CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: salju_mutiara

menutup aurat..ingin berubah..tp tak pernah berubah..

[Copy link]
Post time 3-2-2010 06:50 PM | Show all posts
Hehe bagus la nk berubah, niat kene lah disertakan dengan kesungguhan.. yg penting sekali jgn tinggal solat fardhu.. yup betol skrg nih cuba la bykkan bergaul ngan kawan2 yg kuat agama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2010 09:59 PM | Show all posts
61# gondang_9


betul 2, solat adalah tunggak kewajipan utama kita kt dunia ni.
kdg2 ada perangai baik sangat, aurat pn tutup cntik j, tp solat diabaikan. sayang sgt...
alangkah manisnya tuntutan agama dijaga, perangai pn dijaga. sejuk rasa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2010 09:45 AM | Show all posts
Assalamualaikum tuan ghumah dan forumis yang lain,

Allah swt akan memberi taufiq n hidayah mengikut NAWAITU hambaNya.
Sekiranya ada keinginan di dalam hati utk menjadi 'baik', insyaallah Allah ...
niceghost2005 Post at 3-2-2010 17:35

thanks nasihat niceghost~~

diri sendiri dulu kene ada niat nak berubah ek..
alhamdulillah salju dah ke arah tu...nak menjadi lebih baik..

kwn2 salju xde la yg berilmu agama kuat sgt..
tp bukan lah jenis tinggal solat n dedah sane sini..
biasa2 aje..
alhamdulillah..jumpa kawan2 kat sini..leh share ilmu..bg teguran n nasihat~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2010 09:48 AM | Show all posts
Hehe bagus la nk berubah, niat kene lah disertakan dengan kesungguhan.. yg penting sekali jgn tinggal solat fardhu.. yup betol skrg nih cuba la bykkan bergaul ngan kawan2 yg kuat agama
gondang_9 Post at 3-2-2010 18:50


hati lebih tenang n dekat ngan Allah bila solat kan...
jauh sket dr hasutan syaitan..dugaan byk ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2010 09:55 AM | Show all posts
61# gondang_9


betul 2, solat adalah tunggak kewajipan utama kita kt dunia ni.
kdg2 ada perangai baik sangat, aurat pn tutup cntik j, tp solat diabaikan. sayang sgt...
alangkah manisnya tuntut ...
fwenzs Post at 3-2-2010 21:59


aah kan..sbb tu salju nak berubah sgt...
lgpun rasa cam teruk je...sbb kalau salju wat sesuatu yg langgar arahan Allah,bukan salju je tanggung dosa ni..ayah n abg,adik2 laki...kang kalau dapat suami takleh bimbing,suami pun kene tanggung...jahat sgt dah rasanya...
baik betulkan diri sendiri...rasanya terharu jd pmpn..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 10:13 AM | Show all posts
sy pun mcm salju gak... nak berubah terus mmg amat sukar bg sy tp Alhamdulillah slowly sy nak buat supaya berterusan!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2010 11:00 AM | Show all posts
1# salju_mutiara
alhamdullillah, bila niat itu ada semaikan supaya ia membuahkan hasil.. kadang2 ambil masa. kita sendiri yg kena sabar dgn karenah kita. doakan supaya niat itu tercapai.. kalau dipaksa2 pun kadang kala x jadi juga.
sya dulu pun begitu, tp alhamdullilah skrang bolehlah di katakan lebih baik dari dulu. harapnya keadaan hr ini akan bertambah baik lg.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 11:29 AM | Show all posts
marilah kt bersama2 utk berubah menjadi lebih baik...taat akan perintah Allah..tidak melalaikn solat (itu yg perlu kt ubah dl) kerana solat adalah tiang agama. Bl kt mati nanti..soalan itu yg akan di tnya dlm kubur nnt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2010 03:14 PM | Show all posts
try fahami...

