CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4210|Reply: 5

banjir TERuk kat brazil; 1000 hilang, least 22 mati!!

[Copy link]
Post time 22-6-2010 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Lebih 1,000 hilang akibat banjir di Brazil
22/06/2010

BRASILIA 22 Jun - Lebih 1,000 orang didapati hilang selepas beberapa hari hujan lebat dan banjir, kata gabenor negeri Alagoas, di timur laut Brazil sambil bimbang jumlah 35 kematian setakat ini akan meningkat mendadak.

“Sehingga awal pagi kami mengesahkan 22 orang terkorban di Alagoas dan lebih 1,000 orang masih hilang,” kata gabenor Alagoas, Teotonio Vilela Filho yang dipetik dari pegawai agensi berita Agencia Brasil.

“Kami berdoa agar mereka yang hilang ditemui dalam keadaan selamat. Tetapi kami amat bimbang kerana mayat-mayat mula timbul di pantai dan tepi sungai,” kata Vilela kepada pemberita pada taklimat media sebelum bertemu dengan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva. - AFP



musim banjir buruk dah nih.... kat ghana pun TERuk gak!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2010 10:42 AM | Show all posts
24 korban banjir di Ghana
22/06/2010

ACCRA, Ghana 21 Jun - Banjir teruk akibat hujan lebat telah mengorbankan 24 orang selain menyebabkan ribuan buah rumah musnah, kata pegawai penguatkuasa hari ini.

Jawatankuasa Kawalan Bencana, Kofi Portuphy berkata, angka kematian dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang hilang masih lagi belum ditemui. - REUTERS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 11:10 AM | Show all posts


KEADAAN beberapa rumah berhampiran tebing sungai Mandau, Wilayah Utara Alagoas, Brazil, rosak teruk, hari ini, selepas dilanda banjir berikutan hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu. - Foto AF
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2010 08:21 AM | Show all posts
Brazil dilanda banjir teruk


2010/06/23

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh dalam banjir akibat hujan beberapa hari di timur laut Brazil yang menyebabkan lebih 1,000 orang hilang, manakala 100,000 lain hilang tempat tinggal.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva semalam memanggil kabinet untuk satu mesyuarat krisis dan berkata kerajaan akan mendapatkan dana persekutuan bagi membantu penduduk yang kehilangan te mpat tinggal.

“Sehingga awal pagi semalam kami mengesahkan 26 kematian di Alagoas dan lebih 1,000 penduduk masih hilang,” kata Gabenor Alagoas, Teotonio Vilela Filho yang dipetik agensi berita rasmi Agencia Brasil.

“Kami mendoakan mereka yang hilang akan ditemui masih hidup. Bagaimanapun kami bimbang kerana mayat mulai ditemui di pantai atau di tebing sungai,” kata Vilela kepada pemberita pada satu sidang media sebelum mesyuarat dengan Lula.

Pegawai pertahanan awam di Alagoas berkata Sungai Mundau melimpahi tebing di bandar Uniao dos Palmares, menyebabkan sekurang-kurangnya 500 orang lagi dikhuatiri masih hilang di kawasan itu.

Sekurang-kurangnya 13 orang setakat ini disahkan mati di Pernambuco.

Hujan lebat turut menghanyutkan lebih 40,000 rumah, jambatan dan jalan serta landasan kereta api di 22 bandar di seluruh Alagoas, kata Vilela. – AFP
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 05:33 PM | Show all posts
masyaallah....teruknyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:10 PM | Show all posts
kesiann...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051855 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list