CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: cozack

Saka

[Copy link]
Post time 26-4-2010 10:07 AM | Show all posts
skrg camne gan isteri anda? ok ke?...dari mana asal saka tu??
cozack Post at 25-4-2010 20:11



    sudah berpisah 3thn lalu. sekarang ia baru khawin. saka tu berasal dari keluarga datuk nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 09:42 AM | Show all posts
sekadar ingin berkongsi info...

saka ni secara mudah difaham asalnya adalah makhluk halus (jin) yang diambil dijadikan 'kawan' oleh seseorang utk tujuan2 tertentu... antara tujuan mengambil 'kawan' ni adalah utk dijadikan 'pengawal', utk menjaga keselamatan diri dan harta benda, utk dijadikan 'pembantu'... utk membantu dlm hal ehwal merawat dan mengubat, utk dijadikan 'pesuruh'.. utk disuruh mengrjakan satu2 pekerjaan, tak kiralah pekerjaan baik atau jahat... 3 tujuan yg popular... yg mengambil 'kawan' ni selalunya disebut sbg 'tuan'... dlm hubungan antara 'tuan' dgn 'kawan' ni ada waad (perjanjian) dia... bukan sekadar kawan2 biasa saja... antaranya, upah kpd 'kawan' ni, dan 'pewaris'... upah ni ada macam2... ada yg disebut 'tumbal', atau 'galang ganti'..., yg ni peringkat upah yg paling tragis sekali... 'tumbal' ni biasanya berkehendakkan nyawa..., upah yg biasa... disebut 'sesajen'... 'kawan' diberikan 'makan' spt yg dia berkehendak... selain itu, 'tuan' kena melakukan amalan2 tertentu... utk memastikan kelangsungan hubungannya dgn 'kawan' ni... antara amalan yg biasanya dilakukan ialah perbara/perasap kemenyen, bersintuk limau, perasap senjata tajam (keris, pedang, parang dsb.)...
dari segi pewaris, 'kawan' ni akan dipindah 'tuan' (macam pindah milik harta..!) apabila 'tuan'nya berasa dia sudah tak upaya lagi menjaga 'kawan'nya, atau apabila dia berasa ajalnya sudah hendak sampai, atau telah di'waad' semasa dia mengambil 'kawan' tu apabila dia mati, siapa yg akan jadi 'tuan' dia... pindah tuan ni yg dinamakan 'saka', selagi tak pindah, tak nama saka!...
kaedah pindah 'tuan' ni pun ada beberapa kaedah... satu, 'tuan' lama pindah dgn persetujuan 'tuan' baru terima, 'akad sambut', yg ni biasanya antara guru dgn murid,... yg kedua, 'tuan' lama melepaskannya supaya pergi kpd 'tuan' baru... biasanya dilakukan melalui jalan perwatan atau pengubatan... (so kena jaga2)... yg ketiga, 'tuan' lama memindahkan 'kawan'nya dgn cara menghadiahkan kpd tuan 'baru' (sebenarnya 'tuan' baru tak tahu pun...) contoh, diberikan amalan tertentu kononnya utk gagah, cantik, penggerun dsb.nya, atau diberikan barang utk dipakai atau dijaga... lazimnya diikuti cara penjagaannya..., yg keempat, waris gemulah... maksudnya, 'tuan' lama sudah berwaad... setelah aku mati engkau pergilah kpd sipolan, sipolan... dia waris aku... begitu, dlm kes begini, kot kita yg disebutnya sbg waris tu, tak boleh nak mengelak... kena jugalah bawa sampai kita jumpa orang yg boleh buang..., lagi satu, andailah 'tuan' ni tak sempat nak pindah 'tuan' atau tak ada waris... 'kawan' ni akan bergentayangan mencari 'tuan'... nasiblah siapa2 yg dia suka... dia akan datang... (biasanya dia akan cari orang2 yg pernah berhubungan dgn 'tuan' lama dia...), ada juga 'kawan' ni... bila dia tahu 'tuan' dia dah nak 'jalan' dia akan melompat kepada 'tuan' baru dari kalangan ahli keluarga 'tuan' asal tu...
tidak semua saka ni asalnya 'diambil sbg 'kawan', ada saka yg mengikut, ada saka yg menumpang .. pada asalnya, 'tuan' asal tu sendiri tak tahu dia ada 'kawan' ni... sekarang mungkin tak ada lah... dulu2 orang2 tua kita ke hutan, ke bukit, ke gunung mencari rezeki... di situ kan tempat kampung laman dia... kita masuk kampung laman dia adalah yg termengikut balik... begitu jugalah kalau kita ke laut, ke sungai, ke tasik... semua tu kampung laman dia... (maka kalau nak ke tempat begitu2... kenalah amalkan amalan2 / petua tertentu... jangan main redah sebarangan saja...)...
demikianlah sedikit info yg dapat saya kongsikan... mungkin berguna, mungkin juga tidak... mana yg berguna diambil, yg tak berguna dibuang saja... Wallahu aklam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2010 01:54 PM | Show all posts
kaedah pindah 'tuan' ni pun ada beberapa kaedah... satu, 'tuan' lama pindah dgn persetujuan 'tuan' baru terima, 'akad sambut', yg ni biasanya antara guru dgn murid,... yg kedua, 'tuan' lama melepaskannya supaya pergi kpd 'tuan' baru... biasanya dilakukan melalui jalan perwatan atau pengubatan... (so kena jaga2)... yg ketiga, 'tuan' lama memindahkan 'kawan'nya dgn cara menghadiahkan kpd tuan 'baru' (sebenarnya 'tuan' baru tak tahu pun...) contoh, diberikan amalan tertentu kononnya utk gagah, cantik, penggerun dsb.nya, atau diberikan barang utk dipakai atau dijaga... lazimnya diikuti cara penjagaannya..., yg keempat, waris gemulah... maksudnya, 'tuan' lama sudah berwaad... setelah aku mati engkau pergilah kpd sipolan, sipolan... dia waris aku... begitu, dlm kes begini, kot kita yg disebutnya sbg waris tu, tak boleh nak mengelak... kena jugalah bawa sampai kita jumpa orang yg boleh buang...
tokwan_jantan Post at 27-4-2010 09:42


