenangan manis untuk 2000 orang berbadan BESAR yang masuk ujibakat.
Nak tahu hadiah untuk JUARA The Biggest Loser Asia tak? Huhu… lumayan! Grand prizenya, wang tunai USD100,000 dan kereta mewah Renault. Siapa akan dapat? Itu korang kena tonton program ni…
Budiey siarkan dulu wajah terbaru Sarimah Ibrahim!
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 19-11-2009 10:18
(Gossip) Sarimah Rujuk Semula ??
BERPATAH arang di antara mereka hanya dalam ikatan dalam perkahwinan. Namun perhubungan persahabatan antara Sarimah Ibrahim dan bekas suaminya, Amir Andrew Browning Abdullah, masih terus kekal tanpa ada sebarang persengketaan.
Walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal itu sebaliknya tekad untuk terus membimbing Amir agar hidup lelaki itu selepas ini masih berpaksikan landasan agama Islam.
Seperti yang diketahui umum, Amir merupakan saudara baru dan telah memeluk Islam selama lima tahun. Justeru kerana itu, seboleh-bolehnya Sarimah enggan melepaskan tanggungjawabnya untuk membantu mengajar Andrew mengenai hal-hal agama.
Menurut Sarimah, dia sendiri yakin, biarpun tidak lagi bergelar isteri Amir, bekas suaminya itu tidak mungkin meninggalkan Islam.
"Dia masih di bawah pegangan agama yang sama. Amir masuk Islam pun dua tahun sebelum kami berkahwin dan menjadi tanggungjawab saya untuk mengajarnya sedaya yang mampu.
"Walaupun kami berpisah, saya masih lagi bertanya, ada tak dia solat dan guna sejadah yang saya berikan. Kadang-kala, bila ada masa terluang, adalah saya mengajar baca surah-surah.
"Saya akan pastikan dia buat yang asas. Dan inilah keputusan muktamad saya untuk memikul tanggungjawab dalam membimbingnya menjadi seorang Islam yang betul.
"Sebab itu kami masih rapat. Kalau bermusuhan, tak bolehlah saya nak jaga dia. Saya akan tolong dia apa yang mampu," tuturnya berterus terang.
Tambah Sarimah, ramai yang menyalah anggap, bila berkahwin dengan bangsa asing dan tiba-tiba ikatan suami isteri itu terlerai, pastinya pasangan itu dikatakan tidak selesa dengan budaya masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
"mixes and matches!"
credit: Fb Sarimah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|