CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: wasntme

Susah ke nak bantu orang?

[Copy link]
 Author| Post time 4-3-2010 10:29 AM | Show all posts
Sebenarnya bila saya buka thread ni, saya nak bincangkan pasal apa susah sgt nak bantu org.  Tapi dah jadi meleret2 pulak masuk bab masaalah saya.  Takpe lah.

Saya nak tolak tepi dulu masaalah saya.  Sebab persoalan di sini, kenapa kita susah nak bantu org.  Kita bermuhasabah di sini, untuk diri saya juga, supaya esok2 saya sedar diri dan tidak menolak org yg dtg minta tolong pada saya.

Kita bincangkan, dan kita kaji sebab musababnya.  Kita belajar dari kesilapan org lain, supaya kita menjadi lebih baik.

Kira ni thread muhasabah diri lah ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 10:35 AM | Show all posts
tt,

nombor tu saya dah dapat...sila check pm k. insyallah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 10:38 AM | Show all posts
ustaz/ustazah(guru) title yang diberikan kepada orang yang mendalami ilmu Islam.

orang yang mendalami ilmu islam ada pelbagai jenis perangai sama seperti kita.

ada ustaz yang macam ni, ada ustaz yang macam itu.

saya sendiri sudah berjumpa dengan macam-macam jenis perangai ustaz dan ustazah. tetapi percayalah masih wujud lagi ustaz dan ustazah yang bersih hatinya.niat

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 10:43 AM | Show all posts
ustaz/ustazah(guru) title yang diberikan kepada orang yang mendalami ilmu Islam.

orang yang mendalami ilmu islam ada pelbagai jenis perangai sama seperti kita.

ada ustaz yang macam ni, ada ustaz ...
sixret Post at 4-3-2010 10:38


ah ah betul.....tentu ada manusia yang berhati mulia yang kita lom temui lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2010 10:46 AM | Show all posts
22# Saat
Dapat dah. TQ Saat.

Alhamdulillah, mudah je nak tolong org, tlg bagi cntc no. mcm ni pun membantu, besar pahalanya.  Saya akan hubungi org tu segera.  TQ again.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 10:50 AM | Show all posts
Sebenarnya bila saya buka thread ni, saya nak bincangkan pasal apa susah sgt nak bantu org.  Tapi dah jadi meleret2 pulak masuk bab masaalah saya.  Takpe lah.

Saya nak tolak tepi dulu masaalah saya ...
wasntme Post at 4-3-2010 10:29


suka topik nie

benda yg ulang2 kali duk tanya my anak2...napa takleh tolong org lain
plg tidak bagi sedekah cuma dgn senyuman...

psikologi effect sebab dia selalu rasa tak cukup....dan selalu takut tak cukup
sebab tu dia takut nak sedekah dan membantu....
mana2 mentaliti manusia yg rasa camni....seringkali berkira nak buat kebaikan
selalu tgk apa yg dia takde dan cuba nak cukupkan ....semua pasal diri dia
org lain....lain kira..

sickening...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2010 10:55 AM | Show all posts
betul tu......manusia ni ingat kalau dah ada simpanan 2 juta baru rasa selamat kot...baru nak bantu orang kot.

padahal itu semua hanyalah tipu daya syaitan aje membisikkan dalam hati " aku sendiri pun ada masalah, takan nak bantu awak pulak "
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2010 10:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by wasntme at 4-3-2010 14:45

24# Saat
Nantilah bila keadaan mengizinkan, saya akan ceritakan tentang org2 yg berhati mulia yg pernah membantu saya, tapi tak pernah kenal pun saya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 11:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by wasntme at 4-3-2010 11:04

24# Saat
Nantilah bila keadaan mengizinkan, saya akan ceritakan tentang org2 yg berhati mulia yg pernah membantu saya, tapi tak pernah kenal pun saya. ...
wasntme Post at 4-3-2010 10:56

allah hu akbar....maha suci Allah.....segala puji bagi Allah.

begitulah apabila Allah nak bantu kita.....ia boleh datang dari berbagai arah dan bentuk.

tahniah kpd tt, semoga masalah yang menghantui selama ini akan selesai dgn sebaiknya. insyallah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2010 11:15 AM | Show all posts
Bab beri sedekah.  Meh kita cakap jujur2.


