CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: seribulan

...Trek Selebriti : ARIL in Da House...

[Copy link]
Post time 22-3-2010 03:59 PM | Show all posts
60# seribulan

ha'ah... tengah trainingg.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2010 04:04 PM | Show all posts
60# seribulan  

ha'ah... tengah trainingg.....
twins Post at 22-3-2010 02:59 PM

nak editor...kontek yong ek...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 04:08 PM | Show all posts
meluat giler tgk promo trek selebriti nihh......dari nak tgk terus turn off mood......
choolakaw Post at 20-3-2010 22:48


Ku tak suka dia menari shuffel
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 04:15 PM | Show all posts
kihkih.ada rupa nya aril dlm ni..

so far tak minat sgt dgn dia pun dr AF lg..haha..takpe la dh rezki dia nk jd pengacara trek tu huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2010 10:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by seribulan at 23-3-2010 09:10
kihkih.ada rupa nya aril dlm ni..

so far tak minat sgt dgn dia pun dr AF lg..haha..takpe la dh rezki dia nk jd pengacara trek tu huhu
LiliSam Post at 22-3-2010 03:15 PM

ahaaa....tak tahu...

            Selasa Mac 16, 2010


                      Saya Tak Akan Terikut-ikut Rentak Jimmy Shanley - Aril


                      Oleh WAHIDUZZAMAN
        Aril ingin tampilkan kelainan dalam Trek Selebriti musim baru ini. - Foto Uu Ban
BINTANG Akademi Fantasia 7 (AF7) yang sedang meningkatnaik, Aril atau nama sebenar Kharil Azam Pilus, 24, sah diumumkansebagai pengganti Jimmy Shanley bagi mengemudi program Trek Selebriti untuk musim baru.
Mengulas pemilihannya sebagai hos baru program itu, Aril berkata,dia bersyukur dan gembira dengan peluang berharga yang ditawarkan olehpihak Astro dan penerbitan kepada pendatang baru sepertinya.
"Sudah tentu saya gembira dengan peluang berharga ini. Peluang ini adalah cabaran baru yang perlu saya hadapi selepas Akademi Fantasia dan drama bersiri Kau Dan Aku.
"Malah, saya akui banyak perkara yang perlu saya pelajari dari masa ke semasa untuk memantapkan kemahiran dan cara penyampaian.
"Walaupun saya ada sedikit pengalaman mengacarakan program sebelumini, kepercayaan yang diberikan kali ini lebih besar dan menuntutkomitmen lebih tinggi daripada saya," katanya.
Sebagai pengganti, Aril tidak mampu untuk menolak kemungkinan dibandingkan dengan Jimmy memandangkan Jimmy sudah bersama Trek Selebriti selama enam musim sebelum ini.
Menurut Aril, dia cuba untuk menjayakan tanggungjawab itu mengikut gaya dan penyampaiannya sendiri.
"Saya tahu perbandingan pasti akan dilakukan antara saya dan JimmyShanley. Sebagai pengganti saya akan cuba untuk menampilkan cara sayasendiri.
"Saya akan cuba elakkan daripada mengikut gaya dan acuan Jimmy.Insya-Allah, saya akan terapkan elemen-elemen lebih ceria, meriah dansantai kali ini," ujar Aril yang pernah mengacarakan program remaja, Trendy di RTM selama tiga musim.
Berbanding dengan Jimmy yang cukup sinonim dengan 'Yezza', Aril pula bakal mengetengahkan tagline yang sinonim dengannya sejak mula dikenali di AF7 dulu, 'Terbaik Wok!'.
Bercerita tentang persiapannya untuk mengacarakan program itu, Arilberkata, sebelum memulakan rakaman, dia terlebih dahulu telah melaluisesi latihan di bawah pemantauan penerbit, pengurusan dan krewpenerbitan program itu.
"Menerusi sesi latihan bersama penerbit dan krew produksi, sayadiberikan idea dan tunjuk ajar bagi memantapkan lagi pengendalianprogram ini.
"Mereka juga memberikan pendapat dan teknik bagi memantapkan gayapengacaraan saya. Selain itu, saya juga perlu menonton kesemua episodterdahulu program ini bagi mengelakkan saya terikut-ikut rentak danpenyampaian Jimmy sebelum ini.
"Saya juga belajar teknik yang betul untuk bertanyakan soalan kepadaselebriti undangan. Perkara ini sangat penting untuk saya kerana auradan imej Jimmy terhadap program itu sangat kuat dan sebati.
"Sebagai pengganti, saya perlu cari kelainan dan tonjolkan identiti saya sendiri agar penonton tertarik," kata Aril lagi.
       
Aril yang telahpun menyiapkan rakaman untuk dua episod pertamaprogram itu mengakui teruja dan gembira dengan perkembangan cabang barukarier seninya ini.
Episod pertama untuk musim baru ini bakal memaparkan cerita belakang tabir tirai AF8 dengan kesemua peserta musim baru ini. Menerusi episod kedua pula, Aril bakal menjejaki pengetua baru AF8, Norman Abdul Halim.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata,pemilihan Aril sebagai hos baru adalah berdasarkan kepada beberapafaktor.
Naib Juara AF7 itu dipilih kerana mempunyai pengalaman dalambidang pengacaraan sebelum ini. Selain itu, dia muda, segar, periangdan mempunyai pesona serta kelompok peminat sendiri.
"Aril menjadi pilihan Astro kerana mempunyai serba sedikit pengalaman dalam bidang pengacaraan sebelum ini.
"Lebih menarik, dia muda, berbakat, periang, segar dan mempunyaikelompok peminat tersendiri. Ciri-ciri itu bersesuaian sekali dengankonsep program ini," komen Azlin mengenai pemilihan itu.
Musim ketujuh Trek Selebriti bakal bersiaran pada 21 Mac ini,setiap Sabtu jam 10.30 malam menerusi saluran Astro Ria (104) sejurusselepas konsert mingguan AF8.