Islam menempatkan Zat Yang Maha Mutlak sebagai puncak tujuan rohani, tempat rehat jiwa, sumber hidup, sumber kekuatan dan sumber inspirasi. Dengan mengarahkan jiwa kepada Allah, rohani akan mengalami pencerahan kerana ia berada pada ketinggian yang tak terbatas, sehingga jiwa kembali kepada keadaan bersih (fitrah). dan tidak tercemar oleh dorongan-dorongan nafsu. Jiwanya bersih kerana usahanya menanggalkan keterikatan dengan tubuh yang memiliki kecenderungan melakukan tindak balas kimia. Secara semulajadi, tubuh selalu menyeret fikiran untuk mengikuti reaksi kimia tersebut tanpa mampu menghentikannya. Selama ini pengendali fikiran kita bukanlah kesedaran jiwa, tetapi dorongan  seperti lapar, haus, keinginan sex, marah dan malas. Semua itu timbul kerana aktiviti tubuh, Inilah dinamakan jiwa mengikuti nafsu dan bukannya nafsu yang mengikuti jiwa.

Jiwa (ruh) yang diturunkan oleh Allah kepada tanah yang dibentuk adalah berasal dari tiupan Illahi yang Maha Suci, membawa misi memelihara serta mengendali bumi (khalifah). Entah dimana silapnya, jiwa jatuh ke dalam lumpur sehingga ruh yang suci itu tampak gelap dan tidak bersinar. Ia tidak mampu mengendalikan tubuhnya. Tubuhnya bagai tanpa tuan dan pengetahuan. Keadaan ini seperti "hati yang paling dalam" atau hati nurani. Seolah² jiwa (ruh) berada jauh di dasar. Ini menunjukkan jiwa tidak mampu melakukan tugasnya sebagai utusan Allah, yang mengatur anggota tubuhnya dengan sinar ketuhanan untuk menjalankan kehidupan sesuai dengan fitrah Illahi. Inilah yang disebut sebagai Al-Quran sejati yang tidak tertulis dan tanpa suara, sehingga keabadian firmanNYA tetap terjaga kerana tersimpan dalam kalam yang suci, bukan berupa huruf dan suara. Ibnu Taimiyyah menyebutnya sebagai "alfitrah almunazzalah" iaitu kesucian yang diturunkan.

Solat adalah salah satu cara mengembalikan kesedaran ini dengan perjalanan mi'raj iaitu menuju kepada ketinggian Illahi yang luas sehingga kesedaran jiwa kembali pada kedudukannya sebagai duta Illahi (khalifah) yang membawa pesanan illahiyah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 03:15 PM | Show all posts
Kedudukan jiwa menjadi tidak terikat (unbinding) dengan irama tubuhnya. Yang menjadi pengendali tubuh ialah jiwa yang berserah kepada Allah (mukhlisin), jiwa yang cerah dan tidak terjangkau oleh fikiran negatif mahupun perasaan gelisah. Kerana jiwa berada di atas keadaan itu. Allah menggambarkan syaitan pun tidak mampu menjangkau keadaan jiwa yang beserah diri kepada Allah :
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaan syaitan hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah (An-Nahl, 16 : 99-100)

Dalam ayat lain:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka mengingati Allah. Maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (Al-A'raaf, 7: 201)

Demikian pula pengakuan syaitan kepada Allah yang termaktub di dalam Surah Shaad, 38: 82-83 -:
Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semua, Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis diantara mereka.

Ketika solat, seluruh saraf tidak menghantar impuls dari pancaindera, kerana jiwa secara perlahan bergerak meninggalkan keterikatannya dengan badan (syahwat). Keadaan ini disebut fikiran abstrak. Elektron fikiran berhenti hingga menjadi 'aether' (tenaga bukan material). Lalu dilepaskan oleh jiwa dan menjelma sebagai cahaya yang disebut nur fuad, cahaya batin, yang kembali kepangkalnya, iaitu Allah. Ketika getaran antara cahaya batin berjumpa dengan Nurullah, terjadilah keadaan jiwa yang berserah dan lepas bebas dari pengaruh alam atau keadaan tubuh.

Syaitan hanya mampu menembus jiwa manusia ketika berada di alam rendah (tubuhnya). Ketika jiwa yang bening tidak mampu melihat kerana tenggelam di dalam lumpur, maka yang menggantikan penguasa tubuh adalah syaitan. Tinggal lah jiwa meruntun sedih, tidak mampu berbuat apa-apa. Jiwa hanya mampu mengatakan tidak setuju terhadap perbuatan mungkar yang dilakukan oleh tubuh tanpa mampu melakukan apa-apa, sehingga syaitanlah yang menggantikan kedudukan jiwa sebagai pengendali fikiran, perasaan dan batin manusia. jika dalam solatnya manusia tidak melakukan perjalanan jiwa (ruhani) kepada Allah, maka jiwanya akan terjebak pada pengaruh alam yang lebih rendah. Sebagaimana firman Allah yang terkandung di dalam Surah Az-Zukhruf, 43: 36 -:
Barangsiapa berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah, kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalui selalu menyertainya.

