CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2621|Reply: 7

Hijab bawa maut ?

[Copy link]
Post time 10-4-2010 10:06 AM | Show all posts |Read mode
MELBOURNE: Seorang wanita maut apabila hijab yang dipakainya terlilit gandar go-kart yang sedang dipandunya itu pada Khamis.
Wanita berusia 26 tahun itu berkunjung bersama keluarganya di litar go-kart Port Stephen di New South Wales apabila hijabnya terbelit gandar kereta lumba itu ketika memandu laju, lapor akhbar The Australian Associated Press.
Paramedik berkata, wanita yang berasal dari Sydney itu mengalami kecederaan serius di lehernya menyebabkan jantungnya terhenti selepas kain hijab itu melilit lehernya.

Orang ramai yang terkejut dengan kejadian itu berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta itu dan paramedik berjaya menyedarkannya sebelum dia diterbangkan ke hospital John Hunter di Newcastle dalam keadaan kritikal. Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian.

"Ketika mangsa sedang memandu sebahagian kain hijabnya terbelit di gandar go-kart dan membelit lehernya," kata Inspektor Brian Larkham yang bertugas di Port Stephens.   Polis berkata, mangsa dan keluarganya sedang bercuti di Port Stephens.-Bernama

p/s : Kata org kalau dah nak jadi sebab.....nasib baik masa tu pakai menutup aurat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2010 11:52 AM | Show all posts
nie orang panggil ajal...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 11:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by ibnur at 11-4-2010 11:50

memang betul ajal dan maut itu Allah yang tentukan.  Ini juga bukan kes hijab.  Yang lebih tepat sekali ialah kecuaian ciri-ciri keselamatan oleh pihak litar.  Dan perkara macam ni boleh diperbaiki.  malangnya, perkara macam ni kita belajar dari suatu kejadian yang tak diingini.  Kalau kat malaysia lain pulak, bas ekspress terbalik 2000 kali sehari pun setakat masuk paper bising seminggu pastu tak ada apa-apa pembaharuan.

Kalau sesiapa biasa kerja di wokshop, pasti akan tahu yang seorang kerja dengan jentera atau alat yang berputar dilarang pakai tali leher, baju lengan panjang, jam tangan, rantai dan lain-lain yang tidak sesuai.  Ciri-ciri keselamatan ni dah jadi seperti undang-undang wokshop.  

pada saya, pihak litar sepatutnya menetapkan ciri-ciri pakaian yang dibenarkan terlebih dahulu.  Pengunjung bukan semua tahu pasala HSE.  Kalau ikut ISO, ia jadi kewajipan pihak pengurusan litar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 12:05 PM | Show all posts
ish tersalah anggap tajuk ..
nanti org ingat hijab buat maut hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 01:48 PM | Show all posts
bukan salah sbb dia tutup aurat. tp krn kecuaian..maybe dia pakai hijab yg ala2 selendang (a.k.a tudung lilit)..patutnyer kalau nk pi naik go-kart, pakai la tudung yg tak lilit, yg kemas tp msh menutup aurat..salah sendiri le jugak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 03:59 PM | Show all posts
pasni pendokong tak tutup aurat sedunia akan war-warkan... bahawa tutup aurat membahayakan keselamatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2010 07:35 PM | Show all posts
bagus lah tu........matinya menutup aurat dan hijab itulah akan menjadi saksi kelak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 09:18 AM | Show all posts
mati dalam imannn......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.381172 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list