begitu..
susah lah camni sbb sy agak rapat gan atok sedara..
lgpon sy mmg kerap pegi ziarah ke rumah dia ujung mggu..
utk jengok2 dan ape yg kurg kat umar tu sy tlg skit2...

pape pon, thanz sbb share serba skit info...rase nye itu baru secebis dari anda...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2010 02:01 PM | Show all posts
dan ape kaitan antara pedamping islam dan kafir??....
adakah upah nye sama seakan2 saka jua...'tumbal' 'sesajen' atau pon amalan2 tertentu??..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 06:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by tokwan_jantan at 28-4-2010 18:42

tuan/puan cozack...
beginilah... di negara kita ini, selain bangsa Melayu, Cina dan India susah kita nak kenal mana Islam mana yg tak Islam, tidak begitu? apa lagi kalau kita ke Indon, lagi tak kenal mana Islam, mana tak Islam! itu manusia, yg kita nampak wujud nyatanya... ni pulak jin, yg kita tak nampak wujud nyatanya, macam mana kita boleh kenal dia Islam atau tidak?...

pada adatnya, ber'kawan' dgn jin ini ada syarat2 dia... satu, bila kata kita nak panggil dia... kedua, bila kita mintak dia tolong, ketiga, bila dia dah tolong kita, keempat... utk 'keep contact'... gitu...  syarat2 ni ada macam2, bergantung kpd waad yg dibuat masa mula2 nak ber'kawan' dulu ni... ada syarat yg menghendaki tuannya berbuat amal baik... contoh, puasa 3 hari hari, awal, tengah, akhir bulan setiap bulan... contoh lain kena baca zikir2 tertentu berapa2 kali... biasanya banyaklah 1000, begitu... selain dpd syarat2 yg pelik dan tak masuk akal!...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2010 01:06 PM | Show all posts
thankz tokwan_jantan

