View: 1215|Reply: 2
|
Teruk dikecam, Atta Halilintar nyaris bunuh diri
[Copy link]
|
|

Teruk dikecam, Atta Halilintar nyaris bunuh diri
YOUTUBER terkenal Indonesia, Atta Halilintar mengaku bahawa dia pernah terfikir untuk mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri gara-gara berasa sangat tertekan kerana pelbagai masalah yang dilaluinya.
Ujar suami kepada penyanyi Aurel Hermansyah itu, perkara tersebut terjadi sekitar empat tahun lalu ketika dia mula-mula ingin menjadi seorang pensohor media sosial.
“Saya mendapat banyak komen negatif dan kritikan pedas daripada netizen sehingga membuatkan saya berasa sangat teruk ketika itu.
“Banyak kata-kata netizen yang saya tidak boleh terima. Sampai satu tahap, saya berasa sangat tertekan dan terfikir untuk membunuh diri,” jelasnya.
Kata Atta lagi, dia turut mengalami gangguan tidur dan tidak boleh melelapkan mata selama beberapa hari disebabkan cacian netizen.
Bagaimanapun, dia mengubah fikiran dan mengambil keputusan untuk tidak lagi membaca komen-komen tersebut demi menjaga kesihatan mentalnya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... -nyaris-bunuh-diri/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasibbbbb tak bunuh diri
Kalau idakkk, takdenyaaa kawen dengan anak kris
Persetankan jahhhhh kata2 hauk |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
|