CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 92|Reply: 0

BAM masih buntu atasi kemelut

[Copy link]
Post time 6-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Dua isu  Teik Chai-Bin Shen sukar diatasi, MOM mahu selesai secara baik\rSELEPAS hampir empat jam berunding, tetapi gandingan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih buntu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut yang timbul selepas gandingan KLRC itu dinafikan hak beraksi dalam Kejohanan Dunia di London, awal bulan lalu. \r\n\n\n\n\r  Sebaliknya, rundingan itu akan memasuki pusingan kedua, Selasa ini selepas kedua-dua pihak meminta masa daripada pengantara yang dilantik Jawatankuasa Undang-Undang dan Timbang Tara Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk berbincang lebih lanjut berhubung dua isu yang menjadi penghalang kepada penyelesaian kemelut itu.\r\r\n\n\n\n\n  Difahamkan, dua isu yang menjadi penghalang kepada penyelesaian kemelut itu kemungkinan membabitkan tuntutan gandingan itu yang mahu BAM menanggung perbelanjaan mereka beraksi dalam kejohanan antarabangsa dan badan induk itu perlu memohon maaf secara terbuka.\rNaib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Timbang Tara MOM, Datuk Roy Rajasingham, berkata pihaknya berharap kedua-dua pihak akan dapat berkompromi bagi menyelesaikan dua isu yang menjadi penghalang kepada penyelesaian kemelut itu.\r“Saya tidak tahu dua isu yang menjadi penghalang itu kerana saya tidak terbabit dan masuk campur dalam rundingan yang dijalankan, tetapi saya berharap kedua-dua pihak dapat berkompromi serta mencari jalan penyelesaian terbaik sebelum kembali ke meja rundingan 13 September ini,” katanya.\rRoy berkata, bagi memastikan keadilan kepada kedua-dua pihak, pihaknya melantik dua peguam yang bebas dan bertauliah, Seumas Tan serta Wong Lu Peen menjadi pengantara bagi membantu mereka mencari jalan penyelesaian terbaik.\r\n\n\n\n\r“MOM menubuhkan Jawatankuasa Undang-Undang dan Timbang Tara bagi membantu persatuan dan atlit yang berdepan masalah untuk mencari jalan penyelesaian terbaik daripada membawa kes mereka ke mahkamah yang boleh menelan kos yang tinggi dan memakan masa yang panjang untuk diselesaikan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.112649 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list