Itulah sebabnya Allah menurunkan cara paling mudah untuk mengembalikan kesedaran tersebut agar jiwa menjadi fitrah. Berpuasa di Bulan Ramadhan merupakan salah satu cara agar jiwa kembali seperti bayi. Namun kita terkadang tidak sedar bahawa beribadah sebenarnya bukanlah untuk mengejar pahala, tetapi sebagai training atau latihan untuk mencapai darjat taqwa sehingga menghasilkan manusia yang mampu menjalankan kehidupan yang fitrah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 03:17 PM | Show all posts
Kalimah 'hati nurani' ini sering kita dengar pada setiap pengajian dan pembahasan berkaitan kehidupan masyarakat yang ideal. Namun yang nyata, pengetahuan ini tidak pernah kita capai dengan mudah. Sehingga kini belum ramai yang menjelaskan seterusnya mengajak menyelami jiwanya sendiri. Diibaratkan seperti persoalan berkaitan cinta? cinta itu apa? Tentu sukar untuk membayangkan jika hanya dijelaskan hanya dengan kata-kata apalagi melalui penafsiran. Rasa cinta tidak perlu ditafsirkan ataupun dihuraikan menurut bahasa sastera tinggi kerana akan semakin jauh dari kenyataan sebenar.

Jika kita belajar cinta melalui pembacaan buku karangan Kahlil Gibran, maka kita akan temui pengetahuan tentang cinta serta liku-liku yang panjang tak berkesudahan. Jadi cinta itu apa? Cinta bukan liku-liku, cinta bukan sebuah fragmen kehidupan, cinta bukan gula-gula. Cinta adalah, .....kita tidak dapat menjelaskan serta mendefinisikannya. Masuklah ke dalamnya, maka anda akan menjadi cinta itu sendiri. Anda akan menceritakan diri anda yang kemaruk cinta dengan lancar. Cinta itu akan bercerita dengan bahasa tanpa huruf, tanpa suara, bahkan dengan bunga, dengan rumah, dengan bahasa apa saja. Yang penting orang tahu itu adalah bahasa cinta yang boleh difahami oleh semua makhluk.

Dengan jiwa  sejati yang dipenuhi sinar Illahi, barulah kita boleh berkata, berjalan dan bekerja dengan nurani. Bukan mendengarkan nurani, kerana kita tidak akan mampu menjalankan nasihat nurani, kerana tubuh kita (tubuh, fikiran dan perasaan) bukanlah nurani. JADILAH NURANI!!! syaitan tidak ada di sini, kerana nurani adalah utusan (duta) Illahi yang dilindungi oleh sinarNYA. Ia adalah pesuruh suci yang selalu taat kepada keputusan Allah. itu sebabnya mengapa Allah mengatakan bahawa RUH adalah rahsiaNYA.
Tidaklah kalian mengetahui tentang ruh kecuali hanya sedikit (Al-Isra' : 85)


Dipetik dari buku "Pelatihan Shalat Khusyu'" oleh Abu Sangkan cetakan ke sembilanbelas 2009
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2010 04:35 PM | Show all posts
try fahami...

Islam menempatkan Zat Yang Maha Mutlak sebagai puncak tujuan rohani, tempat rehat jiwa, sumber hidup, sumber kekuatan dan sumber inspirasi. Dengan mengarahkan jiwa kepada Allah, rohan ...
mejik Post at 4-2-2010 15:14

thanks mejik~
walaupun susah sy nak faham...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 10:47 AM | Show all posts
Reply 1# salju_mutiara

Alhamdulillah T.T.
Sekurang-kurangnya terdetik juga hati t.t untuk berubah kearah kebaikan..
Sama seperti saya..
Yang dulu suka mendedahkn aurat, rambut berwarna warni then asyik fikir hal duniawi..
tp sekarang saya bersyukur, Allah swt masih sayangkn saya. Beri saya peluang.. Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 1.009465 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list