CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

'Malapetaka tanpa Nasri, Fabregas'

[Copy link]
Post time 7-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Saya bangga dapat beraksi bersama mereka: Arshavin\rLONDON: Andrey Arshavin mendakwa kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri bakal menjadi ‘malapetaka’ buat Arsenal dan menegaskan kedua-dua pemain itu sukar dicari ganti.\r\n\n\n\n\r  Arshavin, dalam temubual dengan akhbar Russia berkata, Arsenal kini terpaksa bermain dengan corak berbeza walaupun selepas menandatangani bekas pemain Everton, Mikel Arteta.\r\r\n\n\n\n\n  “Buat masa ini, kehilangan Fabregas dan Nasri adalah malapetaka,” kata Arshavin.\r“Melihat kepada perlawanan menentang Udinese, saya berkata kepada (Nicklas) Bendtner bahawa tiada seorang di kalangan kami mampu membuat hantaran tepat kepada Robin van Persie atau lebih ideal kepada penyerang lain.\rDia tersenyum dan menjawab: “Ya, pemain yang hanya mampu menggantikan Cesc adalah Xavi.”\r“Saya begitu bangga kerana dapat bermain dalam satu pasukan bersama Fabregas – dia benar-benar seorang pemain yang hebat.\r\n\n\n\n\r“Apabila orang berkata tiada siapa mampu menggantikan tempatnya, saya tidak bersetuju. Dengan (Mikel) Arteta atau siapa saja yang menggantikan tempatnya, kami terpaksa bermain dengan corak berbeza, tidak seperti dengan Cesc dan Samir.”\rBos Arsenal, Arsene Wenger menjual Nasri dan Fabregas pada musim panas dengan gabungan harga 60 juta pound (RM294 juta) tetapi Arshavin yakin kelab itu gagal mendapat pemain pilihan bagi menggantikan mereka. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 1.171804 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list