CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1901|Reply: 1

[VIDEO] Lucinta Luna Mengaku Transgender, Pernah Dibogelkan Rakan Sekolah

[Copy link]
Post time 28-10-2021 05:59 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Lucinta Luna Mengaku Transgender, Pernah Dibogelkan Rakan Sekolah

Lucinta juga selesa disapa sebagai Muhammad Fattah


Aktres dan penyanyi Indonesia, Lucinta Luna selama ini tidak pernah terbuka untuk menceritakan mengenai masa silamnya. Walaubagaimanapun, baru-baru ini Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah tampil mendedahkan bahawa dia mempunyai kenangan zaman kanak-kanak yang sangat pahit.

Tinggal Di Persekitaran Yang Punya Ramai Wanita



Sewaktu menjadi tetamu dalam video Youtube Boy William, Lucinta menceritakan bahawa dia tinggal di persekitaran yang mempunyai ramai wanita bermula dari adik beradik hingga ke jiran yang berhampiran.



“Saya mempunyai ramai adik beradik, kakak saya kebanyakannya perempuan, jiran saya juga semua perempuan. Sejak saya kecil, saya rasa seperti cengeng bila bermain dengan lelaki.

Saya sering disolek, dipkaikan pakaian perempuan. Kerana ketika kecil saya comel dan kacak.”-Jelas Lucinta

Ibu Mengetahui Sesuatu Yang Berbeza Pada Dirinya



Lucinta turut akui bahawa ibu seakan mengetahui ada sesuatu yang berbeza pada dirinya. Susulan itu, dia dimasukkan ke Sekolah Teknik Menengah (STM) yang kebanyakannya terdiri pelajar lelaki ketika dia menginjak usia remaja.

“Ibu saya tahu, kenapa ini anak ada rasa lebih ke ‘perempuan’ gitu. Akhirnya saya masuk STM. Apabila saya masuk sekolah tinggi menengah, saya ketakutan, semuanya lelaki, apa semua ini. Saya lebih selesa bermain dengan perempuan sejak saya kecil.”- katanya lagi

Dibuli & Alami Gangguan Seksual


Aktres filem Bridezilla ini mendedahkan mula alami pengalaman yang tidak menyenangkan ketika berada di sekolah kerana sering dibuli dan turut alami gangguan seksual oleh rakan-rakannya

“Saya masuk STM, keluarga saya sangkakan, ‘budak ini masuk STM pasti akan macho’. Tapi ternyata tidak. Kerana di sekolah di mana semuanya lelaki, mereka lihat selok belok saya, ‘kenapa lelaki ini sangat lemah’.

Saya dibuli. Saya pernah dibogelkan. Saya pernah alami gangguan seksual.”- dedahnya



Terdahulu, Lucinta pernah membuat pengakuan mengejutkan apabila mengaku hamil setelah melakukan ujian kehamilan. Dia turut meminta teman lelakinya untuk bertanggungjawab di atas kehamilan tersebut.



Sumber:https://murai.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
muka jantan dia mcm elizad...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 1.137296 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list