CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: af_mania

blog makcik bibot [hapdet 24.3.10]

[Copy link]
 Author| Post time 22-3-2010 02:53 PM | Show all posts
mana nak sempat tayang kalau dah diari 20 minit jer sehari?? :re:
aYuGiLeR Post at 22-3-2010 12:13

noks, uols patut tgk diari eksklusif. 2 jam tayang bdk2 nih without jimmy. hagak puas hati lah.;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 03:00 PM | Show all posts
21# af_mania


pukul 4-6 ptg ahadkan?? koser taw weekend pun nak ngadap budak² neh... dah la tayang kat #15... kalau ai tak kuar baik i kemas umah dari ngadap deols tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 03:03 PM | Show all posts
noks, uols patut tgk diari eksklusif. 2 jam tayang bdk2 nih without jimmy. hagak puas hati lah.;)
af_mania Post at 22-3-2010 14:53


kannnnnnnnnnnnn.....iwan iols pun ader kan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:32 PM | Show all posts
16# af_mania


Ye x ye.. baru teringat.. Cik Baha kn selalu perhatikan dorang kt akademi.. mmg sah dier ar tu kot


tapi hari-hari B.Bot duduk dalam akademi dan menonton gelagat pelajar ini
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:33 PM | Show all posts
Aku tolong updatekan..


Konsert Pertama:Komen Pengetua dan Tenaga Pengajar

Haluuuuuu! Wassup you all? Hope you all semua ok. Camne dengan Konsert Pertama pelajar musim ini? Ok tak? Kalau ok, vote lah ye! Kalau tak ok, pun vote, teruskan sokongan andaaaa!

Kalau ikutkan, you all dah dengar komen pengkritik. Tapi yang lebih penting, kena jugalah dengar apa komen tenaga pengajar yang lebih mengenali pelajar mereka kan. So, intip yang ada di Akademi ni dapat dengar la komen Pengetua dan tenaga penagajar

Ini hasil intipan B.Bot hari ini:

ADIRA

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Siti kata Adira perlu kawal pernafasan. Pitching kena jaga dan ada pada masa-masa tertentu memang ada bunyi macam menjerit. Cik Que kata, masih boleh suntik perasaan dalam lagu. Permainan mata pun masih boleh diperbaiki. Pengetua pulak kata, keupayaan Adira bergurau dengan Sarimah bagus, seperti sudah ada perubahan tentang keyakinan diri berbanding sifat pemalu semasa awal memasuki akademi
Lebih kurang B.Bot nak komen: Persembahan terbaik wanita Konsert Pertama

AIN

Lebih kurang B.Bot dengar, kerana Ain masih sakit, tenaga pengajar meminta beberapa kawan untuk komen persembahan Ain. Maulana kata persembahan Ain nampak macam tidak bertenaga dan pernafasan tidak betul. Farina kata, dia bangga dengan Ain kerana dia tahu Ain tidak sihat waktu itu. Adira kata vokal Ain kurang. Iwan kata persembahan kurang meyakinkan dan nampak tidak selesa. Manakal Cikgu Siti kata, Ain kelihatan seperti tidak suka dengan lagu. Cikgu Linda kata muka Ain tidak cukup bercerita, tiada interaksi dengan penari dan mengingatkan pelajar lain untuk sentiasa nampak OK di pentas walaupun dengan keadaan tidak sihat
Lebih kurang B.Bot nak komen: harap Ain cepat sembuh

ALIF

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Adnan kata nyanyian Alif ada perubahan selepas Konsert Tirai tetapi kena hati-hati apabila nota rendah. Cik Que kata alif nampak selesa di pentas dan ternyata Alif akan lebih selesa menyanyi depan penonton. Cikgu Fati kata, perasaan suka nak perform itu meruapakan perasaan yang bagus
Lebih kurang B.Bot nak komen: Tidak salah kalau suka pandang cermin kan?

ANUM

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Linda kata Anum tidak mempunya masalah yang serius dalam tarian Cuma kena besarkan lagi goyangan pinggang. Tenaga bagus dan nampak interaksi dengan kawan-kawan. Cikgu Siti minta Anum menyanyi ikut tempo dan sangat bangga dengan perkembangan Anum, Cik Que kata, bagusnya Anum adalah dia nampak sangat ikhlas dan sentiasa berfikiran positif
Lebih kurang B.Bot nak komen: Sentiasa berfikiran positif, BAIK!!

DAUS

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Adnan tidak setuju dengan komen pengkritik kerana padanya, persembahan Daus menghiburkan Cuma kena pertingkatkan kualiti vokal dan perlu ada stamina. Cikgu Linda kata Daus tidak faham dengan pergerakan dan watak blur yang ditunjukkan. Cikgu Fati kata, watak yang ditunjukkan ketika persembahan di depan Pengetua dan tenaga pengajar di akademi lebih baik. Norman menambah, daus kelihatan gelabah ketika berinteraksi dengan Sarimah
Lebih kurang B.Bot nak komen: Jangan gelabah sangat!

EMA

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Adnan kata Ema perlu konsisten dari awal hingga akhir dan ada beberapa baris dalam nyanyian yang terrsangkut. Cikgu Siti kata, jangan banyak memberi alas an. Cik Que kata Shah sudah membantu dengan baik dan mengingatkan Ema jangan cepat puas hati. Cikgu Fati kata, shah lebih menonjol kerana dia menghayati watak dengan lebih baik. Cikgu Linda kata, persembahan Ema nampak longgar
Lebih kurang B.Bot nak komen: Jangan cepat puas hati!