Saya nak tanya kalian, bila org dtg minta sedekah kalian bagi taK?  Saya bet ramai yg kata tak bagi.  Kenapa?  Curiga?  

Bukan nak riak, saya berani mengaku saya tak pernah tolak org yg dtg minta sedekah.  Busuk2 RM1.00 saya beri. Well.. tak kiralah berapa amount kan. Kang ckp bagi RM10 org kata saya eksen!

Saya nak tanyalah, pernah tak kalian belanja kawan makan? Berapa sekali makan? Busuk2 RM5.00 - mi sepinggan masuk air.  Pernah fikir tak kawan u all tu mampu sebenarnya nak bayar makanan dia sendiri.

Saya selalu di tegur kawan2 kerana saya suka bagi org sedekah, tak kisah cina buta ke, India ke semua saya bagi.  Dalil saya senang je, tak rugi saya bagi seringgit tu.  Lagipun saya bukan tau dia sapa, entah2 malaikat Allah hantar.

Alasan kawan2 saya, saya menggalakan peminta2 sedekah mcm ni.  Dalil saya, bila saya bagi saya kira saya berurusan dgn Allah, bukan dgn peminta sedekah tu.  Soal dia nak tipu ke apa, itu antara dia dgn Allah pula.  Non of my business.  Sekurang2 nya saya dah jalankan kewajipan saya. Dia pun takkan kaya dgn duit seringgit yg saya bagi, dan saya takkan papa kehilangan seringgit saya.  

Yg dtg rumah pun saya siap pelawa minum dan tapau.  Maaf bukan riak, tapi saya harap kalau kalian sudi, ikutlah cara saya, tapi kena IKHLAS.  Sedara saya kata ada org dtg minta sedekah lepas tu marah2 pada dia.  Saya kata kalau kamu bagi dia seringgit dia takkan maki kamu.

Kenapa perlu prejudis?  Membanteras adalah kerja kerajaan.  Tapi bila yg miskin dtg menadah tangan saya tak mampu nak berpaling.  Teringat kita ada anak2, dia org pun mc m tu.  Yg menipu mungkin segelintir.  Lantak dia lah. Saya rasa akan menyesal kalau betul dia tak tipu.  Lagi satu ingatlah, jgn fikir kat Mekah je perlu sedekah kot2 org tu malaikat.  Kat Malaysia ni atau mana2 pun Allah boleh je hantar malaikat menyamar.

Lagi satu, kdg2 bila baca posting, bukan main mcm beriman sgt.  Tapi bila minta tolong susahnya nak tolong.  Mulalah buka kitab 1000 alasan.  

Yess.. very very sickening!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:25 AM | Show all posts
amalan bersedekah sangat sangat dituntut oleh Allah dan rasul. bagi saya ia tidak terhad kepada sesama islam saja. orang cina, india atau sape saja hamba Allah, kita jgn prejudis. kita sedekah kerana Allah.

ada yang saya tgk kat kedai makan, bila org cina atau india yg dtg minta sedekah, dia biarkan saja atas alasan orang kafir. inilah pemikiran yang sempit dan tidak boleh saya terima.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:29 AM | Show all posts
Salam Puan...

Alhamdulillah, syukur kerana apa yang berlaku ada hikmah Nya. Nampaknya ada yang tersurat dan tersirat dalam post yang diberi. Perjalanan yang puan lalui ada persamaan dengan sebahagian manusia di alam ini dan mungkin ada yang lebih ringan dan mungkin ada pula yang lebih teruk dari puan. Memang kita boleh kata kenapa susah sangat orang ni nak bantu kita... tapi kita tak sedar sebenarnya Allah sedang mengajar kita tentang satu ilmu yang tertinggi.  Puan adalah orang terpilih yang diberi dugaan Allah untuk diberi sesuatu yang lebih baik, InsyaAllah. Oleh itu tumpukan hanya kepada amalan ibadah Puan kepada Allah dan biarkan orang sekeliling puan berkata apa pun asalkan Puan lakukan mengikut undangan-undang Allah. Ini memang sukar dilakukan kini, namun ingatlah tujuan kita dihidupkan di dunia ini hanya untuk beribadah untuk Nya. Jika kita ikhlas pada Nya, InsyaAllah kita akan tahu bahawa manusia ini tiada apa-apa. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2010 11:44 AM | Show all posts
Terima kasih atas nasihat puan juga.  