ade juga 'shabat' yg berpesan,
nak 'berkwn' tu risiko tggi...elok2 ko duk 'kawal' dia, berkawn, silap aribulan ko lak yg kena 'kawal' gan dia...
cuak nye~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2010 02:10 PM | Show all posts
setahu aku agama Islam melarang perbuatan/simpan saka ini...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 04:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by mlsnklyn at 29-4-2010 16:44
setahu aku agama Islam melarang perbuatan/simpan saka ini...
cmf_Pandora Post at 29-4-2010 14:10

http://gotabligh.com/?cat=9
Buatlah usaha agama dengan perasaan takut & bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya tetap wujud di dunia & akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu tidak makbul?jawabnya ialah kerana amal tidak kuat.
Untuk mendatangkan roh (kekuatan) dalam amal maka kita perlu:
1. Sahih Yakin – iman yang berpunca dari dakwah & korban
2. Sahih Tariqat – cara (sunnah) yang betul dari taklim masail
3. Sahih Dian – penumpuan yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan tilawah Quran, zikir & doa
4. Sahih Jazbah – keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca dari taklim fadhail
5. Sahih Niat – niat yang betul dari kesempurnaan iman.
Untuk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya tidak ada seorang pun yang kita sakiti. Hindarkan dari menjadi muflis di akhirat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 02:14 PM | Show all posts
just nk sharing dgn forumer2 yg ada kat sini...semalam ms tgh2 kemas almari aku ada terjumpa risalah ni...untuk pengetahuan kita semua..

Bermulanya saka...
1) hilang anak dalam kandungan ketika tempoh mengandung 6 bulan
2) anak dilahirkan cacat luar biasa
3) gila keturunan/gila babi
4) mudah dirasuk jin/histeria
5) mengikut kerjaya datuk nenek mewarisi bomoh,tok bidan,mak andam dan seumpanya tanpa perlu belajar tetapi hanya perlu belajar dalam mimpi sahaja.
6) lebam kebiru-biruan pada anggota badan
7) sering bermimpikan orang yang sudah mati dan selalu mendapat pelbagai alamat
8) bermimpikan budak kecil
9) sakit kepala sebelah atau migraine
10) panas baran
11) kuat cemburu atau was2


mereka yang mewarisi saka mempunyai pantang larang tertentu seperti TIDAK BOLEH:
1) makan ikan tapah
2) makan buluh betung
3) makan ikan alu2
4) ziarah mayat
5) pijak tanah bagi anak sehingga sampai umur satu tahun


kesan saka terhadap keluarga:
1) adik beradik suka bergaduh dan bermusuhan
2) tiada persefahaman dalam keluarga
3) perebutan harta pusaka dan saling cemburu
4) degil dan suka bergaduh

kalau korang ada hampir semua tanda2 ni,besar kemungkinan korang mewarisi saka....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 02:23 PM | Show all posts
saat2 kematian bagi mereka yang mewarisi saka:
1) kena buka bumbung rumah@lantai supaya jin bersyarat boleh keluar
2) badan kurus kering seperti mayat dan kuat makan
3) sudah mati tetapi masih meminta makanan seperti ayam dan daging
4) kena sapu tanah ke muka baru boleh mati
5) tidak mahu mati (sebenarnya sudah mati) sehingga ada waris yang sanggup menerima saka tersebut

semasa mati:
1) wajah yang amat hina dan hodoh akibat roh yang terseksa
2) mati tanpa sempat bersyahadah
3) kematian yang mengaibkan
4) pengurusan jenazah yang sukar

selepas mati:
1) jin belaan tersebut menyerupai tuannya dan kembali ke rumah dan ada melakukan persetubuhan dengan bekas isteri
2) menggangu ahli rumah dengan pelbagai gangguan bunyi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 09:09 PM | Show all posts
eii takut...

kalo saka tu bercanggah dgn agama
bole ke tuan punya badan tu beribadat seperti biasa?

masalahnya yg i tgk...org ada saka nie, cam biasa saja buat amal ibadat
cemana ye?...esp nak yakin org tu dia ada saka?
payah ooo
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055549 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list