CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3091|Reply: 7

Syarat Berteman Mengerjakan Haji.

[Copy link]
Post time 27-1-2010 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wrt. wbt.,
Saya nak bawa satu persoalan kpd tuan/puan... mohon tuan/puan yg arif dalam bab hukum hakam haji memberikan pendapat mereka...
Begini,... kalau orang perempuan hendak mengerjakan haji, dia mesti pergi sama ada dgn mahramnya, atau dgn sekurang2nya dua orang kawan perempuan yg dipercayainya... bukan begitu?
Katalah, ada seorang perempuan, dia pun sudah terkategori warga emas, segala perbelanjaan utk naik haji sudah sempurna, cuma, dia tak ada mahram yg hendak pergi bersama-samanya (suami, katalah sudah meninggal... anak2 pula tidak mampu dari segi perbelanjaan)...sementara itu, tidak ada pula saudara-mara yg hendak naik haji bersama-sama (kerana pelbagai masalah)... begitu juga halnya dgn orang2 sekampung, tiada yg dapat ikut... kalau di negara kita ni, sesiapa yg hendak naik haji akan diberikan kursus... nanti apabila dalam kursus, dia dapat kawan, dan boleh jadi kawannya... lagi pula, jemaah haji di Malaysia ni kan berangkatnya dalam satu group, tidak bolehkah group ini dianggap sbg kawan2nya... group ini pula akan bergerak bersama-sama groupnya juga apabila di tanah suci nanti... secara normal, apabila kita dalam group, kita akan mendapat kawan... jadi, persyaratan berteman itu telah terpenuh dgn cara sebegini, dgn cara jemaah haji kita diuruskan... tidak begitu? Mohon diberikan penjelasan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2010 12:34 PM | Show all posts
Menurut Dr Zulkifli Al-Bakri sorg pensyarah dari USIM :
"Mengikut uruf di Malaysia yang pergi haji by grup, maka grupnya (pompuan yg takde mahram tadi) boleh dikira sebagai teman."

Wallahu 'Alam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2010 08:05 AM | Show all posts
terima kasih atas info yang diberikan... ada pandangan/pendapat yang lain, sama ada yg menyokong atau yang menyangkal pendapat ini... mohon dikemukakan... mudah2an ada hikmahnya melalui perkongsian sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 12:36 PM | Show all posts
saya sekadar nak berkongsi pengalaman haji, dan ini adalah pandangan peribadi saya sahaja,

kalau seorang wanita hendak menunaikan haji..hendaklah berteman. sekurang-kurangnya teman sekursus. tapi...untuk wanita yang uzur dan juga tidak independent dalam segala hal...saya tidak mencadangkannya. pemerhatian saya, mahram itu bukan sahaja teman..tapi mestilah teman tapi mesra. yang sanggup menunggu kita ketika sakit..yg boleh bertukar pendapat, berkongsi cerita.

kebiasaannya, jemaah akan berada disana selama 40 hari atau lebih...maka, dalam tempoh itu...kita perlukan teman. apa tah lagi ketika hendak menunaikan tawaf, saie, melontar dan sebagainya. kaki perlu kuat berjalan..dan kadang2 kita perlukan teman yg boleh memberi motivasi..kita perlukan teman. teman sebilik boleh membantu..tapi teman sebilik mungkin ada suami, mungkin teman sebilik ada ibu tua yg perlu dijaga..mungkin..teman sebilik juga uzur...kita tak tahu siapa teman kita.

sebagai anak atau waris, nasihat saya..temanlah ibu bapa yg uzur ke sana. memang tak salah kalau nak ke sana seorang diri, tambahan ada pulak pakej yg boleh uruskan..tapi kasihanlah mereka, meraka tak kan merasa haji ini satu pengembaraan spritual yang menyeronokkan.

sekiranya bakal jemaah seorang yang independent...tidak segan bertanya, boleh berkomunikasi dgn baik, tahu menggunakan lif, tahu menjaga diri, kuat semangat...mungkin tiada masalah.

