|
PELEDAK berbisa Singapura, Aleksander Duric mahu benteng pertahanannya merantai pergerakan Safee Sali kerana menyifatkan penyerang Harimau Malaya itu mampu memusnahkan impian mereka dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, esok.\r“Saya meminati dan mengikuti perkembangannya, termasuk ketika dia beraksi bersama Pelita Jaya di Indonesia. Dia seorang penyerang hebat dan berbisa di dalam kotak penalti.\r\n\n\n\n\r “Jadi, benteng kami harus merantainya daripada bergerak bebas,” kata penyerang kelahiran Bosnia yang menyarung jersi Singapura sejak 2007 itu sejurus sesi latihan, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Namun, benteng Harimau Malaya juga harus merantai Duric andai tidak mahu gawang negara dibocori kerana walaupun mencecah 41 tahun, sentuhannya masih berbisa. \rIni terbukti apabila Duric melakukan hatrik ketika membantu Singapura menewaskan Maldives 4-0 dan Taiwan 3-2 dalam perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi Malaysia, baru-baru ini.\rDuric juga penyerang pertama dalam Liga Singapura yang mengukir nama dalam sejarah liga dengan mengumpul keseluruhan 300 gol tahun lalu.\r“Saya sudah bermain di sini (Singapura) selama 12 tahun. Saya gembira di sini. Malah, tiga anak saya juga lahir di sini dan saya bangga menjadi rakyat Singapura,” katanya yang kini beraksi bersama Tampines Rovers.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|