CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

Kedah yakin mudah ratah Johor

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kemenangan di Larkin mudahkan  Hijau Kuning buru slot ke suku akhir \rKAPTEN Kedah, Mohd Fauzie Nan akur betapa dia dan rakan sepasukan menghormati Johor tapi misi mereka tetap sama - pulang berbekal mata penuh selepas tamat saingan Kumpulan A di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam ini.\r\n\n\n\n\r “Kami sudah membuat persiapan rapi dalam latihan sepanjang Ramadan lalu, selain mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan dan juga dari Selatan Thailand.\r\r\n\n\n\n\n  “Berpandu kepada persiapan ini saya percaya kami dapat memberi persembahan terbaik dan tidak pulang dengan tangan kosong,” katanya ketika dihubungi, semalam.\rSelain Kedah dan Johor, dua lagi pasukan diundi dalam Kumpulan A ialah  Perak dan Sabah.\rUntuk meningkatkan tahap keupayaan dan kemantapan pasukan Kedah turut mendapat khidmat bekas kapten Perlis, Azmizi Azmi secara pinjaman.\rSementara itu, pengurus pasukan, Datuk Khazali Din beranggapan kemenangan di Larkin pasti dapat menambah keyakinan pemain menghuni tempat teratas kumpulan dan memburu slot ke suku akhir.\r\n\n\n\n\rDia juga melontar cabaran kepada pemain untuk bangkit membuktikan kemampuan sebenar mereka selepas gagal dalam Liga Super dan Piala FA di bawah bekas jurulatih, Ahmad Yusoff.\r“Dengan barisan pemain seperti Badrul Bakhtiar, Khyril Muhymeen, Azmizi Aziz, Amar Rohidan, Azmi Muslim, Sabri Abu, Basharul Abu Bakar, V Thirumurugan dan Fauzi Nan kita harus mengatasi lawan membawa pulang tiga mata dan bukan satu saja,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.632555 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list