CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63|Reply: 0

Nadal kejang otot, jatuh ketika sidang akhbar

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Juara bertahan Rafael Nadal mengejutkan Terbuka Amerika Syarikat kelmarin apabila terjatuh kesakitan akibat kekejangan semasa sidang akhbar, sementara Andy Murray kekal di landasan untuk membuat perhitungan menentang pemain Sepanyol itu di separuh akhir.\rNadal, 25, yang bercakap kepada pemberita selepas terpaksa bertarung selama lebih dua jam sebelum menang di pusingan ketiga ke atas rakan baiknya David Nalbandian, kelihatan menahan kesakitan sebelum terjatuh dari kerusi sambil memegang kaki kanannya.\r\n\n\n\n\r   Pemain nombor dua dunia yang juga pemenang 10 kejuaraan Grand Slam itu terbaring di atas lantai sementara menunggu kakitangan perubatan.\r\r\n\n\n\n\n   Wartawan dan krew kamera diminta keluar daripada bilik sidang akhbar itu yang diadakan dalam Stadium Arthur Ashe.\rSelepas 15 minit diberi rawatan, Nadal boleh berdiri dan menegaskan masalah menimpanya ialah akibat kekejangan.\r“Ia hanya kekejangan di kaki kanan, di depan dan belakang. Ia sangat sakit, itu saja,” kata Nadal yang menyambung sidang akhbar itu sambil berdiri.\rNadal yang sempat tersenyum berkata insiden itu tidak menjejaskan persiapannya untuk menghadapi pusingan keempat menentang pemain Luxembourg, Gilles Muller, hari ini.\r\n\n\n\n\r“Saya akan berlatih seperti biasa Isnin ini. Ia adalah kekejangan biasa yang boleh berlaku di mana saja, tetapi malang ia berlaku ketika sidang akhbar. Di mana saja, tiada siapa yang akan sedar.”\rSemasa menundukkan Nalbandian 7-6 (7/5), 6-1, 7-5 dalam perlawanan yang memakan masa 2 jam 39 minit dalam cuaca panas 29 darjah celsius, Nadal juga memerlukan rawatan di kaki kanannya. - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 1.686000 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list