CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: phycaze

Cinta Strawberi & Coklat | bermula 29 Februari,setiap RABU : 9.00malam @ TV2

[Copy link]
 Author| Post time 1-3-2012 01:35 PM | Show all posts
Reply 19# amemiya


   ain nnyi > Pelangi Petang by Stroberi Coklat

susah nak share video dari fb kt sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 01:44 PM | Show all posts
Reply  amemiya


   ain nnyi >

susah nak share video dari fb kt sini
phycaze Post at 1-3-2012 13:35


best! ain mmg blh nyanyi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 01:50 PM | Show all posts
cite ni mcm high school musical version melayu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 10:52 PM | Show all posts
RTM mmg lah....x mcm tv2 swasta gigih promot...
klu ade pun promo...x selalu....kdg2 kebetulan je ternmpak promo tu...
sbb tu drama2 kat RTM x dpt smbutan sebagaimana drama kat tv swasta..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2012 11:00 PM | Show all posts
Reply 24# adifrs


   nangis haha... RTM ni oldskool sgt
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 11:07 PM | Show all posts
mmg oldskool sgt.....

alamak....xmo tulis lebih2....

kang ade yg repot.....kat RTM karang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2012 05:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by phycaze at 5-3-2012 17:43

Muzikal “Cinta Strawberi Dan Coklat” Lakonan Nabil Zamanhuri dan Ain Satar Di TV2
Muzikal “Cinta Strawberi dan Coklat” menjadi tarikan terbaharu saluran TV2 dalam menghidangkan program menarik terutama bagi menarik golongan remaja yang gemarkan drama bersiri bercorak muzikal.
Menyaksikan lakonan Nabil Zamanhuri, Sheikh Eamir, Ain Satar, Qhaud, Sherry Merlis, Fazlina Dato’ Ahmad Daud dan Shajiry, episod pertama drama rantaian menarik arahan Azma Aizal Yusoof ini telah pun mula bersiaran mulai 29 Februari, setiap Rabu, jam 9.00 malam.



Kisahnya bermula dengan babak mengimbas kembali watak Rafie yang gemar menyanyi sejak dari zaman sekolah rendah. Di sekolah dia pernah berduet dengan Lisa Aleena, seorang yang sangat berbakat sehingga Rafie berasa rendah diri. Namun dia suka berkawan dengan Aleen dan sangat bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan baru kerana mereka akan belajar dalam kelas yang sama. Namun, Rafie kecewa kerana Aleen telah berpindah mengikut bapanya.


Kini, Rafie sedang belajar di ASWARA dan hari itu, mereka akan diperkenalkan dengan semua ahli kumpulan yang akan menjayakan pementasan ‘Uda dan Dara’. Tiba-tiba muncul seorang pelajar baru bernama Lisa yang turut berada dalam senarai untuk memegang watak utama. Seorang yang mempunyai suara yang merdu. Rafie seperti berasa sesuatu apabila mendengar suara dan melihat Lisa. Sebenarnya Lisa ialah Aleen, Lisa Aleena.
Rafie, kawan baiknya, Kay, Alfie dan yang lain memulakan sesi latihan untuk teater ‘Uda & Dara’. Kay pula mula menyukai seorang pelajar baru bernama Aishah, kawan baik Lisa. Lisa pula berasa tidak selesa kerana pakciknya, Ikhwan adalah salah seorang tenaga pengajar di ASWARA tersebut. Hubungan mereka dingin disebabkan kisah silam yang masih membelenggu.
Rafie semakin rapat dengan Lisa dan menawarkan Lisa menyertai kumpulan mereka. Dia juga sering merenung gambarnya dengan Aleen semasa di sekolah rendah dulu. Lisa cuba mengelak apabila Ikhwan cuba berbual dengannya. Dia tidak mahu berjumpa pakciknya itu secara bersemuka. Ikhwan cuba berbaik-baik untuk menebus kesalahan abangnya terhadap Lisa dan ibunya.
Sementara itu, Rafie digugurkan dari pasukan teater tersebut. Rafie kecewa. Balqis yang merupakan bekas kekasih Rafie juga mula cemburu dengan hubungan Rafie dan Lisa yang semakin akrab. Rafie pula beranggapan Balqis yang cuba mensabotaj dirinya dengan membuat aduan terhadap Puan Fatimah.
Namun sebenarnya Puan Fatimah menjelaskan yang menurut penilaiannya, Rafie tidak menunjukkan peningkatan dalam karyanya sebagai pengarah muzik. Rafie terdiam. Dia rasa bersalah dengan Balqis dan meminta maaf. Lisa juga meminta maaf kepada Ikhwan setelah dinasihati oleh Puan Salbi, ibu Rafie yang merupakan Rektor di kolej itu.Hari itu juga, mereka menerima satu berita gempar iaitu ketua kumpulan mereka telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Kay berbincang dengan Rafie bahawa dia adalah calon paling sesuai untuk menggantikan tempat Maman sebagai ketua kumpulan. Hubungan Rafie dengan ibunya, Puan Salbi juga sering goyah. Rafie kecewa apabila ibunya langsung tidak membantunya mendapatkan semula jawatan dalam kumpulan teater tersebut. Namun dia tersedar kesilapannya apabila terlupa bahawa hari itu ialah hari kematian arwah bapanya. Sebenarnya Rafie masih terasa kehilangan bapanya sedangkan ibunya sentiasa sibuk dengan status Rektor kolej tersebut.Balqis telah mencadangkan agar dirinya dilantik sebagai calon ketua kumpulan mereka yang baru. Kay pula mahu Rafie sebagai ketua kumpulan baru mereka. Sementara itu, Alfie dan Rafie terkejut mendengar berita perpindahan Lisa, terutamanya Alfie kerana dia mula menaruh hati kepada Lisa.
Balqis ternampak Alfie bersama dengan Lisa dan memberitahu Rafie tentang keintiman mereka. Rafie tidak puas hati dan mereka bergaduh menyebabkan Balqis tercedera.Kecewa dengan sikap mereka semua, Puan Salbi membuat keputusan untuk membatalkan pementasan teater itu pada tahun ini. Keseemua mereka terkejut. Balqis bertindak meminta maaf daripada Aishah dan meminta Kay, Rafie dan Alfie turut berbuat demikian untuk menjernihkan semula keadaan.
Bagaimanakah kesudahannya? Adakah Puan Salbi berubah hati untuk meneruskan pementasan teater itu atau sebaliknya?
Saksikan 13 episod drama bersiri remaja ini hanya di TV2.



credit to : http://www.budiey.com/muzikal-cinta-strawberi-coklat-lakonan-nabil-zamanhuri-ain-satar/

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 07:30 PM | Show all posts
cantik poster dia..mabeles siot. tp kenapa RTM?? sayang lah...elok nya buat kt tv3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2012 10:22 PM | Show all posts
Reply 28# fukadaminchi


   kan... tv3 ok la gak... kalau astro lagi lah cun color dia..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 10:25 PM | Show all posts
ok gak ain ni nyanyi..dua2 adik abang boleh nyanyi
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.953868 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list