apa-apapun...semuanya bergantung pada niat dan dengan IzinNYA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2010 06:05 PM | Show all posts
betullah... ibadah haji ni ibadah yg memerlukan kekuatan fizikal... kalau kita uzur dari segi fizikal, susah jugak lah... walaupun di sana katanya ada disediakan wheel chair dan ada orang yg ambik upah tolak wheel chair... kalau uzur memang sepatutnya berteman, apatah lagi jemaah wanita... itu betullah...
tapi, katalah dia tidak uzur dari segi fizikal... sihat lagi untuk bergerak ke sana ke mari tanpa alat bantu atau bantuan orang... cuma, dia belum pernah ke luar jauh dari kampung lamannya... kehidupannya sekitar kampung lamannya sahaja... bercakap tiada lain yg dia fasih dan faham melainkan bahasa Melayu sajalah... hasrat nak naik haji itu memanglah membuak2... apatah lagi bila melihat umur yg semakin senja... cuma, itulah satu masalahnnya, syarat kena berteman... tak terpenuhi.... anak2/adik-beradik/kawan sekampung bukan tak berhajat cuma belum mampu dari segi wang ringgitnya... jadi, kerana jemaah haji kita ni diuruskan secara teratur oleh TH... pada fikiran saya (logik)... syarat berteman itu telah terpenuhi dgn kaedah pengurusan yg dilakukan oleh TH... tapi, ada ustaz kata TIDAK, tak boleh begitu...!!! Ni masalahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 09:39 PM | Show all posts
betullah... ibadah haji ni ibadah yg memerlukan kekuatan fizikal... kalau kita uzur dari segi fizikal, susah jugak lah... walaupun di sana katanya ada disediakan wheel chair dan ada orang yg ambik upa ...
tokwan_jantan Post at 29-1-2010 18:05


Camni la kan...

Memang wanita tak boleh kuar umah kecuali berteman.. bersama mahram atau dua orang teman wanita lain. Bukan syarat pegi Mekah je la.. Sebab tu la kalo pompuan pompuan sekarang ikut hukum sebenar, menutup aurat dengan baik dan jalan berteman takde la isu rogol menjadi paparan akhbar hampir setiap hari...

Berbalik kepada isu mengerjakan haji ni... ditakuti sekiranya berlaku keuzuran sewaktu di sana, mahramnya adalah terlabih aula menguruskannya... jika penumpang haji lain sekadar teman dalam perjalanan haluan pula masing masing memang sangat tidak dibenarkan wanita itu mengerjakan Haji kerana masih diistilahkan bersendirian dalam bermusafir...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2010 09:15 AM | Show all posts
tuan/puan bintang... kesimpulannya, kaedah pengurusan jemaah haji yg dibuat oleh TH sekarang ni tak melepaskan syarat berteman kpd seseorang jemaah wanita... hmmm, kalau begitu, katalah kalau seorang wanita itu tidak ada 'berjumpa' penemannya utk mengerjakan haji, dia tak bolehlah pergi haji sepanjang hayatnya kerana tidak memenuhi syarat naik haji?...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 04:08 PM | Show all posts
kan dah jadi susah tu.

last skali, benda yang mudah kita dah susahkan.

dah tentu dia p haji by grup. Napa perlu bebankan fikiran dengan persoalan 'kalau' seperti kalau jadi itu dan kalau jadi ini?

let say la waris dia temankan (merujuk kepada pompuan yg p haji) then dia jatuh sakit, waris yg teman dia tu boleh buat apa? kompom ke kerana waris die p temankan tu dia terlepas dari ujian Allah (sakit ke, or sukar ke). Mana 'tawakkal' yang slalu lancar je sebut kat mulut, tapi praktikalnya hampeh.

ta payah sesusah... p je.. kita nak wat ibadah, doa dari sini agar Allah bagi mudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.058616 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list