CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6881|Reply: 6

[Jenayah] Bau Seakan Diesel, Penguatkuasa Helok Sado Mengesan Aliran Berbuih Di Tapak Projek Pembangunan Berdekatan Sungai Gombak!

[Copy link]
Post time 9-6-2024 02:20 PM | Show all posts |Read mode

Semakan mendapati aktiviti cuci jentera dengan aliran cucian masuk ke longkang premis dan seterusnya kolam rawatan dan sungai berhampiran. - Foto FB Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

SHAH ALAM: Aliran berbuih disusuli bau seakan diesel, dikesan di sebuah tapak projek pembangunan dekat Sungai Gombak, semalam.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pihaknya mengesan kejadian pada jam 1 petang dan segera bergegas ke lokasi.

"Hasil semakan mendapati berlaku aktiviti pencucian jentera yang mana aliran cucian masuk ke longkang premis dan seterusnya kolam rawatan dan sungai berhampiran.

"Oleh itu, persampelan dilakukan di lokasi-lokasi berkaitan di premis terbabit dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut," katanya menerusi hantaran di Facebook, di sini.

Pada masa sama, agensi itu memaklumkan semakan sepanjang hari turut dilakukan untuk mengenal pasti punca aliran berbuih yang dikesan.

"Sekitar jam 8 malam hari yang sama, aliran berbuih dikesan semula di Loji Rawatan Air (LRA) Gombak. LUAS kemudian melakukan pensampelan bagi mengenalpasti kandungannya.

Semakan mendapati aktiviti cuci jentera dengan aliran cucian masuk ke longkang premis dan seterusnya kolam rawatan dan sungai berhampiran. - Foto FB Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

"Keadaan semasa adalah terkawal dan pasukan LUAS bersama pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan siasatan menjejaki punca aliran berbuih di hulu Sungai Gombak dan anak-anak sungai berkaitan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2024 02:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2024 02:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2024 02:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2024 02:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2024 02:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau bukak baju baru sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059199 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list