FARINA

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Linda mengingatkan bahawa sesiapa yang lemah takkan bertahan lama. Cikgu Siti kata kena ada rasa bila mendengar lagu kali pertama. Cikgu Fati kata, Farina tidak mempunyai masalah untuk berbual dalam bahasa Inggeris, sewaktu rehersal juga tiada masalah. Tapi ketika persembahan, sebutan sangat teruk dan tidak jelas
Lebih kurang B.Bot nak komen: Kalau sebut betul, baru orang faham. Betul betul betul

IWAN

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Adnan tak setuju dengan pengkritik kerana baginya, Iwan sudah ada perasaan jazz tapi mengakui memang ada masalah pitching. Cikgu Siti kata, pernafasan perlu ada disiplin. Cikgu Linda kata Iwan nampak faham dengan lirik dan lagu tetapi seperti ada yang kurang. Cikgu Fati kata Iwan rajin bertanya ketika kelas bahasa Inggeris dan cik Que kata, Iwan jenis yang suka dirinya dilihat orang
Lebih kurang B.Bot nak komen: kita kena suka dilihat orang, baru orang akan lihat kita. Ewah!`

MAULANA

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Adnan mengucapkan tahniah kepada Maulana kerana berjaya menyanyi dengan baik walaupun bukan lagu makanan. Cuma kena kurangkan berjalan kengkang dan cara melompat. Kena naikkan lagi keyakinan diri. Cikgu Siti kata, kena selalu ingat teknik pernafasan dan tone placement. Cikgu Linda kata Maulana dari awal sudah menunjukkan kesungguhan untuk mebuat persembahan yang baik
Lebih kurang B.Bot nak komen: Chaiyok Chaiyok!

NAD

Lebih kurang B.Bot dengar, Cikgu Linda suka dengan interaksi Jimmy dan nampak kesungguhan Nad mencuba tetapi tetap tidak cukup seksi yang ingin ditonjolkan. Cikgu Siti kata Nad kena lebih memahami watak kerana bila tak jelas watak akan menjejaskan vokal
Lebih kurang B.Bot nak komen: Merasakan Nad semakin seksi


SHAHIR

Lebih kurang B.Bot dengar, Cik Que memuji Shahir kerana melakukan semua yang dirancang dan tidak nampak imej nasyid. Nampak sangat selesa di pentas. Cikgu Adnan kata, kualiti ketika latihan jauh lebih baik daripada Konsert. Nota rendah banyak yang sumbang dan bunyi macam meneran. Semuanya kerana tidak relax. Cikgu Faty kata Shahir mempunyai aura tersendiri. Cuma dia kena tahu bagaimana untuk menggunakannya. Shahir juga perlu kemaskan pergerakan. Sebutan bagus. Manakala Norman kata Shahir perlu cepat menghilangkan perasaan malu dan keluarkan lebih keyakinan diri
Lebih kurang B.Bot nak komen: Apa yang nak malu-malu kucing pulak dan sampai di Akademi ni?

Itu saja yang sempat B.Bot teropong. Itu kata Pengetua dan tenaga pengajar. Apa kata anda?

Ingat, jangan lupa AFUNDI pelajar kegemaran masing-masing!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 04:12 PM | Show all posts
takde yg baru ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2010 04:12 PM | Show all posts
iols ego taknak bukan official web. hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 04:30 PM | Show all posts
26# srilaser

iols dah buat topik tapi diari students tak hapdet pun lagi... malas btol org yg handle diari itew...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2010 04:35 PM | Show all posts
Latar Belakang Pelajar Yang Belum Diketahui

Uolsss~

Bertemu B.Bot lagi hari ini. Dalam keadaan belum pulih daripada sakit ni, B.Bot masih meneruskan intipan terhadap pelajar-pelajar ini

Walaupun pendek, tapi hari ini B.Bot akan mendedahkan beberapa benda penting latarbelakang pelajar yang belum kita tahu

Baiklah, ini dia hasil intipan itu:

AIN -  Ain sebenarnya memang seorang juru kecantikan tau. Padanlah cantik. Dan kebolehan dia bermain gitar persis seorang yang profesional

ALIF – Alif tidak mempunya adik-beradik lelaki dalam keluarganya. Dalam keluarga, Alif paling rapat dengan seorang kakaknya

ANUM – Anum mempunyai ramai adik-beradik, termasuk sepasang kembar. Memang tugas Anum setiap hari menghantar mereka ke sekolah

DAUS – Daus meneruskan darah seni daripada ayahnya. Ayahnya berkebolehan bermain seksofon dan memiliki studio jamming sendiri di rumah

EMA & ADIRA – mereka berdua merupakan pasangan adik beradik pertama yang diterima masuk ke AF. Pada mulanya, hanya Ema yang diberitakan berjaya ke AF8

FARINA – Farina mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel. Tapi gigi tak ada. Hehe.

IWAN – Ayah Iwan merupakan merupakan seorang Cina Muslim. Ayahnya sering menasitkan dia untuk menjaga diri sepanjang di Akademi

MAULANA – maulana merupakan anak seorang penyanyi veteran 60-an, S.Mariam. Dia sangat manja dengan emaknya

NAD – Nad seorang yang sentiasa menceriakan keluarganya. Dia sangat rapat dengan kakaknya, namun kerana AF, dia tidak dapat melihat akaknya bertunang

SHAHIR – Shahir sangat pemalu, lebih-lebih lagi jika ingin mengambil gambar. Namun, dia bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang baik dan sentiasa menyokong minatnya

Itu saja yang sempat B.Bot dapat curik-curik tengok. Sebab visualnya, hanya di televisyen. Mungkin anda dapat tonton dalam diari malam ini

Jangan lupa tonton dan ingat, jangan lupa AFUNDI pelajar kegemaran masing-masing!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 01:36 AM | Show all posts
dah ade da yg baru..baca kat cair..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.622610 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list