CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2602|Reply: 6

Konsert Tirai: Iwan, Ain Paling Menonjol

[Copy link]
Post time 14-3-2010 12:15 PM | Show all posts |Read mode
credit to murai



KUALA LUMPUR, 14 MAC 2010: Bertempat di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil, konsert Tirai Akademi Fantasia 8 (AF8) yang disiarkan secara langsung di Astro Ria saluran 104 berjalan lancar dengan persembahan mantap barisan 12 pelajar AF8, malam tadi.

Sungguh pun belum mendapat tunjuk ajar yang sepenuhnya daripada  barisan tenaga pengajar yang diketuai Norman KRU selaku pengetua, secara keseluruhan pelajar lelaki nampaknya menjadi majoriti yang mendapat lebih pujian daripada pengkritik tetap AF8 iaitu Aznil Hj Nawawi, Adlin Aman Ramlie dan Ning Baizura.

Sungguhpun begitu, pelajar lelaki yang paling menonjol pada malam itu adala  Iwan yang berasal dari Seremban dan berdarah Melayu-Cina. Dia telah mendapat  mendapat tepukan yang paling emuruh daripada penonton dengan membawakan lagu Coba dari Faizal Tahir berdasarkan persembahannya yang mantap.

Sorakan gemuruh juga turut diberikan kepada Ain yang mendendangkan lagu the The Climb dari Miley Cyrus. Apapun, konsert pada malam tadi lebih menonjol dengan kemasukan Aznil sebagai pengkritik. Malah, setiap komen dari pengacara ini sering dinanti dan mendapat sokongan penonton yang berada di dalam dewan.

Berikut adalah komen paling menarik yang diberikan pengkritik bagi setiap pelajar.


Farina(Tiada Lagi)  
Adlin: Semua ok tapi kenapa terlalu banyak karaktor dalam nyanyian awak ;

Shah (Drama King)
Ning: Permulaan yang sangat baik. Agak terpukau melihat persembahan awak.

Anum (Peleset Kita)
Adlin: Mula-mula macam harimau tetapi selepas tu macam orang stim atau mabuk.

Daus (Bye Bye Bye)

Aznil: Ini bukan lagu untuk awak. Awak dah rugi satu konsert.

Ema (Tiada Lagi Tangisan)
ADLIN: Ok...tapi macam bising. Jangan gelojoh sangat.

Adira (Gagap)
Aznil: Sukar nak dengar kemerduaan dan gemersik suara awak. Lagu ini tak serlahkan vokal awak.

Maulana (Tekad)

Ning: Mempunyai tone yang sangat baik.

Alif (Live Like We're Dying)

Adlin: Saya tak pernah jumpa suara macam ini dalam AF.

Nad (Gantung)

Adlin: Macam terkemut-kemut.

Iwan (Coba)
Ning: Lagu ini memberi gambaran baik untuk anda.

Shahir (Andalusia)

Aznil: Persembahan terlalu bersih. Tak pandai pakai aksesori.

Ain (The Climb)

Ning: Persembahan paling best. Tak sabar nak tunggu minggu depan.

Sementara itu, jangan lupa menyaksikan diari AF8 bersama Jimmy bermula Isnin jam 7.30 malam di Astro Ria. Talian Afundi telah pun dibuka bermula jam 10.30 malam tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2010 02:18 PM | Show all posts
Bodoh punya Jimmy...
apa punya soklan 'berapa berat awak'...
dah kena se das dgn Aznil...

memang FAIL la host2 kita...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 02:29 PM | Show all posts
undian farina ni tinggi gak skrg
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 02:30 PM | Show all posts
Bodoh punya Jimmy...
apa punya soklan 'berapa berat awak'...
dah kena se das dgn Aznil...

memang FAIL la host2 kita...
ladsyoul Post at 14-3-2010 14:18
jimmy tanye kat sape
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 02:32 PM | Show all posts
Bodoh punya Jimmy...
apa punya soklan 'berapa berat awak'...
dah kena se das dgn Aznil...

memang FAIL la host2 kita...
ladsyoul Post at 14-3-2010 14:18


Padahal Aznil pun 2x5 je suka tanya soalan macam tu kat orang
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 04:20 PM | Show all posts
Padahal Aznil pun 2x5 je suka tanya soalan macam tu kat orang

cmf_houdini Post at 14-3-2010 14:32


aku pun perasan aznil selalu tanya kat zahid, bob, aizat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2010 02:35 AM | Show all posts
stju ain n iwan da best~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043429 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list