CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58358|Reply: 1

[Johor] Polis tahan enam lelaki Bangladesh, tumpas sindiket 'along'

[Copy link]
Post time 9-11-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Polis menahan enam lelaki warga asing di sekitar daerah Muar dua hari lalu, yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Aznan Aziz berkata, kesemua suspek warga Bangladesh yang berusia 26 hingga 40 tahun itu ditahan oleh petugas bahagian siasatan jenayah komersial Ibu Pejabat Polis Daerah pada jam 4.30 petang.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, lima beg silang pelbagai jenis, 187 keping kad ATM serta wang tunai RM176,250 yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan 'along' oleh suspek.

"Siasatan mendapati suspek menyasarkan pekerja warga Bangladesh di daerah ini dengan mengenakan kadar faedah tertentu, dan mereka turut menahan kad ATM milik peminjam, sehingga pinjaman dilunaskan.

"Kesemua suspek direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 10:34 AM | Show all posts
Edited by silance at 9-11-2024 10:37 AM

Tahun 2045 kalau takde WW3 mungkin ada clinic Sutu, Dental Sutu, Gym Sutu, Pusat tusyen Abang La.Bila kena tangkap - sayya kirja saja, comp. director is local la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046387 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list