CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

Johor gagal raih tiga mata

[Copy link]
Post time 7-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Skuad  ‘si adik‘ Johor FC turut tewas 2-0 kepada FELDA United dalam saingan Kumpulan C\rJOHOR gagal dalam misi memburu tiga mata selepas tewas kepada Kedah 2-0 dalam aksi Kumpulan A kempen Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di Larkin, malam tadi.\r\n\n\n\n\r   Walaupun pada awal saingan Johor yang dibimbing Azmi Mohamed memiliki peluang mencipta jaringan,  sepakan percuma Mohd Shoufiq Khusaini sekadar tersasar dari pintu gol.\r\r\n\n\n\n\n   Sebaliknya, Kedah mengambil kesempatan daripada kelekaan benteng pertahanan Johor dengan mencipta gol pada minit keenam apabila Mohd Khyril Muhymeen menggelecek dua pertahanan tuan rumah sebelum merembat bola leret untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Syamim Othman.\rBiarpun berpeluang menyamakan kedudukan pada babak pertama menerusi Ashadi Mohd Yusof (m-15) yang menerima hantaran lintang Mohd Shoufiq, pemain pinjaman dari Tentera itu gagal merembat tepat ke arah gawang pelawat.\rBarisan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan yang tampil dengan status bekas juara empat kali tetapi kali terakhir mengucup piala berprestij itu pada 2008, terus mengukuhkan kedudukan pada babak kedua dengan satu lagi gol Mohd Khyril, 10 minit sebelum tamat untuk memastikan Kedah berada di puncak Kumpulan A.\rSementara itu, aksi di Stadium Pasir Gudang menyaksikan `si adik\' Johor FC turut tewas dalam saingan Kumpulan C selepas tunduk 2-0 kepada FELDA United.\r\n\n\n\n\rKetika aksi babak pertama berbaki seminit, penyerang FELDA United, Mohd Farderin Kadir melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan sudut Mohd Syazwan Zainon.\rMohd Farderin terus menambah derita skuad Lebah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 selepas bijak menewaskan penjaga gol, Mohd Anis Faron.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.204475 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list