         

Trek Selebriti: Aril Pengganti Jimmy17-Mar-2010 | Oleh: Razif Rosdi




Media Galeri

Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Baung.com
Pakaian oleh Fussion Collection Bukit Bintang
Dandanan oleh Fadilah (017-3557896)


KUALA LUMPUR, 16 MAC 2010:
Desas-desas mengatakan Khairil Azam Pilus atau Aril sebagai hos terbaruTrek Selebriti (TS) menggantikan tempat Jimmy Shanley benar belakaselepas namanya diumumkan pada sidang media memperkenalkan hos musimbaru TS, petang semalam.

Pun begitu, spekulasi tentang Arilkemungkinan akan digandingkan bersama Farish Aziz dalam program  santaihiburan ini  sekali tidak benar kerana Farish difahamkan akan terlibatdengan program yang berkaitan World Cup.

Ketika dihubungipetang tadi, Aril menjelaskan tugasan barunya itu hanya diterajuidirinya  seorang diri saja. Malah, dia sudah pun memulakan tugasannyaitu pada rakaman episod pertama yang sudah dibuat pada konsert tiraiAF8.

"Episod pertama Trek Selebriti akan disiarkan pada mingguini yang mana Aril telah pun membuat rakaman tersebut pada konserttirai AF8, Sabtu lalu. Untuk pengetahuan semua, Aril akan buat 30episod baru TS," ujarnya.

Pun begitu, disebabkan TS sudahbegitu begitu sinonim dengan Jimmy, Aril dari awal-awal lagi sudah punmemikirkan tentang isu yang kemungkinan dia akan dibandingkan denganJimmy nanti selepas ketiadaan pengacara asal itu yang sudah punmemulakan tugasannya sebagai hos AF8.

"Aril percaya, perkarabanding-membandingkan ini pasti akan wujud. Namun, sebelum terimatawaran ini, Aril dah fikir masak-masak. Aril tak boleh lari denganpandangan ini. Bagi Aril, ia sedikit sebanyak mengajar Aril supayatidak terikut-ikut dengan stail Jimmy.

"Walaupun Aril pernahmenjadikan Jimmy sebagai seorang ikon dalam bidang pengacaraan, namunAril tak rasa Aril akan terikut dengan gaya Jimmy nanti. Pun begitu,Aril lebih kagum dan hormat dengan gaya dan persona Pak Nil mengacara,"katanya.

Dalam pada itu, Aril menafikan penerimaan tawaransebagai hos adalah titik tolak pada musnahnya  impian Aril untukbergelar penyanyi.

"AESB yang telah menyakinkan Aril untukterima tawaran ini. Begitu juga dengan team TS yang banyak bagisokongan. Di sinilah timbul keyakinan Aril untuk terus bergelar hos TS.Abang saya iaitu Izwan Pilus dan keluarga pun banyak bagi sokongan.

"Ariltak pernah hapuskan cita-cita nak terus kekal sebagai penyanyi.Sekarang ni pun, Aril dalam proses merakamkan single terbaru. Nak kataAril terima banyak tawaran berlakon pun tidak. Aril baru saja berlakon2 drama iaitu Kau Dan Aku dan Shuffle Milikku.

"Sesungguhnya,tiada sebab untuk Aril merajuk. Setakat ini, Alhamdulillah apa yangAril cadangkan pada pengurusan semuanya berjalan lancar.

"Arilpun tidak mahu dibayangi abang Izwan Pilus walaupun Aril tahuperjalanan karier kami agak sama. Bagi Aril, itu semua berlakusecara kebetulan saja. Kalau sama sekalipun dengan abang Izwan tapikaraktor kami tetap berbeza," jelas Aril.

Mengakhiriperbualan, Aril mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminatnya yangbanyak menyokong dirinya untuk tugasan baru ini. Selain itu, Arilberharap penonton setia TS terus kekal dan melekat menonton programpopular ini.

Dengan berani, Aril membuka ruang kepada sesiapasaja untuk menghantarkan emel kepada produksi TS sekiranya ada perkarayang tidak puas terhadap dirinya memandangkan anak muda ini masih lagibaru belajar.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 06:38 PM | Show all posts
ini memang sangat ndak best la... apa pasal pulak c aril ni yang ganti jimmy? eiiii.... ndak best langsongggg... bagi la farish ka... zizan ka... adi... banyak lagi la selain c aril tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2010 06:44 PM | Show all posts
ahaha.. ada pulak c aril ni sini.. alang2 ko ada sini... aku hai jak la...hai aril.. kirim salam ngan akim n hafiz ya.. ko ndak paya la... hikhikhik

oh ya.. ala relek la.. baru kacau sket2 jak... jan la marE.. ndak best la klu semua komen positif.. negatif pon perlu jugak.. baru balance... apa2 pon... all the best...

awok awok awok.. ntah apa kaitu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 07:11 PM | Show all posts
salam..
aril here!
tq sebab nengok trek selebriti musim baru ni...
aril pon baru blajar2..try improve tuk jadik lebih baik insyaallah..
dalam mase yg same pon kene gak ade supporter2 macam korg... ...
BOBORUZU Post at 21-3-2010 13:07


hai..
alang2 awak ada kat sini,
saya just nak cakap yang saya x minat lgsung kat awak  

k tu je
bye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 10:53 PM | Show all posts
ARIL..maxim malu nak ngaku dia memg alert ngn apa yg jd kat ko..percayalahhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 11:50 PM | Show all posts
ntahnye.. tak minat tapi amik tau gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.912067 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list