CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

Harimau Malaya 'hilang' Mat Yo

[Copy link]
Post time 21-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kecederaan menyisihkan penyerang temu SingapuraKECUALI Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo  yang tidak dibawa bersama ke Singapura kerana kecederaan, Datuk K Rajagobal dan anak buahnya terus fokus dalam latihan terakhir sebelum berangkat bersama 24 pemain ke negara jiran itu, hari ini.\n\n\n\n   Tatkala tumpuan peminat tempatan ternanti-nantikan perlawanan antara pilihan Malaysia dan Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, skuad kebangsaan tetap fokus terhadap misi besar dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, Sabtu ini.\n\n\n\n\n  “Selepas perlawanan persahabatan menentang Liverpool tempoh hari, saya mendapat gambaran jelas mengenai skuad yang saya bawa ke Singapura,”  kata Rajagobal yang sekadar mengarahkan pemainnya menjalani latihan ringan di Padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya,  semalam.Sementara itu, Norshahrul tidak kisah nama saya tidak tersenarai dalam skuad ke Singapura kerana mahu memastikan kecederaan hamstring kembali pulih sepenuhnya.“Walaupun digugurkan, moral saya masih tinggi dan bersemangat membantu pasukan pada perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.Rajagobal boleh menyenaraikan 23 pemain dengan tambahan seorang pemain jika berlaku kecederaan saat-saat akhir, jadi keutamaan diberi kepada pemain cergas dan bebas kecederaan.\n\n\n\n“Memang mengecewakan kerana beberapa pemain masih cedera dan belum cergas sepenuhnya, tetapi kita mempunyai  pemain yang cukup untuk mengisi kekosongan berkenaan.“Saya tidak boleh katakan ini skuad terkuat kerana masih ramai pemain berkemampuan di  luar sana, cuma pilihan saya berdasarkan beberapa perlawanan ujian yang sempat diharungi. Saya pusa hati dengan skuad ini.”Antara mereka termasuk Joseph Kalang Tie dan Abdul Manaf Mamat dari Terengganu.Senarai skuad negaraKhairul Fahmi Che Mat, Mohd Sharbinee Allawee, Mohd Nasril  Mat Nourdin, Mahali Jasuli, Mohd Shakir Shaari, Mohd Asruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim, Ismail Faruqi  Ashari, Mohd Safee Mohd Sali, Mohamad Azmi Muslim, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Shaarani, Baddrol Bakhtiar, K Gurusamy,  S Kunalan,  Helmi Remeli, Mohamad Ashari Samsudin, Abdul Hadi Yahaya, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Rizal Fahmi, Ab Rosid, Izzaq Faris Ramlan

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.043916 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list