CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7566|Reply: 0

[Johor] 'Ada 'benda' lain masuk tubuh saya'

[Copy link]
Post time 4-7-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode


Bekas pensyarah, Muhammad Yusof diarah menjalani rawatan mental di Hospital Permai, Johor Bahru. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Bekas pensyarah sebuah universiti awam (UA) dalam daerah ini, yang dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan khianat termasuk memecahkan pasu bunga dan pagar rumah ibunya, diperintah menjalani rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Majistret Suhaila Shafi'uddin membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati tertuduh, Muhammad Yusof Ismail, 44, tidak sempurna akal sepanjang prosiding pertuduhan dikenakan terhadapnya.

"Berdasarkan permintaan pihak pendakwaan serta pemerhatian mahkamah, kamu dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani rawatan mental.

"Mahkamah menggunapakai Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah kerana kamu disyaki tak sempurna akal dan diperintah menjalani rawatan itu selama sebulan," hujahnya.

Terdahulu, tertuduh berhadapan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan memberitahu mahkamah, dia tidak melakukan perbuatan itu sebaliknya mendakwa ada bisikan dan 'pihak' lain memasuki badannya.

"Saya orang gila, macam mana boleh ada di sini (mahkamah). Ini pun bukan suara saya (bercakap), saya tak tahu suara siapa.

"Bukan saya buat benda itu (khianat), ada benda masuk dalam badan saya waktu itu. Saya cuma datang ke rumah ibu saya," katanya.

Pada masa sama, tertuduh turut menyebut tiga nama antaranya Ali dan Faizal yang dikaitkan dengan perbuatan dilakukannya.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa memecah pasu, merosakkan pagar serta memecahkan cermin kereta BMW milik adiknya berusia 39 tahun di sebuah rumah, Jalan Tasek Merdeka, di sini, pada jam 3.30 petang, 8 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Julai ini untuk status kekosongan Hospital Permai bagi membolehkan tertuduh menjalani rawatan.


Disiarkan pada: Julai 4, 2024 @ 2:48pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042656 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list