CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Tevez nafi tuduhan Ferguson

[Copy link]
Post time 26-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Penyerang Manchester City, Carlos Tevez menafikan dakwaan Sir Alex Ferguson bahawa dia tidak ditawarkan kontrak baru di Manchester United kerana dia merancang untuk bersara dalam tempoh empat tahun.\rTevez meninggalkan United untuk menandatangani kontrak dengan seteru tetangga, Manchester City dalam satu perpindahan kontroversi pada 2009 dan Ferguson menegaskan semasa jelajah  ke Amerika Utara ketika ini bahawa perpindahan itu dibenarkan hanya kerana pemain Argentina itu memberitahunya bahawa dia tidak merancang untuk kekal bermain bola sepak untuk tempoh yang lama.\r\n\n\n\n\r   Ferguson berkata: “Dia memberitahu kami pada masa rundingan itu bahawa dia akan hanya bermain bola sepak untuk tempoh empat tahun lagi, maka jika kami menandatanganinya untuk tempoh lima tahun dengan mengetahui dia hanya akan bermain untuk tempoh empat tahun saja lagi, dia kelak tidak akan ada lagi nilai untuk kami jual.”\r\r\n\n\n\n\n    Komen pengurus United itu membawa kepada wujudnya spekulasi terbaru bahawa Tevez mungkin bercadang untuk bersara daripada kembali ke City jika hasratnya untuk meninggalkan Eastlands tidak tercapai.\rTevez mahu berpindah selepas dia semakin tidak gembira kerana keluarganya gagal menyesuaikan diri di Manchester dan kembali ke Argentina. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.173996 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list