Thread ini adalah usaha saya untuk mengajak sesama insan bermuhasabah diri dan belajar dari kesilapan yg kita lakukan yg mungkin kita tidak sedar.  

Tentang masaalah saya, saya tau saya di uji oleh Allah, tapi kita tolak ke tepi dulu masaalah saya.  Sebab saya bukan nak minta anda tolong selesaikan masaalah saya di sini.  Saya hanya nak kita bersama2 merenung ke dlm diri, kenapa kita susah nak bantu org.

Back to topic again:  kenapa susah nak bantu org?  Kita tolak tepi apa masaalah org tu, soalnya kenapa kita prejudis atau susah sgt nak bantu?  

Kalau ada yg boleh share pengalaman, kenapa dia rasa "enggan" atau pun pengalaman dia membantu org lain.  Kita sama2 ambil iktibar dan pengajaran.

Kita bukan manusia sempurna, tapi kita masih boleh menjadi lebih baik jika itu yg kita mau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 12:56 PM | Show all posts
Terima kasih atas nasihat puan juga.  

Thread ini adalah usaha saya untuk mengajak sesama insan bermuhasabah diri dan belajar dari kesilapan yg kita lakukan yg mungkin kita tidak sedar.  

Tentan ...
wasntme Post at 4-3-2010 11:44


Saya tak nasihatkan Puan, cuma berkongsi apa yang telah diberi oleh Allah. Untuk menjawab pertanyaan puan, apa yang boleh saya katakan di sini adalah bahawa kita sebagai manusia ni ada musuh utama iaitu syaitan yang sentiasa mengajak kita agar tergelincir dari jalan Allah. Maka memang benar kita kena selalu menilai diri agar tidak terikut dengan ajakan syaitan itu. Oleh itu seringlah ingat mengingati di antara satu sama lain kerana sememangnya manusia ini fitrahnya suka melakukan kelalaian dan pelupa. Matlamat kita hanyalah untuk mendapat reda Allah. Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 03:55 PM | Show all posts
Bab beri sedekah.  Meh kita cakap jujur2.


Kenapa perlu prejudis?  Membanteras adalah kerja kerajaan.  Tapi bila yg miskin dtg menadah tangan saya tak mampu nak berpaling.  Teringat kita ada anak2, dia org pun mc m tu.  Yg menipu mungkin segelintir.  
wasntme Post at 4-3-2010 11:15


rasanya ramai x prejudis tang bersedekah.  Tapi yg jd prejudis tu, sbb depa tau
kalu depa derma gak, depa ''KAYA''kan ketua sindiket berbanding org yg minta sedekah tadi.

berbalik kpd soklan, 'susah sgtkah nak tolong orang?'
Jwpn saya mudah, tidak akan dapat pertolongan selagi
TIADA PERTOLONGAN DARI ALLAH.

Hatta, jika kita dah usaha, dah tawakkal, dan buat mcm2
pun masih blum ada yg nak tolong...  Berserah pd yg Esa.  Sbb
sebenar2 pertolongan itu dariNya! 'Dia' yg menggerakkan orang lain
untuk menolong kita!

Lantak pi la depa nak hina ka, nak maki ka, nak marah ka.. yg
penting kita dah minta-tolong.  Kalu seseorang Islam yg berILMU,
orang yg meminta-tolong, PERLU DITOLONG!  
PUN KALU BUKAN DENGAN ZAHIR, MAKA DIA DITOLONG DGN BATIN
(YAKNI MENDOAKAN KEBAIKAN UTKNYA..).
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 05:52 PM | Show all posts
dlm satu kuliah, ust kata bila kita di datangi seseorang utk memohon bantuan kita adalah org yg special, yg terpilih bayangkn dlm jutaan manusia kita yg dipilh oleh org tu utk memohon bantuan. maka rugi besarlah brg siapa yg menolak permohonan bantuan dari org tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.063710 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list